***
AKU membuka mata dek kehausan. Aku memandang sekeliling. Ni bilik aku dan Harraz. Jadi, dia angkat aku lagi? Aku ni menyusahkan orang betul, banyak menyusahkan Harraz. Kadang-kadang aku malu untuk ambil pemberiannya contohnya telekung baru, baju baru dan lain-lain. Tapi dia yang memaksa aku terima.
Aku lihat disebelah aku. Tiada figura Harraz. Aku bangun dari katil. Aku baru sahaja di discharge petang tadi. Doktor kata aku terlalu terkejut, tertekan dan ia terkesan kepada kandungan aku. Sebab tu perut aku senak, menegang. Selepas ni, aku perlu jaga kandungan aku baik-baik. Mujur saja aku tidak keguguran.
Aku bangun lalu pergi ke pintu. Pulas sahaja tombol pintu, aku terdengar suara ibu mertua aku dan suami aku seperti membincangkan sesuatu. Aku hanya memasang telinga.
"Takpe ke aku dengar apa yang diorang cakap? Err dengar jelah"
Aku hanya berdiri dihapadan pintu bilik tidur aku dan Harraz sementara ibu dan anak duduk diruang tamu.
"Macam mana hubungan kamu dengan Az?"
Terlihat Harraz mengeluh. Seketika itu, tangannya lincah menaip sesuatu dikeyboard laptop.
"Macam tu jelah ibu"
Kini Puan Ayu pula yang mengeluh. Kenapa nak borak pasal perkahwinan kami selama 8 bulan ni? Baru nak tanya?
"Kamu masih lagi ada hubungan dengan Natalea?"
"Mana ada"
"Jangan tipu ibu, Harraz. Ibu tahu"
"Okay, betullah apa yang ibu cakap. Harraz masih lagi bersama dengan Natalea. Dia je yang Harraz suka, Harraz sayang"
"Masyaallah Harraz. Ibu tak tahu nak cakap apa lagi dah. Jadi selama ni, kamu tak cintakan Az?"
Harraz menggeleng. Tubir mata aku mula bergenang. Dada aku berasa sesak, aku sandarkan diri dipintu bilik. Menenangkan diri. Sabar Az sabar. Telinga aku mula berdesing apabila Harraz mengatakan sesuatu.
"Harraz tak pernah ada perasaan apa-apa dekat perempuan tu. Selama ni Harraz tak bahagia. Az banyak sangat menyusahkan Harraz. Lagi-lagi bila dia tertidur dalam kereta. Badan dah lah berat lepastu Harraz pulak yang angkat dia. Sakit pinggang Harraz. Lainlah Natalea, Natalea tak pernah lagi menyusahkan Harraz. Harraz cintakan Natalea, bukan Azalea"
Luluh hati perempuan separuh abad itu. Anaknya berlaku curang dibelakang menantunya.
"Tapi kamu tahu tak yang Azalea tulah yang selalu sedarkan kamu tentang agama. Dia budak baik, Harraz. Selama ni, ada ke kamu nak bangun pagi untuk solat subuh? Itupun ibu yang kejutkan kamu suruh imamkan isteri kamu. Tapi kamu menggeliat tak mahu jadi imam tapi lepas ibu paksa, ugut barulah kamu imamkan dia. Takkan isteri kamu pulak yang imamkan kamu? Harraz, sudahlah permainkan hati dia"
Air mata aku semakin deras. Aku menekup mulut aku supaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi tangisan.
"Suda—"
"Ibu belum habis cakap lagi. Jangan nak sampuk apa-apa. Petang semalam, ibu sampai saja depan rumah kamu, ibu dengar ada orang menangis dalam rumah. Ibu cemas. Siapa lagi kalau bukan isteri kamu yang ada dalam rumah. Lagi-lagi bila dia tak berhenti sebut nama Allah masa dia tahan sakit. Ibu dah tak tahu nak buat apa, ibu panggil jiran kamu untuk tendang pintu rumah kamu. Bukak je pintu, ibu nampak dia bermandi peluh tahan sakit. Ibu dah boleh agak, dia ada sakit dada bila dia terkejut pasal sesuatu—"
"Lepastu?"
Puan Ayu senyum sinis. Harraz yang tadinya menaip sesuatu dilaptop, terus menumpukan perhatian kepada Puan Ayu.
"Ibu, jangan bagitahu Harraz ibu" Aku menggeleng sambil mata tidak berhenti mengeluarkan air mata. Walaupun Puan Ayu tidak mendengar apa yang aku kata, tapi aku harapkan sangat ibu jangan bagitahu perkara sebenar.
"Nak tahu kenapa laptop kamu tu ada kesan retak?"
"Apadia?"
"Masa dia tahan sakit, dia pegang laptop kamu sampailah dia dah penat nak tahan sakit dia, laptop terjatuh. Dia pengsan"
"So?"
Harraz hanya menjongketkan keningnya. Tengok muka saja, dia malas nak ambil tahu apa yang berlaku pada petang semalam.
Puan Ayu tergelak sinis dan memandang Harraz tajam. Puan Ayu mengeluarkan sesuatu didalam poketnya. Harraz membulatkan matanya. Ianya pendrive Harraz.
"Ibu ambil laptop yang terjatuh tu lepastu ibu baca apa yang ada dekat dalam ni sampaikan Az boleh jatuh sakit. Harraz, ingat Allah. Kamu dah buat zina. Walaupun Natalea tu mandul, tak boleh mengandung tapi masih dianggap berzina. Setiap minggu buat benda tu dengan dia tapi yang Azalea pula, kamu kata terlanjur sebab buat benda tu padahal itu perkara halal yang perlu dibuat oleh suami isteri dan haram bila berzina dengan perempuan lain yang bukannya isteri kamu. Ajaran sesat mana yang kamu ikut ni Harraz?!"
Harraz menundukkan wajahnya. Tercungap-cungap Puan Ayu selepas sahaja meninggikan suara kepada anak lelakinya itu. Tidak cukupkah didikan yang selama ni aku dan Harith berikan?
"Aku kecewa dapat anak macam kau. Esok aku nak pergi rumah besan aku lepastu balik Kelantan semula. Aku nak kau selesaikan semua ni, putuskan hubungan dengan Natalea dan cuba cintakan Azalea. Ingat, Azalea bukannya Natalea. Ibu masuk bilik dulu"
Serentak itu, Puan Ayu masuk kedalam bilik tidurnya manakala Harraz menyerabutkan rambutnya.
"Kau tak guna, Azalea!"
Aku tersentak. Aku lap air mata aku yang keluar laju dan terus baringkan diri diatas katil. Aku yang tadinya kehausan terus terasa basah tekak. Aku cuba melelapkan mata tetapi air mata tidak henti mengalir. Lama kelamaan aku semakin penat dan terus terlena bersama air mata kesedihan.
[mira bebas lepas dah habis trial hahaha tapi dah dapat tahu markah math, fail. takpe dah biasa]
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...