Bab 51

860 17 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

AKU mengimbas kembali momen manis aku bersama Azalea. Sungguh, aku tak berniat untuk menampar dan menghempas badan isteri aku kedinding. Tindakan luar kawalan apa yang kau buat ni Harraz?

Aku meraup muka kasar. Dia akui, dia cintakan Azalea tetapi dalam masa yang sama dia cintakan Natalea. Ada betulnya masa Puan Ayu kata yang Harraz sedikit demi sedikit berubah ke jalan Allah tetapi bila bersama Natalea, dia lupa semua tu, dia lupa halal dan haram, dia lupa pahala dan dosa, dan yang paling dia lupakan ialah isterinya sendiri.

"Apa yang aku dah buat ni ya Allah"

Aku memegang pipi Azalea. Rasanya dah cukup kuat aku tampar dia tadi tapi dia masih lagi kuat untuk berhadapan dengan aku. Betul kata Puan Ayu dan Natalea, aku tak pernah hargai dia. Aku terlalu kejarkan kaca sedangkan permata ada saja depan mata aku. Tangan aku mula memegang perut Az. Tidak tertahan, aku menunduk dan menangis juga.

"A–abang"

Aku yang menangis tadi terus mengangkat wajah memandang Az. Aku mengelap air mata aku. Az cuba untuk bangun dan aku menolongnya. Az memegang perutnya dan terus memandang aku tajam.

"Kenapa perut aku kempis?!"

Aku tersentak. Panggilannya juga sudah ditukar. Az sudah tidak tentu arah. Aku cuba untuk memeluknya tetapi dia menepis.

"Mana anak aku? Mana Zulhadirah Tasnim? Aku tanya kau ni mana anak aku hah?!"

"Honey, sabar!"

"Kau pembu—"

Belum sempat Az mahu berkata, pintu diterjah oleh keluarga aku dan keluarga Az. Riak mereka sangatlah risau. Aku menelefon mereka semua ketika perjalanan ke hospital. Puan Suraya menenangkan anaknya manakala Puan Ayu sudah mata berkaca. Tak sanggup melihat menantu kesayangannya tidak tentu arah.

"Lepaskan Az! Az nak bunuh dia ni. Disebabkan lelaki ni, anak Az dah tak ada dekat dunia ni. Disebabkan lelaki ni, Az selalu masuk keluar hospital cuma Az yang tak nak bagitahu dia! Sekarang, kau pulangkan anak aku, Zulhadirah Tasnim!"

Aku mengesat air mata aku. Az, janganlah kau berubah disebabkan aku. Aku sendiri terkejut apabila doktor yang merawat Az mengatakan Az keguguran.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya"

Aku bertanya apabila doktor sudah keluar dari bilik bedah.

"Isteri encik okay tapi..."

"Tapi apa doktor?"

"Anak didalam perut isteri encik, kami tidak dapat selamatkan. Ini disebabkan Puan Az mengalami hentakan yang kuat sehinggakan terkesan ke perut. Jadi, kami terpaksa bedah untuk keluarkan bayi anak tuan dan puan. Saya harap encik bersabar. Ini ujian. Terima takdir. Lepasni, jaga dia elok-elok atau kemungkinan dia akan jadi orang tak waras disebabkan trauma yang melampau. Saya harap sangat jangan bagi dia stress. Wad Puan Az akan dipindahkan diwad biasa. Saya pergi dulu. Ada apa-apa yang berlaku, panggil saya terus"

Aku terkedu dan perlahan-lahan tubuh aku mengherot jatuh. Az keguguran? Tak, tak mungkin! Tu anak aku dan Az. Anak tu cahaya mata untuk aku dan Az. Semua salah kau Harraz, kalau kau tak terikutkan emosi, benda ni takkan terjadi dan mungkin sekarang kau boleh lagi usap perut Az.

"Kau keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau pembunuh!"

Aku tersentak dan memandang Az sayu. Ahli keluarga Az menenangkan Az manakala ahli keluarga aku hanya memandang Az sayu. Az seperti orang gila. Tak tentu arah.

"Harraz, kamu baliklah. Az sekarang ni masih trauma. Dia tak dapat terima yang dia dah keguguran jadi ayah harap sangat Harraz balik, mandi lepastu solat. Berdoa dekat Allah supaya Allah dapat selamatkan rumah tangga kamu dan Az"

"Tapi—"

"Betul cakap ayah tu Harraz, baliklah. Kamu pun boleh nampak macam mana keadaan Az sekarang. Ibu tak tahu apa yang berlaku lepas ibu pergi ke rumah Tuan Arif dan Puan Suraya, jadi lepasni ibu nak kamu berterus terang dengan kami kenapa Az boleh keguguran"

"Baiklah ibu, ayah. Harraz balik dulu. Tolong jagakan Az untuk Harraz. Esok Harraz datang lagi"

Aku pergi kearah Az. Dia memandang aku tajam tetapi aku tak pedulikan pandangannya.

"Honey, abang balik dulu. Esok abang datang lagi"

"Berambus jelah. Ada aku kisah ke kau nak datang ke tak?!"

Aku senyum hambar. Disebabkan kau, Az dah berubah. Dia tak kisah pasal aku lagi, dia dah bencikan aku hanya disebabkan aku menyakiti mental dan fizikalnya. Maafkan aku Az. Aku memang lelaki tak guna.




Kekasih Syurga Where stories live. Discover now