Bab 43

687 13 0
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

AKU melihat gambar perkahwinan aku dan Harraz. Mukanya didalam gambar aku usap. Mata aku mula bergenang mengenangkan nasib aku yang dilayani dingin oleh Harraz. Sejak balik dari rumah mak dan abah, perangainya terus berubah. Kenapa perangai kau ubah mendadak ni Harraz?

"Abang, Az rindu abang. Bila abang nak balik rumah dengan lebih awal?"

"Honey?"

Satu suara yang amat aku rindui dan yang dapat menyentakkan tangkal hati aku, Harraz. Aku memandang Harraz yang berdiri diluar pintu. Air mata aku mengalir. Aku memeluk frame gambar semasa hari perkahwinan kami. Harraz tergopoh-gapah berlari mendapatkan aku yang duduk diatas katil itu.

"Honey, ada benda tak kena ke?"

Harraz duduk disebelah aku dan membenamkan wajahku pada dada bidangnya. Aku menggeleng. Air mata aku biarkan mengalir. Mungkin pembawakan bayi, aku terlalu emosi.

"Habistu kenapa?"

"Kenapa abang selalu balik lewat? Az rindu abang. Perangai abang pun, selalu dingin dengan Az. Az ada buat salah ke? Az mintak maaf sangat-sangat kalau selama ni Az ada buat salah"

Dapat aku lihat, air muka Harraz berubah. Harraz perlahan-lahan menolak aku supaya berbaring diatas katil itu. Frame gambar yang aku pegang tadi dia ambil lalu meletakkan kembali diatas meja lampu tidur disebelah katil. Air mata aku yang merembes keluar dia lap menggunakan ibu jarinya. Terbuai seketika apabila jarinya menyentuh kulit muka aku. Selimut dia tarik menutupi badan aku.

Mata aku dan mata Harraz bertembung untuk beberapa minit. Rindu akan wajah suaminya yang kacak, perangai yang tidak ubah seperti kanak-kanak, badan yang selalu memeluki aku, haruman badan yang wangi, semuanya aku rindu.

Harraz melarikan anak matanya lalu mengemaskan selimut yang menutupi badan aku.

"Honey tidurlah. Jangan tunggu abang balik. Abang ada ramai patient yang abang perlu check. Abang akan balik, jangan risau. Honey tak perlu risau. Abang pergi dulu"

Belum sempat Harraz ingin meninggalkan aku, aku terus menyambar lengannya membuatkan dia memandang aku. Air mata yang sudah kering tadi mula bergenang.

"Abang baru je balik takkan nak pergi hospital lagi? Abang sanggup tinggalkan Az seorang diri dalam rjmah besar ni? Abang tak sayang Az ke? Tak sayang anak kita? Dah lama abang tak usap anak kita dalam perut Az. Dia rindukan abang. Jangan tinggalkan Az dengan anak kita lagi. Az merayu sangat-sangat"

Harraz mengeluh lalu ingin menguraikan tangannya yang aku pegang. Aku memegang kuat supaya Harraz tidak pergi atau kata lain membatalkan niatnya pergi ke hospital. Harraz menarik tangannya kasar dari pegangan tangan aku. Dia memandang aku tajam. Aku menundukkan kepala. Takut akan renungannya.

"Abang sayangkan honey tapi orang dekat hospital tu lagi memerlukan abang daripada honey. Tolonglah faham, tahun ni tahun terakhir untuk abang belajar tentang kedoktoran ni. Lainlah honey, baru je masuk. Tak lama lagi abang akan dapat title doktor Harraz. Jadi, tolong faham. Dah, abang pergi dulu. Tidur. Jangan tunggu abang balik. Abang mungkin tak balik, tidur hospital"

Serentak itu Harraz pergi meninggalkan aku seorang diri didalam bilik ini. Aku mula menangis. Aku memegang perut aku yang mula rasa kena tendang. Kandungan aku sudah 6 bulan. Tidak sabar menunggu kelahiran anak kecil ini. Aku usap perlahan.

"Sayang, papa tak ada perempuan lain, kan? Papa sayangkan mama, kan? Tapi kenapa papa abaikan mama dan perangai dia semakin jauh dari mama. Mama sedih. Walau apa pun anak mama, Zulhadirah Tasnim. Mama akan jaga anak mama sebaiknya. Jangan tinggalkan mama"

Malam itu, hanya air mata yang mengusik mimpi aku. Aku tak kuat. Naluri seorang isteri mengatakan suami aku mempunyai perempuan lain. Tapi apakan daya, aku bukannya Allah yang dapat tentukan segalanya.

 Tapi apakan daya, aku bukannya Allah yang dapat tentukan segalanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang