Bab 46

684 15 4
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

AKU duduk dihadapan televisyen. Sungguh aku rasa bosan. Takde apa nak buat. Masak? Awal-awal lagi aku dah masak, bolehlah aku berehat lepas buat apa yang patut.

Mata aku terpandang sesuatu yang berada dimeja segi empat yang berada ditengah-tengah televisyen dan sofa. Aku mengambil laptop itu lalu letakkan diriba. Aku meng-onkan laptop itu. Benda pertama yang terpampang pada muka laptop itu ialah gambar aku. Aku tersenyum. Halah sweet lah abang ni heee.

Baru aku mahu membuka youtube, aku teringatkan pendrive yang aku jumpa dirak kecil didalam bilik air pagi tadi. Aku mengeluarkan objek itu.

"Ahaa!"

Aku mencucukkan pendrive itu ditempat pencucuk pendrive.

"Hehe mesti ada gambar aku dalam ni, kan? Alahai Harraz ni malu-malu pulak nak simpan gambar aku"

Sebaik berkata begitu, aku terus tergelak. Entah apa yang lawak, mungkin dengan ayat aku membuatkan aku sendiri tergelak. Hahaha!

Benda pertama yang aku buka ialah gambar. Aku menscroll dan mata aku tertumpu pada perkataan 'My love'. Aku tersengih. Kekekeke blushing pulak aku. Aku tekan 'My love' lalu mata aku tertancap pada gambar-gambar Harraz dan...

"Na-natalea?"

Aku mula menscroll gambar-gambar yang terpampang jelas pada muka laptop itu. Hati aku sakit. Bagaikan kaca yang telah pecah. Aku ingatkan itu gambar aku bersama Harraz tapi itu gambar Harraz dan Natalea yang sedang berpelukan kerana didalam gambar itu hanya sekerat saja, terlihat Harraz dan Natalea tidak memakai baju. Tanda yang berada dileher Natalea juga sudah pasti itu kesan gigitan Harraz pada leher Natalea.

Aku tidak sanggup menscroll lagi. Cukuplah gambar separuh bogel mereka aku lihat. Air mata aku jatuh berderas.

"A-abang"

Aku cuba mencari apps lain. Mana tahu ada lagi yang aku tak tahu yang Harraz pernah buat dibelakang aku? Tekan punya tekan, ada satu perkataan yang telah ditaip 'Troublemaker'. Terketar-ketar aku mahu tekan. Dengan keadaan sedang menangis, aku kuatkan diri juga. Dan, aku berjaya tekan.

Ada berbaris ayat yang sudah ditulis atau boleh dikatakan diluah didalam pendrive ini. Aku membaca ayat-ayat yang telah Harraz tulis.

24.4.2019
Kau hadir dalam hidup aku, kau rosakkan plan aku yang aku mahu berkahwin dengan Natalea. Kau troublemaker! Kau jahat. Kau patutnya mati. Kenapa kau setuju kau nak berkahwin dengan aku? 

25.4.2019
I will kill you, Azalea Az Zahra! Aku jijik dengan kau. Kerana kau, Natalea mintak putus dengan aku. Kau pembuat masalah. Kau boleh berambus dari hidup aku. Kau pulangkan balik Natalea aku. Dia milik aku sorang!

26.4.2019
Aku geli tidur dengan perempuan murahan. Aku pasti perempuan itu, perempuan murahan. Itu semua lakonan kau Azalea. Kalau kau boleh berlakon, kenapa aku pulak tak boleh? Jangan harap selama ni nama panggilan yang aku panggil, aku benar-benar maksudkan. Itu semuanya dusta Az!

12.5.2019
Kenapa aku boleh terlanjur dengan perempuan murahan tu? Kenapa aku tak boleh kawal diri aku? Aku, sumpah aku terasa jijik kerana sudah bersentuhan dengan dia. Aku pasti dia pakai bomoh untuk goda aku. Mati kalau Natalea dapat tahu aku sudah terlanjur dengan perempuan tu!

