Bab 15

993 26 2
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

"HONEY, bangun solat Subuh"

Harraz menggerakkan Az untuk bangun solat. Az menggosok matanya dan duduk bersila diatas katil itu. Menghilangkan mamai.

"Honey pergi mandi, ambil wudhu. Cepat sikit mandi. Abang tunggu dekat bilik solat"

Az menganggukkan kepala dan mula berjalan pergi ke bilik air. Selepas mandi dan mengambul wudhu, Az cepat-cepat pergi ke bilik solat. Berhadapan dengan bilik mereka saja.

"Maaf lambat"

Buka saja pintu, ternampak Harraz sedang membentangkan sejadah dan meletakkan telekung Az di atas sejadah.

"Takpe, nah pakai telekung ni. Nanti terlepas waktu Subuh"

Az terkelu. Dia rasakan jantungnya berdegup laju melihat kelakuan Harraz didepannya tadi.

Selepas solat, Az menyalam tangan Harraz. Apabila Az hendak bangun, Harraz mendudukkan Az semula. Az menjongketkan keningnya.

"Nak pergi mana?"

"N-nak lipat telekung ni"

Tergagap Az dibuatnya.

"Temankan abang kejap"

"Teman?"

"Teman abang baca al-quran. Pahala bertambah kalau kita baca al-quran lepas solat"

Harraz bangun dan mengambil al-quran yang berada di atas meja tidur. Ketika itu, Az dan Harraz mengaji bersama.

•°•°•

"MASAK apa tu?"

Harraz memegang pinggang Az . Terkejut Az dibuatnya. Nasiblah telur yang dimasaknya tadi tidak terpelanting keluar.

"Ya allah, terkejut saya"

Az menepis tangan Harraz tetapi tidak berjaya. Sungguh dia sensitif apabila orang memegang di pinggangnya.

"Biarlah abang nak pegang pinggang honey. Dosa tau tak kalau tak bagi apa yang suami nak"

Az mengaku kalah. Tak selesa dia dibuatnya. Orang kesana, dia kesana. Orang kesini, dia kesini. Sibuk!

"Honey masak apa?"

"Nasi goreng dengan telur dadar"

"Honey tahu masak?"

"Baru belajar sikit-sikit"

"Ouh"

Harraz bertindak memeluk pinggang Az. Ternaik bahu Az kerana terkejut dengan kelakuan Az. Harraz, orang nak masak ni! Tadi pegang, ni peluk pulak!

"Awak, lepaslah. Nanti diorang semua nampak macam mana?"

Harraz menggeleng.

"Ala biarlah. Barulah diorang semua tahu kita ni sweet"

Harraz merapatkan mukanya di leher Az. Az memberhentikan kelakuannya. Meremang apabila Harraz membau lehernya.

"Wanginya honey"

Apabila Harraz berkata begitu, ia membuatkan Az tidak selesa . Menyesal pula dia tak pakai tudung sarungnya tadi.

"Amboi pagi-pagi dah sweet!"

"Astaghfirullahalazim abah!"

Terkejut mereka berdua apabila disergah oleh Tuan Arif. Terkekek Tuan Arif ketawa.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang