Bab 30

8.9K 402 35
                                    

Aku sibuk tapi sebab sayang koranglah i update. Baik cakap iloveyou cepat!

________

Misi; buat dia jatuh cinta kepada aku semula.

Cara pertama; rajinkan diri berjoging di taman setiap hujung minggu.

"Selamat pagi!"

Dia menghela nafas kasar bila mendengar sapaanku. "Kau buat apa dekat sini?"

Aku sengih. "Cuba pikat kau."

"Khalisya, berhenti. Kau makin buat aku rasa menyampah bila terhegeh macam ni. Ni bukan diri kau."

"Siapa suruh tak nak bertanggungjawab lepas berjaya buat aku cintakan kau?"

Dia termangu. "Bertanggungjawab?"

Aku angguk. "Nak atau tak nak?"

"Tak nak." Badannya terus dipusing sebelum berjoging kembali. Aku mengekor dari belakang.

"Kalau macam tu aku akan teruskan usaha."

"Gila!"

***

Cara kedua; makan malam di Sweet & Cheese.

Dia yang baru melangkah masuk terkejut bila aku menyapa riang siap mengangkat tangan lagi. Bibirnya dikemam sambil menghampiri kaunter. Pesanan dibuat sebelum mengangkat dulang makanannya ke arah bertentangan. Geez, sengaja duduk sebelah sana. Nak mengelaklah tu.

Aku tak kesah. Dulang makanan turut aku angkat. Berdiri membawanya ke mejanya. Kunyahannya terhenti dengan mata tajam merenung aku yang baru duduk.

Senyuman manis aku ukir. "Pelanggan makin ramai, baik kita kongsi meja. Sharing is caring, kan?"

Dia hanya diam.

Aku menahan tawa. Tahu dia makin menyampah.

***

Misi ketiga; mencuba pelbagai cara untuk bertembung dengannya, kononnya tak sengaja.

Dengan bantuan Desmond, hari ni aku dapat tahu yang dia akan pergi kedai gunting rambut. Maka aku tanpa berfikir panjang terus ke alamat yang dihantar Desmond. Masuk saja ke dalam kedai tersebut, kelihatan Haril sedang duduk membaca majalah sambil menunggu giliran.

"Silakan duduk dulu ya, cik." Penjaga kaunter itu menegur dengan ramah.

Aku hanya mengangguk dan sengaja melabuhkan punggung di sebelahnya. Mulanya dia tak perasan tapi entah apa yang buat dia tahu ia adalah aku. Maka wajahnya diangkat dengan renungan tajam yang sama.

"Ikut aku lagi?"

Aku geleng. "Nak potong rambut. Takkanlah aku nak ikut kau terus."

Dia meletak majalah di tangan ke atas meja. "Okey."

Aku kemam bibir. Itu je dia nak kata? Aduh!

Hasilnya keesokan hari semua orang dekat pejabat menegur rambutku. Itulah asyik fikir nak jumpa dia sampai tak sedar yang bila masuk kedai gunting rambut bermaksud aku harus pertaruhkan rambut sendiri. Tergagap juga bila ditanya cik tukang gunting rambut tu. Mata laju melilau dan sepantas kilas jari menunjuk gambar di dinding.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now