17.5.2019
Hubungan aku dan Natalea sudah baik. Kami sebagai kawan baik. Aku sudah menceritakan semuanya yang aku lalui dengan perempuan gila tu. Natalea marahkan aku kerana aku sudah berjanji aku tak mahu sentuh perempuan tu. Natalea cukup geram dengan aku. Aku pujuk Natalea tetapi dia mengendahkan aku. Aku cakap apa yang dia nak, then she said she want my body. Dan aku berikan pada dia. Katanya nak jilat balik apa yang Az sudah buat pada badan aku hahaha!

Dada aku mula sesak. Nafas aku tidak teratur. Sakit kepala bagaikan hendak menghentakkan kepala kedinding. Perut aku tiba-tiba jadi senak.

"Sakitnya ya Allah!"

Aku memegang laptop dengan kuat sehinggakan aku dapat rasakan screen laptop telah retak. Sekarang ini, diri aku bagaikan diseksa oleh malaikat maut. Sakit sangat...

Dahi aku telah mengeluarkan peluh. Aku sudah tidak larat. Ayat-ayat yang aku baca didalam laptop Harraz membuatkan aku sakit seluruh tubuh badan malah hati aku lebih sakit selepas saja dapat tahu Harraz mempermainkan aku.

Saat ini, aku tidak dapat bergerak kemana-mana. Aku bagaikan diikat. Hanya mulut yang terkumat-kamit melafaskan ayat suci alquran. Aku terdengar ada orang mengetuk pintu rumah aku. Aku hendak bangun tetapi dengan keadaan macam ni membuatkan aku kaku diatas sofa. Dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki aku dapat rasakan aku sedang bermandi peluh.

"Sakitnya ya Allah! Hati aku sakit! Badan aku sakit! Subhanallah tolong aku!"

Bunyi pintu masih terdengar. Semakin lama semakin kuat. Aku tidak dapat mendengar siapa yang sedang bercakap diluar pintu. Ketika ini, aku bertarung dengan sakit aku. Ya tuhan aku tak mampu tahan sakit ini. Tak pernah lagi aku sakit sebegini.

"Azalea, bukak pintu ni! Ada apa yang berlaku dalam tu?!"

Saat mata aku mula hendak tertutup, barulah aku dengar dengan jelas bahawa mak mertua aku, Puan Ayu sedang cuba membuka pintu dek aku terjerit semasa sakit.

Aku mula tidak larat, perlahan-lahan mata aku tertutup. Laptop yang berada diriba aku telah terhempas kerana pegangan pada laptop aku lepaskan. Saat itulah, Puan Ayu dapat membuka pintu rumah aku dan berlari mendekati aku.

"Astaghfirullahalazim, Azalea jangan buat ibu takut. Bangun sayang! Ya Allah kau jangan apa-apakan dia!"

Puan Ayu menepuk pipi Az. Tiada tanda-tanda mahu bangun. Puan Ayu sudah cemas. Puan Ayu terus menelefon Harraz dan semua ahli keluarganya.

Lepas Harraz sampai diperkarangan rumah mereka, Harraz terkocoh-kocoh berlari ke bilik untuk mengambil tudung Az membaluti kepala dan seterusnya dia mengangkat Az cara bridal style lalu meletakkan Az di tempat penumpang belakang manakala Puan Ayu memanggung kepala Az lalu membasahkan muka Az dengan air yang sememangnya ada didalam kereta itu. Dengan keadaan cemas, Harraz membawa kereta dengan laju. Risau akan isterinya yang tidak sedarkan diri.

[ Peace hehehe sedih? Macam biasa, gambar nanti saya update. Ok saya tengah musykil nak buat happy ending ataupun sad ending. Memandangkan ff saya sebelum ni sad ending, jadi saya buat sad ending untuk cerita ni boleh? hahaha insyaallah sad ending menanti( ̄∇ ̄) ]





Kekasih Syurga Where stories live. Discover now