Bab 5

1.3K 36 2
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"ASSALAMUALAIKUM"

Seorang lelaki memberi salam kepada Az. Az yang sedang memakan popcorn terus memandang lelaki itu.

"Waalaikumusalam. Nak apa? Nak sentuh saya lagi ke?"

Kata Az sambil menyumbat popcorn didalam mulut dengan jumlah yang banyak. Mereka sekarang berada di kafe kampus mereka. Harraz mengambil tempat di depan Az.

"Eh tak! Saya nak minta maaf je sebab TERpegang tangan awak. Tak sengaja"

Az hanya memandang muka Harraz sambil makan popcorn.

"Yelah yelah saya ma—"

"Ha sini rupanya kau, puas aku cari satu kampus"

Arissa menyergah Az apabila Az hendak memaafkan Harraz. Arissa duduk di sebelah Az dan memandang tangan Az yang telah penuh dengan bekas popcorn.

"Ya Allah ni dah kenapa makan popcorn ni. Ada masalah? Ada masalah je makan benda manis tapi tak gemuk-gemuk juga"

Arissa tidak perasan kehadiran Harraz di situ lagi. Az menjeling Arissa, ahh sibuk saja orang nak tenangkan diri.

Apabila Arissa hendak memukul lengan Az pantas Az menjuihkan bibirnya ke arah depan. Arissa memandang tempat yang Az tunjuk dan memasang riak terkejut.

"Ha–harraz. Sorry tak nampak kau pulak dekat sini tadi. Patutlah Az diam je"

Harraz hanya senyum. Arissa sengih kekok dan terus bangun dari duduknya.

"Az aku pergi dulu lah. Mengganggu korang dating pula. Bye"

Arissa terus melarikan diri apabila Az hendak membaling popcorn kepadanya. Az menyambung kembali aktiviti makannya, Harraz di depan tidak dia pedulikan.

"Dua fakta yang saya dapat tahu dalam diri awak ialah makan manisan bila ada masalah dan kalau makan banyak mana pun tak gemuk. Wah"

"Okay"

Keadaan mereka sunyi apabila tiada perbualan yang dikeluarkan. Harraz berdehem.

"Saya nak sampaikan pesanan dekat awak"

"Apadia?"

"Keluarga saya dan keluarga awak suruh kita balik Terengganu. Ada hal yang perlu dibincangkan. Ibu ayah saya akan duduk rumah saya yang ada dekat Terengganu 1 hari, rumah tu lama saya tinggalkan. "

Az mengerutkan dahinya. Kalau keluarga dia suruh balik boleh tahan la juga, tapi kenapa Harraz ikut balik jugak?

"Kenapa awak ikut balik jugak?"

Harraz tersenyum.

"Nanti awak tahu lah, sayang. Bye saya pergi dulu"

Terasa darah menyerbu naik di muka Az. Az menepuk perlahan pipinya.

"Huh gila semua ni. Kenapa aku nak blushing pula sebab dia sebut perkataan sayang? Jatuh maruah aku sebagai orang swag dekat kampus ni"

 Kenapa aku nak blushing pula sebab dia sebut perkataan sayang? Jatuh maruah aku sebagai orang swag dekat kampus ni"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now