[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
***
AZ terjengket-jengket apabila dia sudah masuk kedalam bilik. Harraz baru saja keluar dari bilik air memandang Az sekilas.
"Terjengket-jengket, tumit kaki sakit ke apa?"
Az tersengih seraya pergi dekat Harraz yang sedang duduk diatas katil itu.
"Abang, janganlah marah"
Az mencucuk perlahan lengan Harraz. Harraz pula mengelak tanda tidak suka. Tapi tau sajalah Az ni degil orangnya, dia masih mencuba cucuk lengan Harraz.
"Az janji Az tak lari lagi. I'm promise!"
Harraz hanya mengendahkan Az lalu berbaring diatas katil bertentang dengan Az. Az yang melihat Harraz begitu sudah bergenang air mata, tinggal nak jatuh saja. Biasalah orang mengandung, emosi tak stabil.
"Okaylah, abang tidurlah dulu. Mesti abang penat drive. Maaf sebab susahkan abang nak layan perangai Az. Az keluar dulu, nak jumpa kakak dengan abang"
Az terus keluar dari bilik, dia juga rasa kecil hati bila Harraz melayan dia sebegitu. Air mata yang jatuh tadi dia lapkan menggunakan lengan baju.
•°•°•
AZ melihat jam telefonnya, 10pm. Dia bukannya tak mahu masuk bilik tapi takut Harraz tak suka. Memang jam sekarang, dia sudah mengantuk. Tadi pun sembang dengan Zafira dan Zafriel pun sekejap saja sebab mereka ada kerja nak dibuat. Jadi Az ambil keputusan untuk duduk disofa sahaja dari petang sampailah malam. Nak buat kerja, dia orang marah.
"Eh Az, kenapa kau tak masuk bilik lagi?"
Az memandang Zafira yang berada dibelakangnya. Az hanya sengih kekok. Apa nak cakap ni?
"Kejap lagi Az masuklah. Drama ni belum habis lagi"
"Dah pukul 10 ni, Az. Kau kena rehat. Kau tu bawak budak lainlah dulu kau selalu tidur lewat. Sekarang pergi masuk bilik"
"Taknak, aku tahu lah nak masuk. Ni, tak nampak ke aku tengah tengok TV? Buta?"
Zafira mengetap bibir. Kau panggil aku buta?!
"Amboi mulut senang je cakap aku buta. Dahlah, aku masuk bilik dulu. Kau jangan lupa tutup TV. Jangan tidur atas sofa nanti badan kau sakit"
"Yelah yelah. Aku taulah"
"Goodnight"
"Goodnight too"
Az melihat Zafira yang sudah berlalu pergi kebiliknya. Az menghela nafas. Memang dia nak tidur dekat sofa pun malam ni. Az menutup TV dan meletakkan remote diatas meja yang berada di sofa dan TV. Baru saja Az mahu baring, satu suara menyentakkan Az. Az melihat gerangan yang bercakap dengannya yang sedang berdiri ditangga rumahnya.
"Kenapa tak masuk bilik?"
"Takut abang tak selesa. Abang pergilah tidur, abang penatkan. Kalau abang lapar, makanan ada dekat dapur tu"
Macam biasa, baru saja nak baring Harraz memanggilnya. Az mendengus. Orang ngantuk ni!
"Apa lagi, abang?"
"Masuk bilik"
"Takpe Az boleh je tidur kat sofa ni. Abang tu, pergilah masuk bilik"
Harraz memandang Az tajam. Az yang melihat panahan mata Harraz terus memandang tempat lain. Terketar tulang lutut tengok mata Harraz.
"Degilkan dia ni? Abang kata masuk bilik, masuk biliklah. Nanti sakit badan. Kesian dekat anak abang tu. Abang rindu honey. Nanti siapa abang nak peluk kalau honey takde?"
"Peluklah bantal"
"Honey..."
"Okay, fine. Az tidur dekat bilik"
"Cepat, dah lewat ni. Mata ngantuk dah tu"
"Yeye Az tahulah"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.