Bab 19

841 19 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"NI kamu berdua, sampai bila bercuti ni?" Tanya Puan Suraya.

"Kitorang start masuk balik mungkin minggu depan sebab nak pergi Kelantan pulak. Kesian pula dekat ibu ayah pula tak dapat borak dengan menantu dia"

Harraz senyum kepada Az yang berada disebelahnya. Az menundukkan kepalanya. Malu weh malu.

"Uyo Kelantan. Zaf jom nanti kita pergi Kelantan, mana tahu ada jodoh ke dekat sana"

Zafira menyiku Zafriel. Zafriel diam. Zafriel terus bangun membawa pinggan yang digunakan lalu membasuh dan terus naik ke biliknya. Sempat dia menghempaskan pintu bilik.

Az hanya memandang kelibat Zafriel yang kelihatan tidak terurus itu. Tuan Arif dan Puan Suraya juga memandang kelakuan anak keduanya itu.

"Ke-kenapa tu?" Tanya Zafira gagap.

"Adalah tu yang tak kena. Dah, sambung makan. Nanti adik tanyalaj dia kenapa" Kata Az lalu mereka semua menyambung makan yang tergendala tadi.

•°•°•

Tok! Tok! Tok!

"MASUK"

Aku terus berjalan masuk bilik Zafriel. Kelihatan Zafriel sedang merenung diluar beranda. Fikir pasal girlfriend ke tu hehe.

"Kau okay?"

Tanya aku. Takut juga apabila Zafriel moodnya seperti tidak okay. Mengamuk macam gorilla hilang anak!

Zafriel diam.

"Hey kau okay ke tak ni? Ada masalah? Mari share dengan aku. Aku boleh tadah telinga dengar kau punya masalah."

Diam lagi. Ahh tak boleh jadi ni. Aku memegang kedua belah bahu Zafriel. Kelihatan dia terkejut. Zafriel terus menepis tanganku.

"Aku okay lah. Dah, pergi keluar. Kau kacau aku nak tenangkan diri"

Aku hanya berdiri statik. Tanda protes tidak mahu keluar selagi dia tidak membuka mulut.

"Keluar"

Aku masih berdiri statik.

"Keluarlah!"

Terhinjut bahu aku bila ditengking. Zafriel memasang muka tidak puas hati. Aku menarik nafas. Zafriel, kau buat aku risaulah.

"Kau kenapa ni? Semua benda tak kena ke. Ada masalah? Meh cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong"

Aku menarik tangan Zafriel supaya duduk di atas katil. Zafriel hanya menurut.

"Ha cerita cepat. Aku dengar"

Diam.

"Cerita la"

Diam.

"Suka hati kau lah. Kau tanggung la sendiri apa yang kau tengah serabut sekarang ni. Aku suruh kau cerita sebab nak kurangkan benda tu dekat kepala kau. Tak payah nak serabut. Tapi kau tak nak cerita. Ha biarlah"

Aku berura-ura mahu bangun dan terduduk balik kerana Zafriel menarik lenganku.

"Okay fine. Aku cerita. Ye betul aku tengah serabut sekarang ni. Aku benci lah perasaan macam ni"

"Then, cerita dekat aku"

Zafriel mengeluh berat.

"Macam ni..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now