[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
***
SETELAH solat Asar, Az menuruni tangga dengan berhati-hati. Perut yang sakit tadi sudah hilang. Berkat Harraz menyapu ubat diperutnya.
"Honey?"
"Ye"
"Kenapa nak turun tak cakap? Boleh abang tolong honey turun"
Harraz bangun dari sofa lalu membantu Az yang sedang menuruni tangga rumah.
"Abang, takpe lah. Sikit je ni. Azpunya kaki ni dah nak baik dah ni. Tak teruk mana pun"
"Hm yelah tu. Ha tu perut dah okay dah?"
"Dah okay. Abang dekat rumah ni tak makan apa-apa ke? Selalu makan luar?"
Az terus berlalu pergi ke dapur dan Harraz membuntuti Az. Takut isterinya itu tiba-tiba terjatuh. Harraz menggeleng. Gila ke apa nak makan luar hari ii. Tahu lah duit berkepuk tapi dia perlu berjimat cermat untuk menggunakan duit.
"Abang masak" Terus sahaja Az memandang Harraz. Tak percaya.
"Seriously? Mesti sedapkan?"
Harraz ketawa. Selama ni, dia hanya masak untuk dirinya saja. Sedap tak sedap, dia kesah apa janji makan. Tapi bagi Harraz mungkin sedap sebab berselera saja dia makan. Eh bagai angkat bakul sendiri lah pulak.
"Abang masak untuk diri abang je jadi abang tak tahu rasa masakan abang tu sedap ke tak, yang penting makan. Sedap tak sedap belakang cerita"
Az mengangguk.
"Honey pandai masak?"
Az menggaru kepalanya yang tidak gatal dan sengih macam kerang busuk. Dia hanya tahu masak makanan yang ringan saja, kalau masak lauk mungkin lauk itu akan berada didalam tong sampah.
"Tak"
"Bolehlah honey belajar masak dari abang"
•°•°•
HARRAZ membuka pintu rumahnya. Sekarang menunjukkan pukul 1030 malam. Harraz keluar pergi ke masjid untuk menunaikan solat disana. Buka saja pintu, rumah terang bederang. Pelik. Takkan Az tak tidur lagi.
"Honey, where are you?"
Mata Harraz melilau mencari susuk tubuh Az.
Klek!
Pintu bilik dibuka oleh Az, Az menenyeh matanya tatkala matanya kabur. Harraz kaku di tengah-tengah ruang tamu apabila melihat penampilan Az.
"Abang dah balik? Sorry honey tertidur. Tak tunggu abang pun"
Suara serak basah. Harraz menelan air liur perit. Az pelik mengapa Harraz berdiam diri. Az berjalan menuruni tangga.
Baju yang Az pakai betul-betul menggoda Harraz. Mana taknya, Az memakai baju kemeja panjang Harraz kerana dia terlupa untuk membawa baju tidur. Nak cepat punya pasal. Disebabkan badan Az yang kecil daripada Harraz, jadi ia menampakkan baju yang Az pakai bersaiz besar.
Baju yang Az pakai kemeja berbutang. Disebabkan baju kemeja itu besar, jadi dibahagian bahu sebelah kanan terlondeh dan menampakkan bahunya dan tangkai singlet berwarna hitam.
Rambut yang tadinya diikat simpul terus jadi serabai kerana Az tidur terlupa membuka getah rambutnya.
"Abang?"
Az memetik jari dihadapan muka Harraz. Tersentak Harraz dibuatnya. Pelik juga dengan suaminya, termenung apa sampai tak perasan dirinya dihadapan.
Harraz melangkah maju kehadapan dan itu membuatkan Az mengundur diri kebelakang dan terperangkap di dinding.
"A-abang?"
Az menahan dada Harraz dari mara kehadapan. Harraz mengusap bahu Az yang terdedah dan merangkul pinggang Az automatik tiada ruang bagi mereka berdua. Hanya terasa nafas masing-masing yang menampar muka Az dan Harraz.
"Honey"
Az memandang Harraz dan Harraz memandang Az.
"You seduce me so hard, baby"
Harraz bisik ditelinga Az dengan suara yang menggoda. Az menelan air liur.
"I love you sayang"
Harraz terus mencempung badan Az dan berjalan masuk ke bilik. Pada malam itu, Az hanya merelakan apa yang Harraz buat pada dia. Hak suami. Dia telah memberikan nafkah kepada suaminya
[Apa yang aku taip ni HAHAHASHAJSISJASJW YA ALLAH]