Bab 32

717 18 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"GOOD morning honey"

Harraz tersengih memandang Az. Az yang baru bangun tidur itu hanya tersenyum. Senyum hambar.

"Honey mandi lepastu kita solat Subuh sama-sama. Dah lewat ni"

Kata Harraz sambil tangannya mengelus lembut rambut Az. Az hanya mengangguk dan Harraz terus keluar dari bilik. Selepas saja Harraz keluar, Az mengeluh. Kalau dia mengandung lepastu bersalin masa sem nanti macam mana?

"Haih aku harap benda ni tak terjadi. Aku tak nak repeat paper"

Az termenung jauh. Entah-entah dah sampai Korea sana. Tiba-tiba...

"Honey mandi lepastu kita solat Subuh sama-sama. Dah lewat ni"

Bulat mata Az apabila Harraz berpesan tadi menyuruhnya bersiap untuk Solat Subuh.

"Ya Allah, apa kau ni Az termenung jauh. Suami kau tu tengah tunggu kau, kau boleh pulak termenung. Ish!"

Cepat-cepat dia turun katil dan berlari masuk bilik air. Kaki yang sakit tidak dia hiraukan. Sakit sikit je ni nanti petang baiklah.

•°•°•

"Abang, petang ni honey nak pergi mall boleh?"

Harraz yang sedang study dimeja belajar itu terus memandang Az yang sedang duduk di birai katil.

"Nak buat apa? Tak payah la"

Az cebik.

"Ala tapi honey bosanlah duduk rumah. Takde buat apa-apa"

"Tak boleh"

"Boleh"

"Tak boleh!"

"Bolehlah!"

"Kalau abang kata tak boleh, tak boleh lah!"

"Kalau honey kata boleh, bolehkan je lah!"

Harraz memandang mata Az tajam, begitu juga Az. Dua-dua tak nak mengalah. Harraz mengeluh panjang.

"Honey, abang banyak kerja nak kena buat ni. Abang tak boleh nak temankan honey"

"Honey boleh je pergi sorang. Bolehlah bolehlah please?"

Az membuat muka comel. Harraz pula memandang atas bawah.

"Yelah. Pergi lah. Janji tak balik lewat. Nanti abang masakkan untuk honey. Tapi honey nak naik apa?"

"Yeay terima kas–ala!"

Az yang tersenyum tadi terus monyok. Dia mana reti bawa kereta. Sudah banyak kali dia pergi belajar bawa kereta tapi keesokan harinya dia terus tak pergi sebab ceramah pada hari itu lama. Sampai tertidurlah dia!

"Hm tak pergi mall lah nampaknya"

"Ajak Arissa lah"

"Eh tak payah susah-susah. Jom lah pergi dengan abang. Abang nak beli baju kemeja"

Teringat hal semalam membuat pipi Az merah. Harraz tergelak. Saja nak menyakat isterinya.

"Ha pipi merah-merah ni nak pergi mana?"

"Nak pergi hati abang–eh nak pergi mall. Ish dah lah, Az siap dulu!"

Az terus berjalan pergi ke almari baju lalu membawa baju yang hendak dipakainya masuk ke dalam bilik air.

"Tak basah ke tukar baju dekat dalam? Meh lah keluar, abang pun nak siap juga ni. Kita siap sama-sama dekat bilik ni"

"Apa abang ni? Pergilah siap!"

Mengekek Harraz gelakkan Az. Pasti pipi isterinya ketika itu merah. Suka betul dia mengusik Az. Sehari tak usik memang tak sah.

[Jangan lupa vote dan komen. Komen anda sentiasa saya baca💖]

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now