Bab 56-Ending

1.5K 34 8
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


***

SUDAH 4 hari aku berada dihospital. Aku sudah melahirkan anak-anak aku. Anak-anak? Ye, aku tak sangka ianya kembar. Betapa gembiranya semua orang bila aku lahirkan anak kembar. Hari ini, aku sudah boleh balik ke rumah. Sampai sahaja dipintu kereta, aku memberhentikan langkah. Aku mencari kereta Zafriel, oh ye selang 2 kereta dari tempat parking kereta Harraz.

"Abang, boleh honey suruh Zafriel dan Anis pegang anak-anak kita tak?"

"But why?"

"Honey tak nak abang risau bila honey gendong si kembar tu. Bolehlah?"

"Yelah honey. Cepat sikit. Honey tu tengah pantang"

Aku terus berjalan kearah kereta Zafriel. Si kembar yang berada ditangan aku, aku tatap wajahnya lama. Anak-anak umi, maafkan umi. Umi terpaksa.

"Zafriel, aku dah janji dengan kau yang aku akan bagi anak aku dekat kau. Kau ambil lah. Harap saja ini hadiah terakhir untuk kau dan Anis. Kau jaga anak-anak aku baik-baik. Bila mereka berdua sudah meningkat remaja, kau bagitahu diorang. Kau ajar anak-anak aku tentang agama, aku tahu kau kuat agama jadi aku nak kau praktiskan mereka dengan mengaji, solat. Aku harap sangat kau tunaikan permintaan aku. Nah, ambil anak kembar aku ni"

Zafriel dan Anis terus mengendong 2 bayi itu. Kembar tetapi tidak sama jantina. Zafriel dan Anis memandang aku sayu. Sungguh, aku tak relakan tapi aku tak mahu anak aku terjebak sekali.

"Kenapa kau baik sangat ni, Azalea? Kau nak pergi mana sebenarnya dengan Harraz? Anak-anak kau perlukan kasih sayang daripada kau dan Harraz"

"Kau bagi anak kembar aku kasih sayang sepenuhnya macam kau dan Anis ibu bapa diorang. Aku tak nak anak aku tersisih. Aku dah bagi kau rumah, jadi kau duduk saja rumah tu. Okaylah, aku pergi dulu. Ingat tau, jaga anak kembar aku baik-baik. Kirim salam dekat semua ahli keluarga aku dan Harraz"

Aku terus melangkah pergi tanpa menoleh kebelakang. Zafriel dan Anis, aku harap kau dapat jaga anak-anak aku sebaiknya. Kau bimbing anak-anak aku ke jalan yang benar. Aku mahu bertemu mereka di syurga.

"Dah?"

"Dah. Jomlah kita gerak sekarang"

Harraz terus memandu pergi meninggalkan hospital. Sepanjang didalam kereta, aku hanya memegang erat tangan Harraz. Harraz juga memegang erat tangan aku. Tangan aku menggigil, bukan sejuk tetapi takut. Takut apa yang akan jadi selepas ini.

Sedang kereta dipandu oleh Harraz, ada lori yang sama arah meluncur diatas jalan raya. Aku dan Harraz terkejut lalu Harraz memusingkan stereng kereta sehinggalah kereta terlanggar pokok balak dikawasan itu. Kepala aku mengeluarkan darah yang banyak. Aku kudratkan diri untuk memandang Harraz, kepalanya lebih teruk berbanding aku. Kami punya kepala sudah dibanjiri dengan darah sehinggalah mulut aku mengeluarkan darah.

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now