Bab 55

1.1K 19 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***


"SAYANG, boleh tak abang request dekat honey?"

"Request apa? Jangan benda bukan-bukan sudahlah"

"Ish bukanlah. Abang nak minta honey pakai purdah untuk sekali ni je. Abang teringin sangat nak tengok. Abang tertarik masa honey pakai purdah masa kita bernikah, ramai puji honey. Please, honey. Mungkin ini kali terakhir abang tengok honey pakai purdah?"

Aku memukul lengan Harraz. Ada ke patut cakap itu kali terakhir dia tengok aku.

"Jangan cakap macam tu. Kalau abang pergi, honey pun pergi jugak. Honey tak dapat bayangkan macam mana abang tinggalkan honey lagi"

"Okay-ii, abang tak cakap lagi. Err boleh tak ni?"

"Untuk abang semua boleh, nanti honey pakai masa kita pergi bercuti ye?"

"Yes! Tak sabar. Baby, you jangan kacau umi dengan baba nak bercuti ye. Nanti susah pulak baba nak layan karenah umi kamu ni"

Harraz mengusap perut aku. Sudah 8 bulan aku mengandungkan anak yang kedua, yang pertama sudah gugur. Aku dan Harraz tidak jadi bercerai apabila kami dipertemukan semua. Macam mana aku cakap, Allah memang dah aturkan yang baik-baik untuk aku dan Harraz.

•°•°•

"

Abang"

"Damn, ni Azalea ke? Cantiknya honey bila pakai purdah. Thanks tunaikan apa yang abang mintak. Sejuk mata abang memandang"

Aku hanya tersengih meskipun Harraz tidak dapat melihat tetapi dengan mata aku yang sepet bila sengih mungkin dia tahu aku tersengih. Harraz mengeluarkan kamera Canon-nya dan menghala ke aku.

Klik!

"Ni bidadari jatuh dari langit ke? Cantik sangat!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ni bidadari jatuh dari langit ke? Cantik sangat!"

Puji Harraz. Tak kelip mata Harraz memandang gambar aku di kamera itu. Aku pergi ke arah Harraz lalu memeluk pinggangnya dan kepala melentok dibahu Harraz. Sungguh, ini saat yang paling bahagia untuk aku dan Harraz. Dari menjadi kekasih terus menjadi suami isteri sekaligus menjadi umi dan baba kepada anak aku yang bakal lahir. Aku masih ingat waktu Harraz memberi ayat manis, betapa berbunganya hati aku.

"Abang, jom balik. Nanti kita tertinggal pula"

"Iyalah honey. Honey mesti penatkan? Tak apa, nanti kita balik rumah abang urutkan honey"

Aku hanya mengangguk. Memang itu rutin Harraz setiap hari iaitu mengurut aku. Semakin perut membesar, semakin sakit badan aku. Aku sudah berhenti dari melanjutkan pelajaran kerana aku ingin fokuskan terhadap anak yang bakal dilahir dan suami aku sendiri. Harraz pula sudah menjadi doktor, impiannya selama ini sudah tercapai. Aku bangga dengan kau, Harraz.

•°•°•

"Zafriel, aku nak cakap sikit ni"

Zafriel duduk dikerusi sebelah aku. Sudah larut malam tetapi aku masih tidak boleh tidur. Kebetulan Zafriel dan isterinya Anis tumpang dirumah aku dan Harraz kerana mereka ada urusan yang perlu dibuat. Yelah, Zafriel CEO dan Anis pula PA jadi kemana-mana memang Anis perlu ikut. Bertuah Anis dapat jadi isteri abang aku ni.

"Kau nak cakap apa?"

"Kau nak rumah ni tak?"

Zafriel terus memandang aku tidak percaya. Kalau Zafriel ambil rumah ni macam mana pulak dengan adiknya dan Harraz hendak merempat? Takkan nak beli rumah baru tapi tak mustahil, Harraz kaya, duit berkepuk jadi sekelip mata saja dia boleh dapatkan rumah.

"Eh kau ni, gila ke apa aku nak rumah ni. Ni rumah kau dengan Harraz. Lagipun banyak kenangan kau dengan Harraz dekat sini. Takkan nak tinggalkan macam tu je"

"Aku cakap benda betul. Aku dan Harraz akan bagi rumah ni. Lagipun aku dan Harraz akan pergi jauh. Kami tak duduk sini lagi. Insyaallah kami akan duduk ditempat yang lebih baik. Jadi, aku amanahkan kau jaga rumah ni ye? Aku merayu dekat kau. Kau nak decorate baru pun tak apa. Aku dengan Harraz tak marah"

Zafriel menggeleng. Tak mungkin dia akan terima rumah ni. Rumah ni dah lah besar. Aku dengan Anis je kut, anak masih belum ada walaupun sudah lama berkahwin...

"Aku nak kau terima jugak. Lagipun nama rumah ni pun aku dah tukar dan secara automatiknya ni rumah kau. Zafriel, aku tahu kau terfikirkan pasal anak. Kau nak anak kan? Tapi kau kena terima ujian ni, Anis tak boleh mengandung. Aku tahu semua tu. Aku nak tengok korang bahagia bersama anak-anak korang tapi ni satu ujian yang paling berat untuk kau dan Anis"

"Walaupun dia tak boleh mengandung, aku tetap sayangkan dia. Aku tak akan ceraikan dia. Aku dah anggap aku dengan dia tak ada rezeki. Aku nak sangat anak tapi—"

"Kau nak anak aku?"

"Kau mengarut apa ni?! Tu anak kau bukannya anak aku. Tu benih kau dan Harraz takkan aku nak ambil sesuka hati! Kau ni kenapa hari ni cakap benda yang pelik-pelik? Harraz pun sama. Sekarang ni kau tunggu masa je tau untuk bersalinkan anak kau tu"

Aku senyum hambar. Zafriel, aku juga tunggu masa untuk ke tempat baharu.

"Ye, aku dah melalut dah ni. Tapi aku cuma nak kau janji dengan aku yang kau akan jaga rumah dan anak aku bila aku dah tak ada. Aku harap sangat. Aku masuk dululah, nak tidur. Selamat malam"

Aku terus bangun meninggalkan Zafriel yang terpinga-pinga. Zafriel mengusutkan rambutnya. Kenapa Harraz dengan Azalea selalu cakap hal yang tak munasabah?!

[Satu bab lagi dan ending]

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now