💑
Aku mengemas pakaianku untuk dibawa pulang ke rumah sewa aku serta kawan baik aku. Sekarang cuti untuk sem pertama, jadi aku ambil peluang untuk balik ke kampung halaman. Rindu dengan mak dan abah.
Penat merindui kedua-dua orang tua tersayang. Tidak lupa juga dengan kakak dan abang walaupun mereka berdua menyakitkan hati.
Zafira dan Zafriel sudah menamatkan pengajiannya dan mengambil alih syarikat yang ditubuhkan oleh abah sejak dahulu lagi.
Dan mereka berdua tidak berkahwin lagi.. tidak lupa aku juga.
Setelah aku masukkan pakaian aku didalam beg, aku zip beg itu dan membawa turun ke ruang tamu. Beg aku letak ditepi sofa. Kasut baru yang masih didalam kotak itu aku ambil di rak kasut. Kasut yang dihadiahkan oleh Zafira untuk aku ketika menyambut ulang tahun yang ke-19, tahun lepas.
"Azalea?"
Aku menoleh ke belakang untuk mencari suara yang memanggil nama aku. Zafriel berjalan ke arah aku dan mulutnya terbuka besar, apalagi? Menguaplah!
Aku menggelengkan kepala. Perangai tak semenggah langsung.
"Menguap, tutup mulut. Nanti lalat masuk mulut satu kes pula nak hantar pergi hospital!"
"Betul tu!"
Tidak sedar yang Zafira berada dibelakang Zafriel, aku hanya tersengih disebalik purdah. Purdah? Aku hanya memakainya apabila aku hendak pulang ke kampus saja. Sekejap pakai, sekejap tidak tetapi aku selalu pakai jika aku berada dikampus saja untuk menutup muka aku sekaligus aku dapat kekuatan untuk memandang muka orang. Aku pemalu.
Zafriel membuat muka bosan dan memandang aku atas bawah. Mungkin kerana aku pakai purdah.
"Kau balik U hari ni ke?"
Aku mengangguk dan bercekak pinggang memandang Zafriel.
"Kenapa abang tak siap lagi? Abang sepatutnya hantar Az ke perhentian bas tau! Habislah abang, lagi 30 minit aje ni."
Aku mengeluh resah. Jam ditangan aku lihat. Habislah kalau terlepas bas..
"Eh, iya ke? Kejap, aku bersiap. Kau pergi naik kereta dulu. Panaskan enjin kereta!"
Zafriel terus memecut lari menaiki tangga. Zafira yang berada dibelakang Zafriel tadi hanya menggelengkan kepala sebelum matanya tertancap pada aku.
"Aku tak dapat temankan kau harini. Maaf ya? Nanti kalau kau ada cuti lagi, aku ambil kau dekat perhentian bas. Kejap lagi aku kena gantikan Zafriel memandangkan Zafriel hantar kau."
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...