[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
***
HARRAZ memberhentikan keretanya didepan surau. Harraz melihat jam tangannya dan memandang Az yang sedang menyedut hingusnya. Tersedu-sedan dia didalam kereta tadi.
"Dah masuk Isya' ni. Boleh solat tak?"
Az mengangguk. Suara Harraz masih lagi dingin walaupun nada itu seperti lembut saja.
"Ambil wudhu lepastu solat Isya'. Lepas dah habis solat tunggu abang dekat depan kereta tau. Dah keluar. Jangan lambat pulak"
Az terus keluar dan memasuki surau. Sama juga Harraz membuat perkara yang sama.
Selepas sahaja habis solat, Az terus tunggu didepan kereta Harraz. Harraz tiada mungkin dia membuang air ataupun sebelum dia solat Isya' dia membuat solat sunat dahulu.
Seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari surau memandang kearah Az yang sedang bermain batu menggunakan kasutnya. Lelaki itu tersenyum. Ahaks! Lelaki itu terus berlari sampailah dia berada didepan Az. Terkejut Az dibuatnya.
"Woi mak kau hijau!" Latah Az. Lelaki itu berdekah ketawakan Az. Az tidak dapat menahan geramnya lalu memukul bahu lelaki itu kuat. Berlapik.
"Syafiq, kau ni kan selalu buat aku terkejut! Kalau aku tiba-tiba mati kejung macam mana?! Ei budak ni"
"Aduh, aduh sakitlah kau pukul. Hahaha aku saja je. Kau buat apa dekat sini?"
"Aku so—"
Belum sempat Az menjawab, Harraz mencelah. Entah dari mana dia datang tiba-tiba sahaja berada disebelah Az. Terkejut Az dan Syafiq.
"Solat lah. Itu pun tak tahu ke?" Uih abang, janganlah dingin sangat. Sayfiq tersengih kekok lalu menggosok lehernya.
Az seperti tahu apa akan terjadi terus perkenalkan diri Harraz kepada Syafiq begitu juga Az mengenalkan diri Syafiq kepada Harraz. Terketar-ketar tangannya saat berjabat tangan dengan Harraz. Mahu tergelak Az disitu tapi ditahannya.
"Aku suami dia. Kau hanya kawan dia. Jangan dekatkan diri kau dengan dia"
Zzup!
Syafiq dan Az menelan air liur kelat. Apa pasal dengan Harraz ni?! Syafiq tidak berpuas hati lalu membalas.
"Aku bukan kawan dia tapi aku sahabat dia. Aku sahabat baik dia. Salah ke kalau aku nak dekat dengan dia? Aku dah lama kenal dia dari kau. Aku hanya anggap dia sahabat aku bukannya kekasih hati bagai. Tu pun nak cemburu ke bang?"
Hidung Harraz kembang kempis menahan geram. Tidak mahu mengalah Harraz ingin membalas tapi sempat Az mencelah.
"Eh apa ni, kenapa nak gaduh ii depan rumah Allah? Tak baik tau. Abang, dah-dah lah tu. Abang dengar kan apa yang Syafiq cakap tadi. Az anggap dia sebagai sahabat je macam tu lah juga Syafiq. Abang jangan marah-ii ye" Az menggosok lengan Harraz supaya bersabar.
Harraz menjeling Az dan terus menarik Az masuk kedalam kereta. Sempat Az meminta maaf kepada Syafiq atas kelakuan buruk suaminya tadi. Syafiq membuat tangan '👌' dan memandang kereta Harraz yang bergerak laju meninggalkan kawasan itu. Syafiq menggelengkan kepala, cemburu buta betul lah. Tak berlapik langsung.
•°•°•
"AMBIL kunci ni buka pintu rumah"
Az akur dan ambil kunci ditangan Harraz manakala Harraz berdesup keluar kereta mengambil beg Az yang sememangnya beg itu yang harus dibawa pulang sesama ke kampung halaman Az. Tapi itulah, dah takdir untuk tertinggal bas dan dimarahi oleh encik suami.
Buka sahaja pintu rumah, Az terus menaiki biliknya bersama Harraz. Pening dikepalanya masih ada. Tadi semasa dia solat di surau dia menggunakan kerusi kerana badannya terlalu lemah untuk berdiri lama-lama kerana semasa dia hendak mengambil wudhu, dia termuntah.
Az membuka tudungnya dan sangkutkan di birai katil. Baru sahaja dia hendak baring Harraz terus masuk. Tidak jadi dia untuk berbaring. Az duduk dibirai katil. Harraz memeluk tubuhnya dan bersandar dibelakang pintu bilik.
Gulp! Apa pasal pula abang ni...
"Puas lah hati?" Az mengerutkan dahi. Puas hati? Apa yang puasnya?
"Ha?"
"Puas lah kan hati tu dapat bercakap dengan orang lelaki, kan? Mentang-mentang abang takde dekat situ elok saja berborak tak fikir apa orang surau kata. Honey ingat sikit ea, abang ni suami honey, lainlah dia tu. Dia tu hanya kawan!"
"Apa abang ni? Az tahulah nak jaga batas. Suka sangat fikir negatif"
"Amboi, dah pandai nak melawan abang?! Bagus sangatlah tu perangai back-up lelaki mana tah. Honey ingat eh, jangan ber–ha nak pergi mana tu?! Abang tak habis cakap lagi"
Az terus berjalan masuk kedalam bilik air dan muntah. Az memegang mangkuk tandas. Ish kenapa selalu muntah ni?! Harraz yang sepertinya terdengar Az muntah terus pergi ke bilik airnya.
"Honey, are you okay?! Kenapa tetiba muntah ni?" Sambil itu tangan Harraz menggosok belakang badan Az bagi senang untuk Az muntah semuanya.
Az berjalan pergi ke singki dan berkumur-kumur. Tidak sedar dia sedang menangis. Kenapa dengan kau ni Az?
"Hey, i'm so sorry okay? Jom rehat dekat katil. Abang check honey okay?" Az mengangguk dan Harraz memegang bahu Az. Harraz tersengih kecil. Em macam berita baik saja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.