***
SUASANA di meja makan sunyi sepi. Tuan Arif sembunyikan senyumannya, kadang-kadang dia melepaskan tawanya. Puan Suraya mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap suaminya.
"Abang ni kenapa? Kejap senyum, kejap gelak. Gila ke?"
Semua mata memandang Tuan Arif kecuali Az dan Harraz. Terhambur juga gelak Tuan Arif. Az hanya menundukkan wajahnya. Harraz pula beriak seperti tiada apa berlaku dan menyambuang suapannya.
"Tanya anak awak dengan menantu awak tu. Pagi-pagi dah ceriakan hati abang. Sejuk hati abang tengok"
"Abang ni pelik-pelik je la. Ha Harraz, Az kenapa dengan abah kamu ni? Macam orang gila tau"
Harraz berdehem. Az pula makan dengan laju. Zafira dan Zafriel hanya memandang karenah adiknya itu.
"Tadi Harraz dengan Az ada dekat dapur lepastu abah terkejutkan kitorang"
"Eleh untung lah kau, dik. Baru kahwin dah sweet-sweet"
"Eh bukan tu je. Diorang ni siap berpeluk-peluklah dekat dapur tadi. Sweet je abang tengok. Kita dulu takde pulak macam tu"
Sambung Tuan Arif. Harraz hanya senyum. Az dengan malunya, makan dengan laju daripada tadi.
"Kan abah. Betul la kata orang, bercinta selepas nikah ni be—"
"UHUK UHUK"
Tercekik terus nasi yang dimakan Az. Harraz disebelah sudah panik. Zafriel menghulurkan air kepada Harraz. Harraz menepuk belakang Az perlahan. Melihat Az yang sudah okay sedikit, Harraz memberi air kepada Az lalu Az menyambutnya.
"Dah okay?"
Az angguk apabila disoal Harraz. Zafriel dan Zafira sudah terkekek ketawakan Az. Tahu sangat adiknya malu apabila mereka berkata begitu.
"Tu lah lain kali jangan makan laju-laju. Kan dah tercekik, risau abang tau"
Membahang muka Az apabila Harraz berkata begitu.
"Alahai kamu ni Az, boleh pula tercekik. Macam mana lah boleh tercekik?"
Tanya pula Puan Suraya.
"Dia sebenarnya malu, mak. Sebab tu dia makan laju-laju. Kan Zaf kan"
Zafira cuba mengusik adiknya lagi. Zafriel terangguk-angguk sambil gelak.
"Ei diam lah"
"Eleh muka dah merah"
"Suka hati la"
"Lah, honey suka la ni orang usik honey?"
Soal Harraz disebelah Az. Az pula hanya menunduk sambil makan nasi gorengnya. Terlepas cakap lah pula. Kini, pandangan Harraz dan Az tertumpu ke arah Tuan Arif, Puan Suraya, Zafriel dan Zafira.
Tuan Arif terbatuk-batuk, Puan Suraya pula minum air dengan laju manakala Zafira yang minum air tersembur keluar dan Zafriel pula terjatuh kerusi.
"Eh ke–kenapa ni?"
Tanya Az tergagap-gagap. Harraz pula seperti tercengang melihat mereka berempat begitu.
"HONEY?!"
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...