[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
***
AZ bangun dari tidurnya tika azan berkumandang. Az melihat orang disebelahnya, Harraz sedang tidur. Dia mengambil peluang untuk perhatikan sudut muka Harraz. Wajahnya tanpa cacat cela. Bibirnya yang sedikit kemerahan tandanya Harraz tidak sesekali menghisap rokok.
"Puas tengok muka abang?" Tersentak Az dibuatnya. Cepat-cepat Az melarikan pandangannya.
"Ma-mana ada saya tengok muka awak. Perasan"
Az cuba untuk bangun dari katil tapi malangnya Harraz sempat memegang tangan Az. Jantung Az tiba-tiba berdegup laju. Ada sakit jantung ke?
"Honey cakap apa tadi?" Az mengerutkan dahinya. Pekak ke suami dia ni?
"Mana ada saya tengok muka awak. Jangan nak perasan"
Az cuba untuk melepaskan tangannya daripada pegangan Harraz. Harraz memandang tajam membuatkan Az tidak senang duduk. Az menelan air liur.
"Ke-kenapa?" Kau ni asyik tergagap je Az!
Harraz menarik tangan Az sehingga terbaring Az diatas katil itu. Harraz meng-ontop Az. Az membulatkan matanya kerana terkejut dengan tindakan drastik dari suaminya. Awak jangan macam ii, kita ni dekat rumah mak abah saya!
" I told you before don't call your husband 'awak'. So you will get a punishment. Get ready, sayang"
Jantung Az berdebar-debar ketika renungan Harraz ketika itu. Seakan sedar dengan situasi itu, Az terus menolak Harraz dan membuatkan Harraz jatuh terbaring diatas katil.
"Sa-saya ambil wudhu dulu. Dah Subuh. Saya tunggu dekat bilik tetamu"
Az terus bangun dan masuk kedalam bilik air yang terletak dibiliknya.
"Pagi nanti abang denda honey tau. Honey takkan terlepas walaupun honey lari dari abang!"
"Diamlah!"
Terkekek Harraz ketawa apabila isterinya takut dengan dirinya.
•°•°•
"AB-ABANG, bangunlah sarapan"
Tergagap Az apabila menyebut 'abang'.
Harraz yang sudah bangun itu cuba buat-buat tidur. Dia sudah lama bangun cuma Az sahaja yang tidak tahu kerana sibuk menolong maknya masak didapur.
"Nantilah. Pergi sana"
"Ab-abang, cepatlah bangun"
Dalam diam Harraz tersenyum apabila Az memanggilnya 'abang'. Harraz menggosok matanya. Berlakon seolah-olah baru bangun.
"Kacaulah abang nak tidur"
Harraz melelapkan matanya kembali. Az terus mencucuk lengan Harraz menyuruh untuk bangun.
"Abang, bangunlah. Penat honey masak"
Harraz terus duduk membuatkan Az tersengih.
"Okay, where is my morning kiss?"
Az yang tersengih tadi terus mengerutkan dahi. Gila ke apa suami dia pagi ni.
"Ei kenapa pulak nak bagi morning kiss?"
"Lupa? Kan abang nak bagi denda dekat honey sebab honey panggil abang , awak"
Muncung sedepa Az dibuatnya.
"Tapi pagi ni honey dah panggil abang, abang"
"Ni pagi ni, Subuh tadi honey panggil abang , awak. Cepat bagi abang morning kiss"
Az merengus.
"Takde benda lain ke nak bagi denda selain morning kiss?"
Pertanyaan Az membuatkan Harraz tersenyum miang.
"Okay, I want a baby"
Spontan Az memukul bahu Harraz. Miang betul suaminya.
"Okay, okay. I give you morning kiss"
Az terus mencium dahi dan pipi Harraz. Harraz tersengih.
"Okay dah. Jom makan" Az menarik tangan Harraz menyuruh untuk Harraz bangun.
"Eh, ada yang honey tertinggal la"
"Apadia?"
Harraz menunjuk bibirnya. Az menampar perlahan bibir Harraz. Entah kenapa dia buat begitu, sudah selesa dengan Harraz.