Bab 26

708 17 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"BYE ibu, ayah. Kami gerak dulu" Az dan Harraz melambai sebelum gerak ke KL. Cuti mereka telah tamat.

Suasana didalam kereta hanya suara radio yang berbunyi. Kekok pula rasanya. Baru sahaja Az hendak melelapkan mata, Harraz bertanya.

"Honey nak balik rumah abang ke balik rumah honey?"

Az berfikir. Jika dia balik rumah Harraz, baju dia tiada. Kalau balik rumah dia, dekat sahaja dengan U.

"Say–I mean Az rasa Az balik rumah Az"

Muka Harraz seakan kecewa tapi cepat-cepat dia senyum. Ye, dia berharap sangat supaya Az duduk dengannya.

"Kenapa tak nak balik rumah abang?"

"Barang-barang Az semua dekat sana. Lagipun kesian dekat Arissa duduk rumah tu sorang-sorang"

Harraz mengangguk.

"Jadi, setiap hujung minggu Az balik rumah abang boleh? Nanti abang takde bantal peluk. Susah abang nak tidur"

Lama Az berdiam diri. Nak ke tak nak? Tak nak ke nak?

"Okay"

"Kalau macam tu. Nanti abang ambil Az"

•°•°•

"HONEY keluar dulu. Assalamualaikum"

Az terus keluar dari kereta Harraz. Kereta Harraz meluncur pergi setelah Az membuka pintu gate.

"Haih cik adik baru balik honeymoon ke tu"

"Omakkau! Ish Arissa terkejut aku"

Arissa tergelak.

"Hahaha hodohnya muka kau!" Az mencebik. Dia tu lah, suka sangat terkejut kan orang lepastu kata muka hodoh!

"Eleh kau"

"Okay dah-ii jom masuk"

Mereka berdua masuk kerumah.

"Okay ke Harraz layan kau?" Az mengangguk.

"Okay. Dia baik dengan aku" Arissa tersenyum.

"Bila aku nak dapat anak buah ni?" Az mengetuk kepala Arissa. Takde benda lain ke nak tanya!

"Kau ni! Benci lah cakap dengan kau ni. Aku baru je kahwin takkan lah nak buat benda tu"

"Manalah tahu dah tak sabar nak ada anak"

"Hotak kau"

"Hotak kau"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now