***
Me
+ Arissa, kau dekat mana?Arissa
+ Dekat rumah. Kenapa?Me
+ Ambil aku dekat depan kampus, boleh?Arissa
+ Ofc boleh, dear.Telefon pintar aku simpan kembali ke dalam beg tangan aku. Kereta Harraz berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk UiTM. Harraz keluar dahulu daripada kereta diikuti aku.
Bonet dibuka, Harraz memberikan beg galas aku. Aku mengambil ditangannya. Bonet ditutup kembali sebelum dia berdiri dihadapan aku.
"Awak kata rumah sewa awakkan jauh lagi.. Kenapa nak turun dekat sini? Saya boleh hantarkan awak balik terus rumah awak"
Aku menggeleng.
"Saya sebenarnya tak selesa dengan lelaki. Lagi-lagi naik kereta dengan lelaki. Lagipun, apa pula jiran saya kata nanti? Perempuan berpurdah menaiki kereta bersama lelaki berdua-duaan?"
Harraz merenung anak mata aku. Aku melarikan anak mata daripada membalas renungannya. Seperti tersedar, Harraz menggosok belakang lehernya.
"Betul tak nak saya hantarkan awak sampai ke rumah sewa awak?"
"Eh tak apa, saya suruh Arissa je ambil saya. Lagipun Arissa tak ada nak buat apa"
Aku tolak pelawaannya lagi dengan lembut sebelum terdengar bunyi hon kereta. Mata aku dan Harraz tertancap pada kereta Proton Saga berwarna merah. Terlihat satu kepala yang keluar daripada tingkap kereta dan menjerit.
"Azalea!"
Aku menoleh semula memandang Harraz dan menunduk sedikit.
"Terima kasih tumpangkan saya. Saya.. pergi dululah
"ASSALAMUALAIKUM mak, Az dah sampai. Perjalanan tadi pun elok saja" Az menelefon mak nya setelah sudah sampai di rumah dia bersama Arissa.
"Waalaikumusalam, alhamdullilah. Jaga diri ye dekat sana. Balik sem jangan lupa calling-calling mak. Rindu nanti"
Az ketawa kecil.
"Ye lah mak. Adik letak dulu. Nak masak makanan untuk makan malam nanti"
"Baiklah. Jangan lupa kenal-kenal dengan Harraz tu. Mak bagi keizinan kalau dia ajak Az pergi mana-mana"
Az mengerutkan dahi. Selalunya jika dia hendak keluar dengan kawan lelaki, pasti maknya larang. Tapi kenapa Harraz dia tak larang? Something fishy will happen, maybe.
"O-okay mak"
•°•°•
"CUTI kau buat apa je dekat kampung?"
Arissa bertanya memandangkan kawannya baru balik dari kampung, Terengganu.
"Kau kenal Harraz?"
Arissa memukul perlahan lengan Az apabila soalannya tidak dijawab.
"Kau ni takde angin, takde ribut tanya pasal dia kenapa?"
"Tapi aku ada air, nak?"
Az menunjukkan air kotak yang berada ditangan kanannya sambil menggoyangkan sedikit. Arissa memandang kosong.
"Tak lawak. Ha aku tanya ni, cuti kau buat apa je dekat Terengganu?"
"Semenjak dua menjak ni kan, mak aku selalu tanya pasal Harraz. Sebab tu aku tanya kau, kau kenal ke Harraz tu?"
"Dia ada masalah ke dengan keluarga kau? Tak pernah pulak family kau tanya pasal dia"
"Itulah masalahnya. Tapi takpe aku fikir positif je, mana tahu dia dah kenal lama dengan keluarga aku "
Arissa menganggukkan kepalanya. Dia suka berkawan dengan Az kerana Az lah yang selalu membuatkan dia berfikir secara positif, dan membuang perkara negatif.
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...