[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
***
"SELAMAT pagi honey" Buka saja mata muka Harraz menjamah mata aku. Dia tersenyum manis. Cair jap hehehe Az kau jangan nak gedik.
"Selamat pagi jugak" Aku membalas senyuman Harraz. Kang tak balas kata sombong pulak.
"Meh sini dekat abang meh rindu lah dia"
Harraz menarikku dalam pelukannya. Terasa membahang pipi aku. Ei pagi-ii dah sweet.
"Harini kita gerak balik Terengganu eh?"
Aku mengangguk.
"Tak sabarlah nak jumpa diorang!" Aku sudah membuat muka teruja. Harraz tergelak kecil.
"Abang lagi tak sabar nak jumpa anak kita. Baby keluarlah cepat, baba tak sabar nak main sama-sama"
Sambil itu Harraz mengusap perut aku yang berlapik dengan baju. Walaupun Harraz mengusap perut aku berlapik, tetap meremang. Haish.
"Honey, jangan tinggalkan ab—"
Aku terus menolak tangannya yang mengusap perut aku tadi dan terus berlari kebilik air. Aku memuntahkan segalanya. Ni yang lemah ni.
"Okay tak?" Harraz mengurut belakang leher aku. Aku mengangguk dan mula membasuh mulut dan berkumur-kumur.
"Ni boleh ke nak bertahan dalam kereta? Lama tau kita nak sampai sana"
Mata aku mula bergenang. Tak kisah apa-apa pun janji aku nak balik Terengganu jumpa keluarga tersayang!
"Honey okay je la. Jom bersiap. Lambat tinggal, padan muka!"
Aku terus keluar dari bilik air. Harraz pula menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Honey yang bawa kereta ke abang yang bawa kereta? Lesen pun takde ada hati nak bawa kereta hahaha"
Harraz gelak besar. Sejak mengandung ni, ada saja lawak yang dapat menghiburkan hatinya.
"Hish biarlah!" Az terus mengambil tuala dan pergi ke bilik air lalu menolak Harraz keluar dari bilik air itu.
•°•°•
"LAMA lagi ke?"
Az sudah tidak senang duduk. Apahal lama sangat ni?! Sakit tau punggung orang duduk lama dalam kereta ni.
"Sabarlah honey. Lagi 1 jam kita sampai lah" Terbuntang mata Az. Sejam lagi?! Gila lah gila.
"Lamanya, abang cepat sikit boleh tak?! Punggung Az dah mencucuk tajam tau"
Az berpeluk tubuh. Entah kenapa tapi dia rasa dia nak marah, menangis, kecewa. Macam orang gila dah.
"Honey tak nampak ke kita ni dalam perjalanan? Sabar honey sabar. Abang ni lagi penat nak drive"
"Tapi—"
"Takde tapi-tapi. Sekarang honey tidur dulu, dah sampai abang kejutkan ke nak abang angkat honey?"
Membahang pipi Az. Kulitnya yang sememangnya putih melepak memang terserlah pipi merahnya. Malu.
"Eleh blushing pulak. Macam tak biasa pulak"
"Ish diamlah. Honey nak tidur" Az memejamkan matanya. Sempat Harraz membaringkan kerusi Az supaya Az selesa.
"Kalau honey rasa nak termuntah, tu plastik ada. Kalau pening, tu ada freshcare. Nak buang air, bagitahu. Nanti abang carikan stesen minyak"
Az mengangguk faham. Ye lah abang. Kenapa abang sweet sangat padahal kita hanya berkahwin disebabkan perkahwinan ini disebabkan terpaksa saja? Atau ada agenda yang tersembunyi yang Az tak tahu?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.