Bab 9

981 21 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"JOM, kita dah lambat ni. Kesian pula ibu dan ayah saya tunggu"

"Okay. Az gerak dulu ye mak"

Tok! Tok! Tok!

Puan Ayu membuka pintu rumahnya. Tersenyum ketika dia melihat bakal menantunya.

"Sampai pun. Ibu baru je lepas masak. Tepat pada masanya"

Az hanya tersenyum .

"Marilah masuk . Ayah ada dekat dalam"

Mereka bertiga berjalan pergi ke ruanh tamu yang menempatkan Tuan Harith.

"Assalamualaikum ayah, Harraz ada bawa Az. Boleh lah dia kenal kita dengan lebih rapat"

"Waalaikumusalam, eloklah macam tu. Takde lah Az kekok saja. Layan saja kami ni sebagai mak abah kamu"

Az hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.

"Ha marilah kita makan, makanan pun masih panas sebab baru lepas masak. Jom ke meja makan"

Mereka bergerak menuju ke meja makan. Banyak lauk-pauk dihidangkan. Menyelerakan sungguh. Tapi tidak bagi Az, dia tidak boleh makan pedas kalau tak perutnya akan menjadi panas didalam. Mujur ada lauk yang tak pedas.

Keadaan dimeja makan sunyi. Bagaikan ada kematian saja. Puan Ayu yang tadinya diam terus berbual dengan Az. Saja, supaya dapat menghilangkan situasi kekok.

"Az, kamu ambil bidang apa ye?"

"Saya ambil bidang perniagaan"

"Oh, Harraz pula ambil bidang perubatan. Dia selalu ada dekat hospital, ye lah tahun terakhir dia dekat situ. Bakal jadi doktor lah Harraz ni"

Az memandang Harraz disebelahnya. Harraz hanya diam sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Jadi, Az dengan Harraz dah pilih baju untuk bernikah nanti?"

Harraz menjawab.

"Dah ibu, semua kitorang dah beli. Cuma baju nikah Az, Harraz tak tahu. Sebab dia beli baju dengan mak dia kan"

"Oh macam tu. Mesti cantik"

Az tersenyum malu. Pantang dipuji sikit dah kembang.

•°•°•

"IBU, pergilah duduk sana. Az boleh je buat semua ni"

Az pantas mengambil pinggan yang Puan Ayu bersihkan.

"Alahai, ibu boleh je buat semua ni. Az ni tetamu dalam rumah ni"

Puan Ayu mahu mengambil semula pinggan yang berada di tangan Az tapi pantas Az melarikan pinggan itu.

"Ibu, biarlah Az buat semua ni. Az pun akan jadi sebahagian daripada keluarga ni jadi tak salahkan kalau Az tolong?"

Tersenyum manis Puan Ayu melihat menantunya itu. Sejuk pula hati memandang.

"Yelah, ibu ada dekat depan. Dah siap basuh pergi ruang tamu ye"

"Baik ibu"

"Baik ibu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now