Bab 54

946 19 2
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"Ni surat penceraian, abang dah tandatangan. Tinggal honey je belum tandatangan. Kalau rasa honey terseksa dengan abang, honey tandatangan dan kita pergi mahkamah"

Aku terkelu. Aku cuba mencari anak mata Harraz tetapi dia pantas melarikan anak matanya. Harraz menelan air liur. Sungguh dia tak mahu berpisah tapi apa yang Az cakap padanya seakan-akan sudah banyak terluka jadi lebih baik dia lepaskan Az dan cari lelaki lain. Tiba-tiba mata Harraz tertancap pada kotak dan frame yang berada diatas katil Az. Pantas dia pergi ke katil Az, Az pulak terkial-kial mengikut Harraz.

"Ni honey punya ke?"

"Err I don't know. I found this box and frame on the closet as I was cleaning the room"

Harraz kelihatan terkaku. Aku pula hanya memandang aneh. Dia kenal ke lelaki dalam gambar tu? Harraz memandang aku dan perlahan-lahan pergi kearah aku dan memeluk aku. Aku tersentak.

"Awak, kenapa tiba-tiba peluk saya ni? Awak kenal ke lelaki dalam gambar tu? Saya tak ingatlah lelaki da—eh awak kenapa nangis ni?!"

Aku sudah tidak tentu arah bila Harraz menangis dibahu aku. Patutlah bahu aku basah bila dia peluk aku. Aku menggosok belakang badannya. Harraz kemudiannya memandang aku semula dan senyum lebar kepadaku. Ya Allah dia ni dah kenapa.

"Awak ni kenapa? Nangis lepastu senyum pulak. Seramlah awak ni"

"Honey tak ingat siapa lelaki dalam gambar ni?"

Aku menggeleng. Sungguh aku tak ingat. Nak kata aku pernah kemalangan, tak ada pulak kesan parut dibadan aku tetapi memang aku tak ingat langsung lelaki ni.

"Lelaki ni sebenarnya abang, Harraz"

"Hah?"

"Lelaki dalam gambar ni ialah abang. Kekasih Az masa disekolah menengah tapi kita berpisah bila abang terpaksa pindah dekat Kelantan masa umur 16 tahun. Honey menangis teruk sangat bila abang nak tinggalkan honey sampaikan demam panas. Mak honey yang call abang sendiri. Abang risau sangat dekat honey tapi abang tak boleh buat apa-apa, abang terpaksa jugak pindah Kelantan. Tempat sebenar abang. So, honey dah ingat?"

Aku memandang tepat wajah Harraz serentak itu bayangan aku dan Harraz muncul. Aku masih lagi memandang wajah Harraz dengan mata yang tak terkelip, macam termenung.

"Raz nak tinggalkan Lea? Kalau Raz takde Lea macam mana? Lea sunyi. Janganlah tinggalkan Lea"

Azalea sudah menangis teresak-esak. Aku mahu saja memeluknya tetapi bukan muhrim untuk aku peluk. Dosa. Aku cuma memandang sayu melihat Azalea yang menangis tidak cukup nafas itu.

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now