***
"BIARLAH Az tolong, Az bukannya buat apa pun"
"Tak boleh, pergi duduk dalam rumah tu diam-diam!"
Aku mendengus. Aku mahu menolong saja, itu pun tak boleh! Apa pun tak boleh. Setakat angkat pinggan dan cawan, takkan tak boleh?
"Tak mahu. Az nak tolong jugak!"
"Ei budak ni. Honey, please. I'm begging you. Kalau jadi apa-apa macam mana? Tak nampak ke ramai orang dekat dalam khemah tu. Kejap lagi kita nak bergambar, honey nak ke peluh-peluh, hm?"
"Tapi-"
"Takde tapi-tapi. Sekarang, pergi masuk duduk dalam rumah. Tadi dah makan, kan? Kalau nak makanan, bagitahu abang. Dekat dalam beg abang, ada laptop. Pergilah main laptop tu, bukak youtube ke, main game ke. Abang tak halang, janji honey duduk dalam rumah diam-diam"
Aku menunduk bermain jari. Aku bosan dan aku perlu buat sesuatu kerja untuk menghilangkan bosan. Tapi, Harraz suruh duduk dalam rumah diam-diam. Aku mengeluh dan memandang Harraz didepan aku.
"Okay fine. Az masuk dalam dulu, nanti nak bergambar ajak Az sekali!"
Harraz mengangguk.
"Iya, sayang. Dah pergi masuk. Nanti abang panggil honey"
Aku terus buka kasut yang dipakai dan letak dirak kasut. Harraz memerhati aku sampailah aku masuk kedalam rumah. Takut sangat bila orang keluar, cakap jelah takut ada orang lain jatuh hati dekat aku!
Aku duduk diruang tamu. Aku menarik nafas dan menghembuskannya. Penat juga lawan mulut dengan Harraz. Itu pun penat ke Az? Hahaha. Disebabkan bosan yang melampau, aku pergi kebilik dan mengambil laptop Harraz dan membawanya turun keruang tamu.
Aku melihat orang ramai diluar tingkap ruang tamu. Ramai. Entah berapa orang yang diajak oleh keluarga aku. Memandangkan hari ini hari bersanding bagi Zafriel dan Anis, jadi tidak sah kalau tak ramai yang datang ke majlis mereka berdua. Zafriel boss dan Anis pula assisstant Zafriel jadi ramai pekerja yang datang kemajlis mereka harini.
Aku meng-onkan laptop. Benda pertama yang aku lihat ialah screen laptop. Gambar aku sendiri. Aku mula tersenyum. Sayangnya husband dekat wife hahaha!
•°•°•
"HONEY, jom keluar. Nak bergambar ni"
Aku menutup laptop dan bangun pergi ke muka pintu yang menempatkan Harraz disitu. Harraz mencapai tangan aku dan menarik aku pergi ke pelamin Zafriel dan Anis. Terlihat ahli keluarga aku sedang menyusun tempat untuk kami bergambar. Dari jauh lagi Zafriel dan Anis tersenyum memandang aku dan Harraz. Alahai comelnya suami isteri ni!
"Wah handsome dan cantik abang dengan kakak ipar Az harini!"
Mereka berdua tergelak melihat aku memandang mereka atas bawah. Kak Anis mukanya berseri-seri dari sebelum ni, Zafriel pula muka yang sudah kacak bertambah lagi kacak apabila mengenakan baju pengantin. How sweet they are!
"Hahaha memandai je Az ni, mari ambik tempat. Kita nak bergambar ni. Nanti menangis pula gambar dia tak ada"
Ahli keluarga aku yang berada diatas pelamin menggelakkan aku apabila Kak Anis mengenakan aku. Aish tak boleh jadi ni!
"Alah Kak An-"
"Honey cepatlah ambil tempat sebelah abang ni. Nanti terlepas pulak nak ambil gambar"
Aku tergelak kecil dan terkedek-kedek berlari kearah Harraz. Harraz memeluk pinggang aku dan aku memeluk pinggang Harraz. Tetamu yang hadir tersenyum melihat karenah kami semua.
"1, 2, 3 say cheese!"
"Cheese!"
Klik!
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...