***
SAMBIL menunggu Harraz membeli tiket bas untuk aku, aku mengeluh panjang. Takkan aku nak balik seorang diri tanpa suami? Suami dekat sini macam mana? Eh mestilah dia akan okay ii saja. Tapi kenapa dia macam tak kesah bila aku akan balikk ke Terengganu dengan menaiki bas? Dia tak sayang aku ke? Eh apa pulak cakap macam tu Az! Mestilah dia sayangkan kau. Positif Az positif!
Aku menggelengkan kepala. Ahh hasutan syaitan semua tu. Jangan ikutkan kata akal kau Az. Itu semua akan membuat kau sakit kepala Az!
Ting!
Aku menyeluk tangan didalam beg apabila telefon Iphoneku berbunyi. Semakin meningkat dewasa, makin besar lah beg tangan malah makin banyak lah barang dalam beg tu, ye dok? Aku menekan mesej yang dihantar oleh Zafira.
Kak Fira🙆
Az kau balik Terengganu tak? Kau tahu kan yang abang nak kahwin?Me
Tahu. Tadi baru je mak call. Abang nak kahwin mestilah aku akan balik Terengganu.Kak Fira🙆
Harraz balik sama?Me
Tak tahu lagi. Insyaallah kami balik berdua.
seenAku terus meng-off telefon apabila Harraz berjalan ke arah aku yang berada didalam kereta. Terlihat Harraz memegang tiket. Tiket bas dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Pintu ditempat pemandu Harraz buka.
"Nah"
Harraz memberi aku tiket bas.
"Bas akan bertolak pada pukul 5. Pukul 5 abang tak boleh nak bawa honey pergi stesen bas, jadi abang akan suruh Arissa hantar honey okay?"
Aku mengeluh lagi. Kalau Arisss takde dekat rumah macam mana? Abang, boleh tak abang ketepikan dulu kerja abang tu? Tak lari mana pun! Lepas hantar Az terus je la balik pergi hospital. Takpe la bang, Az banyak menyusahkan abang.
"Okay"
•°•°•
KELUAR sahaja dari kereta, aku terus meluru masuk kedalam rumah. Badan jadi tidak selesa. Sakit pinggang, tekak rasa ingin mengeluarkan sesuatu, pening. Arissa tiada dirumah. Arissa balik ke rumah ibu bapanya selama 3 hari. Baru saja Arissa menghantar mesej kepada aku. Jadi aku hanya tinggal seorang diri dirumah ini.
Aku terus menaiki tangga dan bilik tidur yang dituju. Badan mula lemah dan pening yang menyengat menyerang kepala aku. Baru sahaja aku mahu berbaring, tekak mahu mengeluarkan sesuatu atau boleh dikatakan muntah. Aku terus meluru pergi ke bilik air. Mujur ada bilik air di bilik aku.
"Wekkk"
Makanan yang dimakan pagi tadi semuanya terkeluar. Aku membasuh mulut aku dan berjalan lemah keluar dari bilik air dan terus baring. Aku melihat jam di telefon aku, baru pukul 3. Ada masa lagi untuk aku tidur sekejap, sakit kepala betul ii membuatkan aku tak larat berjalan. Mungkin dengan tidur, boleh berkurang sikit sakit kepala.
•°•°•
AKU yang sedang tidur lena itu terganggu tatkala mahu muntah. Aku terus meluru pergi ke singki bilik air dan memuntahkan apa yang patut dikeluarkan. Muntah pun air saja sebab tadi dia sudah muntah. Aku mengelap mulut menggunakan baju lengan.
Aku yang seperti teringat akan sesuatu terus berlari melihat jam telefon. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku tercengang dan mahu menangis. Lamanya aku tidur! Macam mana dengan bas aku? Semuanya dah terlambat Az! Tulah kau tidur lagi petang kan dah terlepas. Apa aku nak jawab dengan Harraz kalau dia dapat tahu aku terlepas bas?
Sedang aku berfikir untuk memberi jawapan kepada Harraz, aku dikejutkan dengan telefon aku yang memekik. Aku terus mengambil telefon aku dan melihat gerangan yang menelefon aku. Dada aku berombak naik. Harraz call aku! Apa aku nak jawab ni?!
Tanpa melengahkan masa, aku terus mengangkat telefon yang tidak henti berbunyi.
"Assalamualaikum honey. Honey dah sampai Terengganu? Macam mana tadi dalam bas? Okay?"
Aku mengetap bibir. Apa nak jawab?
"A–abang, Az sebenarnya..."
Note :
[Dah lama kan Mira tak update? Ha ye sebab sejak kebelakangan ni Mira tak sihat, selalu penat. Lepastu Mira malas nak type agagaga pt3 menanti so Mira takkan update selalu. Boleh tunggu? Harap bersabar melayan karenah author mu yang lawa lagikan comel ini eh tiber]
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...