[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
***
MASA berlalu dengan pantasnya. Masuk hari ini sudah 3 bulan mereka berkahwin. Harraz juga selalu mengambil Az untuk makan tengahari bersama-sama memandangkan mereka tidak duduk serumah. Menghilangkan rindu katanya.
"Assalamualaikum, mak. Kenapa tiba-tiba call Az ni?"
Puan Suraya menelefon anaknya untuk mengatakan hal penting. Semalam mereka sudah on-call tetapi Puan Suraya terlupa menyatakan hal itu.
"Waalaikumusalam Az, kamu boleh balik tak minggu ni?"
Az mengerutkan dahinya. Pelik. Mesti ada hal penting minggu ni.
"Kenapa?"
"Abang kamu tu nak kahwin hari Sabtu nanti. Tu yang mak suruh kamu balik"
"Hah?!"
Bulat mata Az apabila Puan Suraya mengatakan bahawa Zafriel akan berkahwin tidak lama lagi. Takde angin takde ribut tup tup dapat call dah nak kahwin. Wah tak sangka abangnya bercinta diam-diam. Pasti cantik bakal kakak iparnya. Dan yang paling penting, perempuan itu mesti perempuan yang pernah Zafriel cakap.
"Aduh sakit telinga mak!" Puan Suraya memegang telinganya yang berdengung. Aish Az ni! Kalau telinga aku pekak aku ambil telinga kau!
Terkekek Az gelak. Ye lah tu berita mengejutkan untuk hari ini.
"Ye lah mak. Nanti adik bagitahu Harraz"
"Ha okaylah. Balik tau! Kecil hati abang kamu kalau adik tak balik. Dah lah mak tutup telefon dulu. Bye"
Az terus menutup telefonnya sebaik Puan Suraya tutup talian.
"Siapa telefon?"
"Mak"
"Kenapa?"
"Abang, minggu ni kita balik Terengganu eh? Hujung minggu ni Zafriel dah nak kahwin. Boleh eh?"
Az bertanya kepada Harraz. Ye sekarang Az duduk dirumah Harraz. Sudah 2 hari dia duduk dirumah itu. Mujur lah Harraz tak hantarnya balik lagi, senanglah dia nak bagitahu Harraz yang abangnya nak berkahwin.
"Tapi honey kerja abang dekat hospital banyak lah. Mana boleh tinggalkan macam tu je"
Az yang tersenyum tadi terus monyok. Tak boleh ke balik sekejap? Kerja dekat hospital boleh sajakan orang lain tolong handle kan.
Ye dia tahu yang tahun ni tahun terakhir Harraz berada di kampus ni. Tapi tidak perlulah sampai tak nak balik ke Terengganu dengan alasan banyak kerja. Bagi Az, semua itu alasan bodoh!
"Tapi abang boleh je kan bagi orang lain tolong handle kan? Jomlah balik. Nanti Zafriel kecil hati kalau kita tak balik"
Harraz meraup wajahnya kasar. Dia mengeluh.
"Honey , kerja abang tu banyak sangat tau! Mana boleh abang tinggalkan macam tu je. Kesian dekat orang lain yang tolong abang habiskan kerja dekat hospital"
Harraz menaikkan suaranya. Terkejut Az dibuatnya. Dadanya diusap.
"Kalau tak boleh, takpelah. Honey naik bas je"
"Betul honey nak naik bas?"
Az mengangguk.
"Kalau macam tu nanti abang belikan tiket bas pergi Terengganu"
Mahu menangis Az rasanya. Ingatkan suaminya akan memujuknya supaya dia balik dengan Harraz tapi lain pula bila Harraz mahu belikan tiket untuknya.
"Yes, your work is more important than me! Your work is more important than my family!"
Mahu saja Az berkata begitu tetapi dia tidak mahu menjadi isteri yang derhaka. Syurga ditapak kaki suami.
Az cuba untuk senyum.
"Okaylah, abang. Hantar Az balik alang-alang tu belikan tiket untuk Az. Az kemas barang dulu. Az tunggu dekat bawah tau"
Az terus mengambil begnya terus pergi kebilik pakaian disebelah kiri biliknya bersama Harraz. Dia melipat pakaian yang hendak dia bawa pulang ke rumahnya. Sesekali itu dia mengelap air matanya yang terjatuh.
"Sanggup kau suruh aku balik seorang diri. Takpe, kerja kau lagi penting dari aku. Aku ni, siapa je dihati kau"
'Ya allah, pertahankan hubungan aku dan dia. Jangan disebabkan hal kecil kami bergaduh besar'