***
CELIK mata, cahaya lampu didalam bilik menjamah mata aku. Hidung aku menangkap bau ubat. Sah aku ada dekat hospital. Aku bangun dari baringanku lalu memandang sekeliling. Tiada orang.
Klek!
"Eh honey dah bangun?"
Entah kenapa, sejak kebelakangan ni Harraz makin bodoh pulak. Dah tahu aku duduk atas katil ni, tanya lagi dah bangun ke belum. Astaghfirullahalazim tak baik kau cakap macam tu dekat suami kau sendiri, Az.
Aku hanya melihat Harraz yang sedang mengeluarkan makanan didalam plastik. Mungkin Harraz carikan aku makanan. Saat aku merenungnya, Harraz memetik jarinya didepan mata aku sendiri. Aku tersentak.
"Honey dah kenapa tengok abang macam ni? Macam nak terkam abang je"
Aku menjeling. Cepat betul perasan. Harraz mengambil tempat duduk dihadapan aku. Tangan kirinya memegang mangkuk bubur manakala tangan kanannya memegang sudu.
"Say aaaa"
Aku hanya memandang tingkah lakunya. Baru sahaja aku hendak membuka mulut, aku terus tutup kembali. Tiba-tiba saja aku teringat tentang semalam. Harraz dan Natalea...
Aku menundukkan kepala. Mata aku sudab merembeskan air mata. Harraz kelihatan terkejut lalu mangkuk bubur dia letakkan diatas meja hospital itu. Harraz menggosok belakang badan aku supaya bertenang.
"Sayang, kenapa ni? Tiba-tiba nangis. Abang risaulah"
Setelah lama aku menangis, aku terus menanyakan soalan cepumas kepada Harraz. Terkial-kial dia hendak menjawab.
"Abang sayangkan Az?"
Harraz tersentak lalu memandang aku lama. Aku membalas renungannya.
"Kenapa honey tiba-tiba tanya? Mestilah abang sayangkan honey"
Abang tipu Az. Abang sayangkan Natalea, bukannya Azalea! Abang cintakan Natalea, bukannya Azalea!
Dada aku mula rasa sesak. Kenapa aku perlu ada musuh yang mencuri hati suami aku? Kenapa Harraz rahsiakan hubungan dia dan Natalea? Kenapa Harraz berlaku curang dibelakang aku? Aku tak cukup layakkah untuk berada dihatinya? Aku sedar diri aku siapa. Yang cuba untuk menagih kasihnya, yang cuba menagih sayangnya, yang cuba menagih hatinya dan yang cuba menagih cintanya.
"Abang tak tipu Az, kan?"
"Ye sayang, abang tak tipu honey. Abang sayang sangat dekat honey. Kalau boleh hari-hari nak duduk dengan honey je"
Sedikit sebanyak hati aku mula lega. Mungkin apa yang Harraz kata semuanya betul. Mungkin pada awal perkahwinan dia tak dapat terima aku dan tak ada siapa nak dengar luahan dia, dia buat diari dalam pendrive sendiri.
"By the way, sayang. Kenapa tiba-tiba pengsan? Nasib baik ibu abang datang tepat pada masanya. Kalau tak, apalah yang akan jadi dengan honey dan anak kita ni"
Aku menggaru kepala yang berbaluti tudung. Err takkan aku nak jawab aku ambil pendrive Harraz?
"Az banyak buat kerja rumah sebab tu pengsan"
Harraz mula membuat muka ketat.
"Abang dah cakapkan yang honey tak payah buat kerja rumah. Kenapa degik sangat ni?"
"Err maafkan Az, abang"
Aku menunduk. Harraz mengeluh. Azalea memang degil orangnya.
"Takpelah, sayang. Nasib kandungan tu tak bagi apa-apa kesan. Kalau tak, boleh buat lagi sa–aww!"
Aku cubit lengan Harraz. Ha mula dah dia punya miang. Sebenarnya, aku rindu nak bergurau senda dengan Harraz. Senyumannya mampu mencairkan mana-mana hati wanita.
"Jaga anak abang ni elok-elok ye, sayang. Abang tak nak tengok honey sakit masuk hospital lagi, kecuali waktu bersalin nanti"
Aku tersengih. Az masuk hospital pun sebab abang juga.
"Az janji Az akan jaga anak kita ni baik-baik. Ye, anak kita"
[2 hari lagi lepastu merdeka. Habis trial huehue belum lagi pt3 hm nak nangis]
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...