Bibir aku kemam sambil melemparkan pandangan keluar. Langit yang terus basah disirami hujan lebat. Dada berdebar menunggu dia tiba seperti yang dijanjikan. Dia meminta aku menjadi pasangannya ke majlis makan malam syarikat, kononnya itu ialah syarat. Hmm, pihak penganjur memang suka gunakan syarat ada pasangan ke majlis, biar lebih meriah.
Walaupun aku pasti dia tak setuju dan tak selesa dengan semua tu, dia terpaksa. Katanya dia perlu berjumpa dengan tetamu VIP penting nanti untuk membincangkan bisnes. Biasalah orang penting syarikat, harus bijak mengambil peluang.
Beberapa ketika kemudian kelihatan keretanya menjalar masuk ke halaman. Bingkas beg kepit aku capai lalu turun ke bawah. Kelihatan papa dan mama sedang berbual ringkas dengannya di balkoni. Ankle strap shoes hitam aku capai dari almari dan menggunakannya sebelum keluar.
Matanya melirik aku sekejap sebelum meminta diri. Aku hanya berdehem melihat mama dan papa.
"Hati-hati, ya?" Aku hanya mengangguk mendengar pesanan wanita tu sebelum menghampiri Haril yang menunggu dengan payung di tangan.
Masuk saja ke dalam kereta, dia aku pandang. "Okey? Tak seksi, kan?"
Dia mula memandu keluar setelah memasang tali pinggang. "Bolehlah."
Aku berdecit. "Apa yang bolehlah? Lengan panjang, labuh sampai buku lali, bahagian atas tak terdedah, bolehlah je?"
"Ketat."
Aku hampir ternganga. "Mana ada ketat. Ni namanya ikut badan, okey?"
Dia angkat bahu. "Plus bahagian betis terbelah, apa makna labuh?"
Ihh, lelaki ni! Rasa macam aku nak makan je dia ni. Dahlah tengah lapar, banyak pula songeh dia. Dah cukup baik aku guna baju ni, kalau tak memang aku guna backless dress je. Dah ikut permintaan dia pun masih tak puas hati.
"Banyak songehlah kau ni. Setahu akulah kan, malam ni aku pegang watak yang penting. Aku sebagai pasangan kau malam ni, kenalah menyerlah. Biar semua orang kagum dan senang kau nak ajak bincang pasal bisnes dengan tetamu VIP tu."
"Maksud?"
Aku hela nafas. Dia ni. "Sebab aku cantik, mereka pun senang hati nak berurusan dengan kau."
Dia melirik aku sekilas. "Apa kebaikannya?"
"Haril, ka---"
"Pernah ke kau terfikir apa yang bermain dalam fikiran seorang lelaki bila melihat seorang perempuan yang cantik dan berpakaian seksi? Aku pun lelaki dan jujurnya nak jaga pandangan tu susah, Khalisya."
Dan dia mula berceramah lagi.
"Kena lagi bila berhadapan dengan lelaki yang suka bayang bukan-bukan. Perempuan tahu, tapi kenapa masih tak nak tutup? Bahagia sangat ke tayang semua benda? Tak nak simpan untuk yang lebih berhak ke?"
Badan aku pusing menghadapnya. "Habis tu perempuan saja yang kena simpan? Lelaki macam mana pula? Suka-suka je buat itu ini, lepas tu kalau nak kahwin elok je nak perempuan yang baik."
"Sama je. Dua-dua kena bertanggungjawab. Dua-dua kena simpan dan jaga. Dua-dua kena berubah."
Aku tersengih sinis. "Kau cuba ubah aku ke, Haril? Biar aku jadi perempuan yang baik, sebab semua lelaki baik hanya nak perempuan yang baik, kan?"
YOU ARE READING
My Beautiful Disaster ✔
RomanceNara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua...