Bab 14

975 26 1
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

MAJLIS perkahwinan mereka diadakan di dewan terdekat. Senang untuk mereka ulang-alik. Malah orang yang dijemput juga akan tahu tempatnya kerana tempat itu sungguh lapang, dewan itu juga cukup besar untuk mereka semua menghadiri majilis perkahwinan Harraz dan Azalea.

"Fuh berdebarnya"

"Rileks beb"

"Malunya aku. Ramailah pandang aku nanti"

"Harraz sebelah kau je pun. Dia ada. Takde lah kau nak takut sangat"

•°•°•

BAGAIKAN pinang dibelah dua, itulah orang ramai katakan didalam dewan itu ketika mereka berdua berjalan seiringan diatas karpet merah yang terbentang ditengah-tengah dewan.

"Cantik awak harini"

Harraz berkata, Az berdehem menghilangkan rasa gugup apabila Harraz berada disebelahnya. Pipi usah dikata, merah habis

"Terima kasih"

"Terima kasih"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Baju Az)

(Baju Harraz)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Baju Harraz)

(Pelamin yang bertemakan biru putih)

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

(Pelamin yang bertemakan biru putih)

•°•°•

HABIS sahaja majlis dan orang ramai mengansur pulang kediaman masing-masing. Ibu dan ayah Harraz juga sudah balik ke Kelantan. Mereka ada saja rumah disini iaitu rumah Harraz, tetapi mereka ada urusan untuk dibuat disana.

"Harraz, tak masuk bilik lagi?"

Tanya Puan Suraya apabila melihat Harraz sedang menolong orang mengangkat pinggan yang sudah dicuci. Pinggan itu sememangnya milik Tuan Arif dan Puan Suraya. Mereka hanya meminjam cawan dan dulang sahaja.

"Harraz baru je habis kemas ni mak. Tolonglah sikit apa yang patut. Kesian pulak"

Puan Suraya tersenyum. Rajin sungguh menantu dia.

"Kamu tahu kan bilik Az dekat mana?"

"Tahu mak. Tapi mana Az? Dari tadi Harraz cari Az"

"Lepas majlis tadi dia terus masuk bilik. Mungkin dia penat agaknya. Tak hiraukan sekeliling langsung"

Harraz tergelak.

"Baiklah mak. Harraz dah siap kemas, Harraz masuk bilik dululah ye"

Puan Suraya mengangguk.

Harraz bergerak naik ke bilik Az. Az yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut. Nasib baik dia sudah memakai baju di dalam bilik air tadi.

"Kenapa awak masuk bilik saya?"

Az menyoal sambil memandang Harraz. Harraz berdehem.

"Kalau ni bilik honey, bermakna ni bilik abang jugak. Kita kan dah berkahwin. Apa salahnya"

Serentak itu Harraz membaringkan dirinya di atas katil sambil memandang Az yang berada di luar tandas itu.

Az bergerak pergi ke meja solek lalu menyikat rambutnya yang basah. Selepas menyikat rambut, Az pergi ke katil lalu perlahan-lahan mengambil satu bantal.

Belum sempat Az berjalan ke sofa, Harraz memegang lengan Az. Az menjongketkan keningnya. Meremang juga apabila Harraz memegang lengannya. Pertama kali seorang lelaki yang sudah halal memegangnya.

"Kenapa?"

"Tidur lah sebelah abang ni. Nanti sakit badan honey"

Az menggeleng tanda tidak mahu. Harraz mendudukkan Az lalu bantal tadi diambil dan diletakkan sebelah bantal Harraz.

"Mulai harini, honey abang punya bantal peluk. Jadi, honey tak boleh lari dari sini. Dah tidur sini"

Az membaringkan dirinya. Harraz juga membaringkan dirinya lalu memeluk pinggang Az yang baring terlalu jauh dengannya. Terkesima Az dibuatnya.

"Abang tahu honey penat. Tidurlah, sayang. Kalau tak selesa, ha peluk abang balik"

'Baik aku peluk bantal busuk aku dari peluk dia ni' bisik hati Az.

Apabila Az melihat Harraz sudah memejamkan mata, Az terasa mengantuk. Sedar tidak sedar yang dia sudah tidur di dalam dakapan Harraz.

 Sedar tidak sedar yang dia sudah tidur di dalam dakapan Harraz

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang