Bab 13

967 22 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

AZ duduk termenung didepan cerminnya sambil itu jurumekap menconteng wajah Az yang tanpa sebarang jerawat.

'Ya allah jika dia jodohku, kau kekalkan aku dan dia bahagia sampai ke jannah, sehingga nafas terakhirku. Kau ringan kan lah ujianmu yang akan kau beri pada kami'

Az berdoa didalam hati. Walaupun dia masih tidak mencintai Harraz, tetapi dia cuba untuk menerima Harraz sebagai suaminya nanti.

Tersentak Az apabila ada orang mengetuk pintu biliknya itu. Gerangan itu membuka pintu dan masuk lalu tersenyum, sama juga Az.

"Cantik anak mak ni"

Terasa tubir mata Az bergenang dengan air mata. Selepas ini, dia tidak boleh lagi bermanja dengan keluarganya. Puan Suraya pantas memegang pipi Az.

"Kenapa nangis ni? Jadikan harini hari bahagia kamu, Azalea Az Zahra"

Az menggeleng. Puan Suraya mengambil tisu dari jurumekap untuk mengelap air mata Az yang ingin terjatuh.

"Mak"

"Ye, nak"

"Kenapa mak lepaskan adik dekat orang lain? Adik banyak menyusahkan mak abah ke? Mak tak nak jaga adik dah?"

Puan Suraya mendakap Az sambil ikut menangis. Az juga menangis dalam pelukan Puan Suraya.

"Azalea, mak sedih. Mak tak nak langsung lepaskan adik dekat orang lain. Adik tak pernah menyusahkan kami semua cuma mak nak tengok adik bahagia. Mak susah nak lepaskan kamu dekat orang lain. Macam mana mak nak lepaskan kamu kalau perangai manja macam budak-budak? Tapi takpe mak doa sangat Harraz boleh jaga kamu dengan sebaiknya, sayang"

"Mak jahat, abah jahat, abang jahat, kakak jahat. Semua jahat lepaskan adik dekat orang lain"

"Dah-dah"

Puan Suraya menggosok belakang anaknya itu. Lemah sungguh bila melihat Az menangis bagaikan budak kecil tidak dapat lolipop.

Terdengar ada orang membuka pintu bilik Az. Az dan Puan Suraya meleraikan pelukan. Az mengelap matanya. Mujur dia tidak memakai maskara lagi, pasti matanya akan menjadi panda.

"Belum habis mekap lagi ke Az?"

"Kau tak sedih ke?"

"Eh kenapa nak sedih pulak?"

"Kau tak sedih ke aku dah ada suami, aku tak boleh bermanja dengan kau lagi. Aku tak puas nak kacau kau lagi, nak peluk-peluk kau"

Zafira hanya tersenyum kelat. Dia menuju ke arah Az dan Puan Suraya. Jurumekap sudah dihalau keluar kerana mereka hendak berbual sebentar.

"Aku akan rindukan kau, adik. Nanti siapa nak bermanja dengan aku lagi kalau kau takde? Takkan aku nak bermanja dengan abang? Ha bilik ni, bilik ni akan kosong sebab takde kau. Aku lagi sedih kalau kau balik KL sana, duduk dengan suami kau. Kita berjauhan tau. Kami semua sedih yang kau akan pergi balik KL ataupun Kelantan. Sedihlah kami"

Zafira menahan air matanya jatuh. Az hanya menunduk sambil mengelap air matanya menggunakan tisu.

"Jaga mak abah untuk aku kalau aku takde dekat sini tau, kakak. Kalau aku dapat tahu kau buli mak, siap kau aku kerjakan"

Tergelak 3 beranak didalam bilik itu.

Tergelak 3 beranak didalam bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now