Bab 52

874 18 1
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"AZ, aku tak balik dengan kau sebab ada kerja yang nak dibuat. Kau nak balik dengan siapa ni?"

Arissa meminta maaf kepada aku kerana tidak dapat menghantarnya pulang.  Sekarang, aku sudah mula pembelajaran yang sudah banyak tertangguh.

"Takpelah Risa, aku balik naik teksi je"

"Sorry tau Az"

"Ish takpelah. Aku okay je balik naik teksi"

Aku senyum kepada Arissa. Tahu sangat Arissa risau dengan aku. Yelah, aku dah separuh gila sebab kehilangan anak aku sendiri.

"Okaylah macam tu. Aku pergi dulu eh? Bye!"

Selepas sahaja Arissa pergi, aku terus ke tempat perhentian teksi. Aku duduk disitu sementara menunggu teksi. Tapi ada ke teksi masa macam ni? Aku mengeluh. Kalau jalan kaki mahu tulang lutut terkeluar. Aku mengeluarkan fon untuk menghilangkan rasa bosan. Sedang aku bermain telefon, ada sebuah kereta yang berhenti dihadapan aku. Jap, macam kenal kereta ni. Terus aku mengangkat muka melihat gerangan yang membawa kereta ini. Aku dah agak! Lelaki itu terus keluar dan menuju kearah aku.

"Kau buat apa dekat sini?"

"Ambil honey lah. Jom abang hantar honey balik"

Aku mendengus. Apahal sibuk sangat dia ni!

"Tak perlu. Lebih baik aku naik teksi daripada aku naik kereta dengan kau ni. Aku jijik naik kereta kau"

Harraz mengeluh. Ha padan! Kau yang buat aku macam ni, kau terimalah apa yang aku nak buat dekat kau. Nusyuz tak nusyuz aku tak kira. Ini balasan dia.

"Honey please? Bagi abang satu peluang untuk betulkan semua ni. Abang tahu abang salah. Jangan seksa abang macam ni honey. Abang rindukan honey..."

"Oh selama ni kau seksa aku, tak apa pulak. Bila aku seksa kau, bermacam alasan kau bagi. Kau seksa hati aku, kau seksa batin aku, kau seksa anak aku! Kau boleh pergi dari hidup aku. Aku tak perlukan kau. Go to the hell!"

Harraz memandang anak mata aku.

"Honey, maafkan abang. Please, i'm begging you. Bagi abang satu peluang. Abang nak betulkan semua ni, tapi macam mana abang nak betulkan kalau honey asyik lari dari abang? Abang penat honey, abang penat. Dah 5 bulan honey tak nak jumpa abang. Bila abang datang melawat honey, honey halau abang. Honey minta abang ceraikan honey, abang tak nak. Abang takkan sesekali lafaz benda yang Allah benci. Tapi kalau honey dah desak abang, abang akan buat semua tu. Bagitahu je bila tapi rasanya dah 5 bulan jugaklah honey cakap pasal cerai, jadi abang akan buat file penceraian. Ini yang honey nak kan? Jadi abang tunaikan"

Aku kaku dan mata aku mula membahang. Ego sangat ke aku ni? Tapi disebabkan dia jugalah anak yang aku jaga selama 6 bulan, mati! Dia bunuh anak kau, Az. Jangan percayakan dia tapi kalau dia betul-betul filekan surat penceraian kau dengan dia. Mampu ke aku nak hidup tanpa dia? Selama 5 bulan aku larikan diri dari dia, 5 bulan juga aku tahan rindu tapi ego yang menguasai diri aku.

"Tu, teksi dah sampai. Abang tak paksa kalau honey tak nak naik sama kereta dengan abang. Yelah, kereta abangkan jijik?"

Harraz menuju ke teksi itu. Terdengar juga apa yang Harraz kata kepada pakcik teksi tu lalu Harraz mengeluarkan not RM20.

"Pakcik hantar isteri saya ni sampai perumahan teres tu ye? Ni duit tambang, baki pakcik simpan je. Okaylah pakcik saya pergi dulu"

Harraz pergi kehadapan aku semula. Harraz menarik nafas sedalamnya. Aku dapat rasa dia tengah tahan diri dari menangis, tengok mata pun dah merah.

"Abang dah cakap dekat pakcik teksi tu. Pergilah naik. Tambang teksi abang dah bayar. Honey pergilah balik, makan, rehat. Semua file penceraian abang akan buat. Jangan fikirkan sangat, kalau surat penceraian dah siap abang hantar surat penceraian tu dekat honey lepastu honey tandatangan. Okaylah, abang balik dulu"

Terus Harraz pergi meninggalkan aku. Keretanya berlalu pergi. Ni yang kau nak sangatkan? Sekarang dia dah buat, kau terima jelah. Salah kau juga sebab desak dia mintak cerai dan aku sedar itu salah aku juga.

[mmg nak ending dah pun mungkin 2 or 3 bab lagi so mira nak habiskan harini kot kalau ada masa la. tadi masa tengah mandi(nak jugak bagi tau org hahaha) mira terfikir nak tukar jalan cerita untuk ending sbb ada kena mengena dengan tajuk cerita ni so mira akan buat suprise untuk bab terakhir okay?]

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now