***
HARRAZ membaca nama penuh Az di kertas itu lalu mengerutkan dahinya. Kenapa macam pernah dengar nama ni?
"Macam familiar nama ni" desis hati Harraz."Az dah sampai!"
Abang Az, Zafriel berlari masuk ke dalam masjid apabila pengantin perempuan sudah sampai. Harraz terkejut kerana dek jeritan Zafriel. Bukan Harraz saja malah orang dalam masjid itu juga terkejut. Suara macam pakai speaker!
"Zafriel, terkejut orang yang ada dekat sini. Jangan jerit kuat macam tu lah! Apa nak jadilah dengan anak aku ni haih"
Puan Suraya memandang tajam ke arah anaknya. Itulah habit Zafriel, menjerit apabila teruja.
"Maaflah ye, excited sangat dah ni. Ha tu dia"
Zafriel menunjuk arah pintu masjid, semua memandang ke arah itu. Harraz jadi kaku melihat pemakaian Az. Subahanallah, indahnya ciptaan kau.
"Masyaallah cantik sungguh perempuan pilihan kamu ni, Harraz. Bertuah kamu dapat dia. Macam bidadari jatuh dari langit. Kamu berdua bagaikan kekasih syurga. Kamu juga baik saja orangnya"
Harraz tersenyum ikhlas apabila tok kadi memberi pandangan. Ya, dia akui Az bagaikan bidadari. Pertama kali dia melihat Az memakai purdah.
Az berjalan dan duduk di tempatnya. Duduk bersimpuh dia disitu.
"Dah sedia?"
Tok kadi menyoal Harraz. Harraz mengangguk lalu mereka berjabat tangan.
"Muhammad Harraz Arfan bin Muhammad Harith"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Azalea Az Zahra binti Muhammad Arif dengan mas kahwinnya RM300 tunaiiii"
"Aku terima nikahnya, Nur Azalea Az Zahra binti Muhammad Arif dengan mas kahwinnya RM300 tunai"
"Sah?"
"SAHHHH"
"Alhamdullilah"
Setelah membaca doa yang ditetapkan, Harraz bangun lalu menuju ke arah Az yang sedang menunduk.
"Az, suami kau nak datang ni. Hensem betul Harraz, patutlah budak U tergila-gilakan dia"
Az menyiku Arissa yang berada disebelahnya. Dia pulak yang melebih. Terasa pipinya membahang.
Harraz mengeluarkan cincin yang berada di dalam kotak kecil berwarna merah dan ingin menyarungkan cincin itu di jari manis Az. Pantas Az menarik tangannya jauh. Terkedu mereka semua apabila Az bertindak menarik tangannya.
"Kenapa ni, nak?"
Tuan Arif menyoal. Jangan malukan abah, Az. Az menunduk.
"Kenapa ni Az, bagilah tangan tu"
Az menggeleng. Kali ni Puan Suraya menyoal kerana tidak puas hati dengan perilaku anaknya.
"Awak, kenapa? Mari lah tangan tu. Saya nak sarungkan cincin"
Kali ini Harraz pula menyoal. Lama Az berdiam diri dan dia menjawab,
"Dosa kalau pegang tangan perempuan"
Tergelak mereka yang berada di situ. Ada yang tepuk dahi, ada yang tercengang.
"Adikku sayang, tak dosa pun. Dah halal gap dah. Bagi tangan tu dekat Harraz"
Harraz tergelak melihat tingkah laku Az. Teragak-agak Az untuk memberi tangannya kepada Harraz.
Harraz mengambil tangan Az lalu menyarungkan cincin di jari Az. Sama juga Az, sarungkan cincin dijari manis Harraz.
Perlahan-lahan Harraz mendongakkan wajah bidadarinya itu.
'Di-dia nak buat apa ni weh. Astaghfirullah'
Az sudah mengucap di dalam hati. Az memejamkan matanya. Harraz mengucup dahi Az lama. Az perlahan-lahan membuka matanya apabila Harraz sudah mengucup. Mata mereka bertaut. Harraz tersenyum manis. Jantung Az bagaikan jantung hendak meletup. Apahal sweet sangat ni!
Aaaa sweetnya.
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...