***
"HONEY nanti ibu abang nak tidur sini untuk berapa hari. Honey okay je kan?"
Aku mengangguk. Apa salahnya ibu mertua aku datang kesini? Boleh hilangkan bosan lagipun aku takde kelas untuk hari ini. Cakap pasal kelas, aku selalu skip kelas memandangkan aku sudah penat hendak berjalan ulang-alik.
"Abang pergi hospital dulu. Honey jaga rumah, okay?"
Aku mengangguk lagi. Entah kenapa suara malas nak keluarkan. Mungkin terasa hati memandangkan Harraz selalu balik lewat malam sampaikan kadang-kadang sehari dua tak balik. Alasannya;"Ramai patient".
"Honey?"
"Huh?"
Aku tersentak apabila Harraz merangkul pinggang aku. Aku menguatkan diri untuk memandang mata Harraz yang sedang memandang aku juga. Aku menelan air liur kelat. Keadaan kami sangat rapat tetapi perut aku yang menghalang kami bersentuhan.
"Honey mengelamun apa? Sempat lagi mengelamun masa abang nak pergi hospital"
Aku tersengih. La aku mengelamun ke? Sejak akhir-akhir ini memang aku selalu mengelamun, itu pun pasal Harraz. Harraz seperti menyembunyikan sesuatu dibelakang aku. Namun, aku hindarkan perkara itu. Tak baik untuk kandungan.
Aku menolak dada Harraz. Sesak pula nafas. Jantung jangan dicakap, macam hendak pecah jantung ini. Harraz lagi mengeratkan rangkulannya.
"Err abang kata nak pergi kerja. Lepaskanlah Az"
"No"
"Abang..."
"Hahaha kenapa pipi merah-merah ni? Comellah"
"Sebab abang jugalah, Az blushing"
Sedar akan terlanjur kata, aku menekup mulut aku. Sejak bila kau jadi berani cakap macam tu Az?!
Harraz memandang aku dengan mata disepetkan. Aku melarikan pandangan.
"Honey cakap apa tadi?"
Aku menggeleng.
"Iya, abang ada dengar honey cakap tadi"
"Honey tak cakap apa-apalah. Abang dengar orang lain cakap kut. Abang dah pekak heeee"
Harraz membulatkan mata lalu mengomol pipi aku. Aku pula sudah terkejut.
"Eh sakitlah abang!"
"Oh my god how cute are you!"
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang cute nya? Gila ke apa suami aku ni.
"Apa yang cute?"
"Sebelum ni honey bahasakan diri dengan nama sendiri, pagi ni honey bahasakan diri dengan honey. Cute!"
Aku mula tergelak. Itu pun dia kata comel. Aku rasa aku akan bahasakan diri aku sebagai honey mulai hari ini.
"Dan perkataan last yang honey cakap. Buat lagi sekali"
"Heee"
"Masyaallah comelnya!"
Aku tergelak besar. Ada-ada je Harraz ni. Harini, ikutkan saja perangai dia. Esok lusa mana tahu dah tak boleh macam ni.
"Abang, dahlah tu. Abang kata nak pergi hospital"
"Eh aahlah. Lupa pulak. Ni sebab honey comel sangatlah ni"
Harraz melepaskan rangkulan dipinggangku. Lalu mendekatkan mukanya pada perut aku yang membesar. Harraz mengusap perut aku. Bagaikan ada renjatan elektrik apabila dia usap dengan begitu lembut. Bulu roma aku mula naik. Ini kali pertama dia mengusap perut aku.
"Sayang, jaga mama baik-baik. Jangan tendang perut mama nanti mama sakit lepastu dia menangis. Anak papa jangan minta macam-macam ye. Nanti susah pulak papa nak cari"
Harraz berdiri tegak lalu memandang aku.
"Okaylah, abang pergi hospital dulu. Apa-apa telefon abang, okay?"
Aku mengangguk. Sudah banyak kali dia berkata begitu kepada aku sehinggakan aku pun sudah muak nak dengar.
[gambar nanti saya update lepas habis trial. kalau boleh memang mira nak habiskan cerita ni dengan cepat lepastu nak sambung diari kakak. memang dah nak sampai penghujung, maybe lagi 5 bab lepastu abis? kotlah. jangan risau, 2 hari sekali mira updatr okeh]
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romantizm[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...