Bab 50

856 17 1
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

ENJIN kereta Harraz membuatkan aku berhenti mencuci pinggang. Eh cepatnya balik. Harraz terus keluar dari perut kereta dan terus menerjah aku yang sedang mencuci pinggan didapur. Terus sahaja Harraz menarik tangan aku lalu menghempaskan badan aku didinding. Cepat-cepat aku memegang perut aku. Ya Allah sakitnya!

"Abang ni kenapa?! Sakitlah!"

Harraz memandang aku tajam dan terus menampar aku. Berpinar kepala aku dibuatnya. Aku terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba sahaja menampar aku.

"Aku lagi sakitlah! Aku sakit hati dengan kau. Disebabkan kau, Natalea mintak putus dengan aku, disebabkan kau Natalea ada lelaki lain selain aku, disebabkan kau Natalea tolak aku sampai siku aku berdarah. Kau memang pembawa malangkan?!"

Aku hanya berdiamkan diri tahan sakit yang mencucuk diperut dan cuba memandang anak mata Harraz. Sedarlah Az yang Harraz sebenarnya bukan cintakan kau pun. Kau yang terhegeh-hegeh kat dia.

"Hei perempuan kau dengar ke tak ni? Kau buat hidup aku kucar-kacir. Kau kena tahu yang sebenarnya terpaksa saja berkahwin dengan kau, aku terpaksa layan kau elok-elok padahal aku jijik dengan perempuan murahan macam kau! Kau menyusahkan aku dengan morning sickness kau. Aku penat bila setiap pagi aku terpaksa bangun hadap kau yang muntah! Ahh kau perempuan sial!"

Aku tersentak apabila Harraz menumbuk dinding yang hanya 1 inci saja aku mahu kena penumbuknya. Harraz pergi keruang tamu lalu menyerabaikan rambutnya. Aku menarik nafas sedalamnya untuk menahan sakit diperut. Aku pergi kerak dapur lalu mencari first aid dan membawa keruang tamu.

Aku duduk bersebelahan dengan Harraz yang sedang tunduk sambil itu tangannya menarik rambutnya. Aku membuka first aid lalu mengeluarkan kapas dan antiseptik. Aku menarik tangan Harraz dan menarik baju lengannya hingga ke siku. Perlahan-lahan aku membersihkan luka itu. Harraz pula sudah terkedu melihat tindakan aku. Dari ekor mata, aku dapat lihat Harraz memandang wajah aku dengan perasaan yang serba salah.

"Harraz, sebenarnya saya ni siapa pada awak? Awak tak cintakan saya? Kenapa awak lagi agungkan Natalea daripada saya. Saya tak cukup baik untuk awak ke, Harraz. Sanggup awak permainkan hati saya. Saya separuh mati cintakan awak, separuh mati risaukan awak bila tak balik rumah tapi awak tak balik rumah sebab awak pergi rumah perempuan tu. Saya ni perempuan simpanan awak ke, Harraz?"

Harraz tersentak apabila panggilan abang, Az bertukar jadi awak saya. Nada aku sudah mengendur tanda aku berjauh hati dengan Harraz dan mahu menangis. Tangan aku beralih ke tangan Harraz yang luka disebabkan menumbuk dinding. Aku yang sememangnya tahan air mata dari jatuh, akhirnya jatuh setitik-setitik. Ada kalanya air mata aku jatuh ditangan Harraz. Aku menyambung semula apa yang aku mahu luahkan.

"Kalau awak hanya gunakan saya sebagai pemuas nafsu awak, lepaskan saya. Saya rasa saya bertepuk sebelah tangan saja. Saya dengar apa yang awak dan ibu borak semalam. Betapa hati saya bagaikan dicarik-carik. Saya tak sangka anak saya dan anak awak, awak sanggup nak larikan anak ni daripada saya untuk Natalea dan awak jaga. Saya juga tertanya, saya atau dia isteri awak? Tak apa, saya dah dapat jawapan. Saya hanya perempuan simpanan awak dan dia adalah permata dihati awak. Terima kasih untuk segalanya. Saya naik dulu"

Usai mengemas first aid, aku memaksa diri aku bangun. Perut aku mencucuk, sakit sangat. Harraz pula memandang aku atas bawah. Riak wajahnya kelihatan risau. Mata Harraz terbuntang apabila melihatkan darah yang berada dicelah seluar aku. Harraz menunjukkan jarinya kearah seluar aku, aku terus menunduk untuk tengok. Jantung aku bagaikan hendak terkeluar.

"Honey, darah!"

Aku terus rebah. Sayup-sayup aku mendengar Harraz memanggil aku sekaligus aku dapat rasakan dia menangis kerana air yang jatuh setitik dimuka aku, panas. Ya Allah, kau selamatkanlah anak aku!

[esok mira akan update 2 bab lagi. tengok dululah, kalau rajin hehe]

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now