***
"HA mana honey kau tu? Tak ikut?"
Tanya Zafriel. Mereka sekarang berada di kebun Tuan Arif. Saja mereka luangkan masa bersama. Tiada kerja nak dibuat dirumah.
"Tak. Dia dengan Zafira nak pergi beli barang dapur katanya" Zafriel mengangguk. Zafriel berdehem sebelum menanyakan sesuatu pada Harraz.
"Harraz"
"Ye"
"Jaga hati adik aku elok-elok. Jangan pukul dia. Jangan buat dia terluka. "
Automatik Harraz memandang Zafriel disebelahnya.
"Ye aku tahu. Kenapa kau cakap macam tu?"
"Dia baik, pandai, cantik, jaga solat, sopan santun. Kau orang yang paling beruntung dapat dia"
"Sebelum ni dia ada lelaki lain? Means boyfriend ke?"
Harraz menyoal Zafriel. Zafriel menggeleng dan tersenyum kecil. Adiknya itu bukan murah.
"Dia reject semua lelaki. Katanya, takut masa dia dah berkahwin ada masalah rumah tangga pulak. So Harraz, kalau kau ada perempuan lain sebelum ni. Kau tinggalkan dia. Jangan buat Az kecewa. Dia tak patut disakiti. Dia bidadari kami semua. Aku bersyukur dapat adik macam Az"
Harraz terdiam. Ye, mungkin dia ada kekasih hatinya tetapi dia takkan pernah lupakan isterinya.
•°•°•
"ADIK, kau tak nak pergi honeymoon ke dengan suami kau?"
Membahang pipi Az. Az menunduk.
"Alah kau ni, malu pulak. Ajaklah suami kau tu pergi honeymoon. Kenal dengan lebih mendalam lagi"
"Adik ikut je dia nak bawa adik pergi mana. Lagipun, kitorang tak balik Kelantan lagi. Kesian pula mak mertua dekat sana"
"Uyo pergi Kelantan. Suami kau asal Kelantan ke?"
"Entahlah sebab haritu dia bawa adik jumpa ibu dengan ayah dia, masa ibu dengan ayah dia singgah rumah kedua Harraz. Mak cakap dia asal Kelantan. Sudahlah cakap pasal dia, ni nak beli apa ni? "
Zafira menjeling Az. Suka sangat tukar topik.
"Kita beli–eh Az!"
Zafira menolak troli yang dibawa mengejar Az sudah didepan.
"Weh aku nak beli coklat! Banyaknya coklat dekat sini. Boleh rosak gigi aku"
Zafira memukul lengan adiknya.
"Kau ni kan! Main tinggalkan aku je. Ha makanlah coklat tu banyak-banyak biar rosak gigi kau. Sampai suami pun lari dapat isteri macam kau"
Az tersenyum hambar.
"Ye, aku rasa suami aku akan lari. Lari pergi dekat perempuan lain. Aku ni siapa je dalam hati dia. Tapi takpe, aku positif jadi aku harap dia sayangkan aku walaupun dia tak cintakan aku. Jom cari barang basah"
Zafira memandang adiknya sayu yang berlalu pergi ke barangan basah. Ahh mulut ni takde insurans betul!
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...