Bab 8

1K 25 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"MAK, kenapa mak tak bagitahu yang Harraz dan adik akan bertunang? Adik masih belajarlah mak. Macam mana adik nak habiskan masa dengan suami kalau adik belajar sepanjang masa? Adik takut"

Kata-kata Az mula mengendur. Kenapa dia yang perlu kahwin semasa umur masih muda? Puan Suraya terdiam. Az mengeluh perlahan.

"Takpe lah mak. Adik terima je apa keputusan mak, adik akan ikut je. Apa yang mak suruh adik akan buat, yang penting adik takkan malukan mak dan abah"

Puan Suraya mula tersenyum lebar. Bersyukur kerana dia mendapat anak yang baik. Sejuk perut semasa mengandungkan Az.

"Alhamdullilah, jadi adik dah bersetuju lah nak berkahwin dengan Harraz?"

Az hanya mengangguk. Jika itu jodohnya, memang tak lari kemana.

"Nanti mak akan bagitahu apa yang penting untuk selamatkan rumah tangga kita ye. Masih banyak adik kena belajar"

•°•°•

"ASSALAMUALAIKUM"

"Waalaikumusalam, Az kau masih dekat Terengganu ke? Aku rindukan kau. Dahlah minggu depan cuti semester, kau pula tak balik lagi"

Arissa membuat suara sedih di talian. Az menggarukan kepalanya. Ahh macam mana nak cakap ni. Az ketawa hambar.

"Alah jomlah balik Terengganu, duduk rumah mak abah aku dekat sini"

Arissa yang berada dibiliknya sudah teruja. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Tuan Arif dan Puan Suraya.

"Boleh ke? Tak menggangu?"

"Tak menggangu pun. Lagipun minggu depan aku akan berkahwin. Pilihan mak abah. Kau juga kenal orang tu"

Arissa terkejut mendengar apa yang disampaikan oleh Az.

"Betul ke? Wah!" Az menutup telinganya. Arissa menjerit, gelas pun boleh pecah.

"Kau dah nak jadi isteri orang dah. Tak sabarnya nak tengok bakal suami kau. Nanti minggu depan aku balik Terengganu. Excited-nya aku"

Arissa yang teruja tadi bertambah lagi teruja apabila Az mengatakan yang dia akan berkahwin tidak lama lagi.

"Ye lah. Minggu depan hari Sabtu aku akan bernikah, hari Ahad pula bersanding. Kau bolehlah gerak dari KL masa hari Khamis atau Jumaat"

Arissa hanya mengangguk walaupun dia tahu Az takkan nampak.

"Baiklah bosskur. Patik tidak sabar. Berita gembira sungguh"

Az hanya senyum hambar dan mengucapkan selamat tinggal. Putus talian Az dan Arissa. Az merenung siling biliknya, memikirkan sesuatu.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Kenapa aku boleh terima dia dengan semudah ni. Hm Az musykil.

 Hm Az musykil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now