Bab 10

959 24 2
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Arissa
Weh keluarlah rumah. Aku ada dekat luar rumah kau ni. Segan pula aku nak masuk.

Az
Yeay kau dah sampai. Tunggu kejap.

Az keluar dari rumah dan mendapatkan Arissa yang membawa beg besar yang mengisikan pakaian untuk dia bermalam.

"Sampai dah kau. Lama betul aku tunggu"

Arissa tersengih memandang Az.

"Naik kereta weh, jalan sesak teruk. Macam tahu-tahu je nanti kau nak kahwin"

Az mencebik.

"Kau naik kereta? Dengan siapa? Lelaki ke perempuan? Umi dengan abi kau dah tahu kau balik Terengganu?"

"Umi dengan abi dah tahu aku balik Terengganu"

Az memukul lengan Arissa kerana tidak menjawab soalannya. Pantang orang tidak menjawab soalannya, pasti dia akan memaksa orang itu untuk memberikan jawapan.

"Apa?!"

"Kau tak jawab lagi soalan aku"

"Yang mana?"

Az menepuk dahinya sendiri. Dasar pelupa.

"Kau kata kau naik kereta, tapi dengan siapa? Lelaki ke perempuan?"

"Aku balik dengan abang aku, Muaz. Yang kau pernah tergi-"

"Assalamualaikum"

Seorang lelaki memberi salam . Az seperti digam. Kaku. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki ini.

"Saya dengar awak dah nak kahwin. Tahniah. Tak sangka awak dah moveon dengan saya. Baguslah kalau macam tu"

Kata-kata Muaz kedengaran seperti biasa tapi tidak bagi Az. Kata-kata Muaz seperti menyindir Az. Az hanya senyum hambar.

•°•°•

"AWAK pergi mana tadi?"

Az tersentak dari lamunannya. Dia memandang orang yang berada di depannya. Siapa lagi kalau bukan bakal suaminya.

"Saya sambut tetamu, Arissa. Dia akan bermalam dekat sini"

"La ye ke? Awak jangan lupa pula esok malam berinai sebelum lusa kita nikah. Jangan lari rumah pula"

Az mengerutkan dahinya. Lari?

"Kenapa pula saya nak lari? Ingat saya lari marathon ke?"

"Takde lah, saya takut awak lari dari hari bahagia kita. Nanti takde siapa yang gantikan tempat awak"

Az menundukkan wajahnya. Membahang pipinya. Sweet talker lah dia ni.

"Takkan lah saya nak lari. Saya cuba terima takdir yang Allah tentukan"

 Saya cuba terima takdir yang Allah tentukan"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now