***
AKU memandang luar cermin teksi. Aku mengenangkan kembali apa yang Harraz luahkan dekat aku. Dia penat kejarkan aku, hari-hari dia mesej, call tapi semuanya aku tak jawab. Ada satu hari, dia tak berhenti telefon aku, aku tengking dia. Aku seperti lupa yang aku ni isteri dia. Tanpa aku sedar, air mata aku jatuh sekali lagi dengan deras. Aku tak dapat bayangkan kalau Harraz ceraikan aku tapi yang ni yang kau nak selama ni kan, Az?
Pakcik yang membawa teksi itu sekali sekala melihat aku dipantulan cermin. Pakcik itu memandang aku sayu.
"Dik, kenapa adik nangis ni? Pakcik tengok dari masuk teksi tadi dah menangis. Kalau tak keberatan, ceritalah dekat pakcik"
Aku menarik nafas. Aku tak sanggup pendam ni sorang-sorang. Mungkin pakcik ni dapat tolong tenangkan aku.
"Sebenarnya ni masalah rumah tangga saya, pakcik. Nak dekat setahun berkahwin barulah saya tahu yang suami saya ada perempuan lain. Ada satu haritu dia tiba-tiba datang dekat saya lepastu hentakkan badan saya dekat dinding sebab perempuan tu minta putus dan masatu jugaklah saya mengandung 6 bulan. Saya masuk hospital doktor sahkan saya gugur. Saya hampir separuh gila tau, pakcik"
"Lepastu?"
"Lepastu saya lari dari dia, saya tak nak tengok muka dia sampailah harini. Dah 5 bulan saya mengelak dari dia. Dia pembunuh, pakcik! Dia bunuh anak saya yang saya bersusah payah jaga selama 6 bulan. Sampailah tadi dia datang dekat saya, dia mintak maaf dekat saya, lepastu dia kata dia nak ceraikan saya..."
"Eh tak mungkin dia ceraikan kalau tak ada sebab. Dia yang kejarkan kamu lepastu dia nak ceraikan kamu pulak"
Aku senyum hambar.
"Saya yang salah, pakcik. Saya yang desak dia selama 5 bulan untuk ceraikan saya. Kalau berjumpa mesti saya akan kaitkan dengan cerai. Lepastu, dia kata tadi dia dah cukup penat kejarkan saya dan dia akan—"
"Akan filekan penceraian kami..."
"Dik, awak kena hargai suami awak tu. Suami awak tu sanggup berkorban masa dia untuk pujuk awak. Dia merayu dekat awak tapi awak buat tak endah. Mungkin dia nak ceraikan awak sebab dia dah putus asa nak pujuk awak, dik. Saya dapat rasa yang dia sebenarnya ikhlas dengan awak tapi dia yang tak nak terima takdir yang dia cintakan awak. Dia lelaki yang baik. Awak patut bersyukur. Awak boleh nampak yang dia merayu lepastu bayarkan tambang teksi ni untuk awak sebab dia tahu yang tambang teksi ni mahal dari tempat perhentian tadi ke perumahan awak. Awak patut berterima kasih dekat suami awak. Ha dik, dah sampai"
Aku mengucapkan terima kasih kerana memberi nasihat untuk aku dan terus keluar dari teksi. Sekarang, cuti dah bermula dan aku nak balik Terengganu. Lupakan Harraz, tenangkan diri dekat rumah mak abah.
•°•°•
"Mak abah!"
"Ya Allah adik!"
Aku berlari memeluk mak dan abah. Sungguh aku rindukan mereka berdua. 3 bulan aku tak balik macam 3 tahun aku tak balik. Hahaha propa jelah kau ni Az. Selepas aku menyalam ahli keluarga aku, aku terus naik kebilik. Bilik ni pun sudah berhabuk jadi misi untuk kemas bilik bermula!
Aku mengambil bulu ayam yang tergantung ditepi almari. Aku mengelap dikawasan atas almari tetapi ada satu benda yang menghalang ketika aku mengelap menggunakan bulu ayam.
"Apa benda yang ada atas almari ni?"
Aku mengambil kerusi dan terus berdiri diatas kerusi itu. Jelas sekali diatas almari itu ada sebuah kotak dan juga frame lama, mungkin? Aku terus mengambilnya turun dan membawa kesemua barang yang berada diatas almari itu diatas katil. Sesekali aku mengelap barang itu menggunakan tangan. Perlahan-lahan aku membuka kotak itu, tidak besar dan tidak kecil saiz kotak itu.
"Err gambar siapa ni?"
Aku membelek gambar polaroid yang bersaiz sederhana. Gambar seorang lelaki belasan tahun memakai pakaian sekolah dengan beg satu tali disangkut dibahu dan satu lagi tali dibiarkan. Dibelakang gambar itu pula mempunyai tulisan yang berwarna hitam yang ditulis;
You are mine
Aku mengerutkan dahi. Kenapa tulisan ni sama macam tulisan aku? Aku mula dapat menghidu sesuatu yang selama ini aku terlupa. Aku terus mencari gambar lelaki itu lagi, lagi dan lagi.
"Huh mana gambar lelaki ni lagi?!"
Mata aku tertancap di gambar frame. Kening aku mula berkerut. Siapa lelaki ni sebenarnya?
"Sebelah aku ni siapa? Kenapa lelaki nampak macam familiar ke dia ni—"
"Azalea, mari turun bawah. Harraz datang ni!"
Aku tersentak dan terus keruang tamu. Terlihat Harraz duduk disofa sambil menghirup air teh yang dibuat oleh mak. Harraz memandang aku sekilas dan meletakkan cawan kaca itu didalam piring cawan.
"Macam mana awak tahu saya dekat sini?"
"Boleh kita bincang sesuatu?"
Soalan berbalas soalan, aku hanya mengangguk dan menaiki masuk kebilik. Harraz mengikuti langkah dibelakang aku. Sampai dibilik, Harraz mengunci pintu dan aku tersentak.
"Eh kenapa kunci pintu tu!"
"Ni hal mustahak, abang nak bincang dengan honey tanpa diganggu"
"O–okay"
Aku menelan air liur kelat. Jangan cakap pasal cerai, sudahlah. Tetapi ditangannya terdapat sampul besar berwarna coklat. Aku memandang Harraz meminta jelaskan, adakah dia memang dah putus asa untuk kejar aku? Atau kami dah tiada jodoh...
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...