Bab 4

12K 553 17
                                    

"Sayang? Kamu dari mana?"

Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Kenapa wanita tak malu ni masih belum tidur? Aku ingat bila aku sengaja duduk lama dalam kereta sebelum masuk ke sini boleh bantu aku mengelak, tapi sama saja.

"Kamu nak makan tak? Mama ada simpankan lauk."

Soalan sama dan jawapan sama. Aku mengeluh sambil menyangkut kunci di almari. Rambut aku seka ke belakang cuba menenangkan diri yang mula dikuasai amarah. Sememangnya bila tengok muka dia saja buat aku panas. Tak kesahlah dia nak tunjuk baik banyak mana pun sebab semua tu takkan mampu menghapus bayangan arwah mama yang menderita.

Takkan!

"Kamu tak sihat? Nak mama urut?"

"God..." Aku mengeluh. "... I never need you so stop bothering me!"

Dia agak tersentak mendengar tenkingan aku. Senyuman yang memudar cuba diukir sebaik mungkin. Tangannya cuba mencapai lenganku namun pantas aku mengelak dan berundur.

"Tak faham bahasa ke apa?" Aku menjuihkan bibir tanda menyampah. "Laki kau tak ada jadi baik jangan bertindak melebih. Kau tak nak mati lagi, kan?"

Dia mengangguk, menarik kembali tangannya. Matanya berkaca tapi aku peduli apa? Kaki aku atur naik ke bilik. Pintu bilik aku kunci sebelum merebahkan badan ke atas tilam. Pelipis aku urut lembut sebelum bertiarap.

Esok aku kena cari rumah atau apartmen atau apa-apa saja tempat tinggal asalkan aku dapat keluar dari sini. Aku dah tak larat nak hadap orang-orang dalam rumah ni. Malas nak fikir semua masalah ni. Lagipun, argh! Agak memalukan sebenarnya apabila hendak balik tadi Datin Kina menawarkan aku agar bekerja di butiknya. Mesti Haril bagitahu tapi ini ialah peluang aku. Simpanan aku akan habis juga jadi aku kena cari pendapatan sendiri. Walaupun aku tahu papa akan memasukkan seribu setiap bulan ke dalam akaunku.

Keesokan paginya aku tersedar awal. Entah bila aku tertidur sampai lupa nak bersihkan diri dulu. Usai mengemas katil, bilik air aku tuju. Selepas tu almari aku buka. Cuba mencari pakaian yang sesuai untuk ke butik Datin Kina. Selepas tu kena cari rumah dan berpindah.

Jeans aku belek. Semuanya tak kena. Kata Haril semalam bila cari kerja pakaian yang akan dinilai terlebih dahulu. Kepala aku garu sebelum mencapai skirt pencil hitam paras bawah lutut. This will do, right? Siap saja aku belek diri sendiri depan cermin. Tak pernah aku ragu-ragu macam ni bila berpakaian. Tapi sejak semalam minda aku serabut memikirkan semua ni.

Akhirnya nafas aku hela cuba menenangkan diri dan mengumpul kekuatan. Skirt dipadankan dengan shirt putih dan blazer hitam. Rambut aku ikat gaya pony dan mekap nipis. Sejujurnya aku tak sukakan mekap neutral, tak menyerlahkan sikap aku yang amat bertentangan. Tapi tak apa, hanya untuk hari ni.

Lega apabila turun ke tingkat bawah, ruang tamu kosong. Mak Milah mesti ada dekat laman belakang, urus kebun bunga dia. Kunci kereta aku capai dan terus keluar.

***

Aku tersenyum apabila Datin Kina menghampiri aku. Aku bangun menyapa namun dia terus menarik aku ke dalam pelukannya. Tergamam sekejap tapi riak muka kena jaga memandangkan dua orang pekerjanya berada di situ.

"Mak cik gembira kamu setuju. Cantiknya kamu hari ni."

Aku menyeka rambut ke belakang mendengar pujiannya. Kepala aku gelengkan. "Biasa je, datin."

Tanpa berlengah aku terus dibawa masuk ke dalam pejabatnya. Dokumen dikeluarkan, meminta aku membaca dan menandatangani perjanjian itu. Tak perlu berfikir lagi, aku tandatangan dan menghulur kembali dokumen itu. Perjanjian bekerja, tak boleh berhenti dalam tiga bulan yang pertama melainkan berlaku kejadian yang memaksa aku perlu ke luar negara.

My Beautiful Disaster ✔Where stories live. Discover now