[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA]
Bercinta selepas nikah,
Manisnya tidak terkata,
Tetapi disebalik kemanisan,
Ada juga kepahitan yang dirasai.
Azalea×Harraz
Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa
Start: 16 April 2...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
***
"HONEY malam ni kemas baju apa yang nak dibawa nanti"
Az yang sedang menikmati burger itu memandang pelik kepada Harraz. Nak pergi mana-mana ke? Ke nak pergi bulan madu? Hehe kau jangan nak perasan lah Az.
"Kenapa nak kemas?" Harraz menjentik dahi Az membuatkan Az mengerang kesakitan.
"Tak ingat lah tu. Kan esok kita nak pergi Kelantan"
"Aah. Honey lupa hehe" Az sengih kerang busuk. Harraz hanya menjeling.
•°•°•
"ABANG Ray nak pergi mana tu?"
Tegur Az kepada Ray yang sedang membuka pintu rumah.
"Abang nak duduk dekat luar. Saja nak ambil angin malam"
"Nanti abang Ray demam lah"
"Takpe, antibody abang kuat bukan macam Zahra"
Az mencebik. Eleh 2×5 je dia tu. Ray seorang sahajalah yang memanggil Az, Zahra. Entah kenapa, tapi Ray kata Zahra lebih sesuai dipanggil daripada Az.
"Dah, abang duduk luar kejap"
"Eh nak ikut!"
"Suami tak marah? Kesian Harraz tu tinggal sorang-sorang dalam bilik tu"
Az menggeleng. Suaminya sibuk bermain game. Tidak mahu kacau, dia turun kebawah untuk bersembang dengan Ray.
"Harraz tengah main game, tak nak lah kacau" Ray mengangguk dan terus keluar rumah diikuti Az.
Mereka mengambil tempat disebuah buaian duduk yang sememangnya sudah ada diluar rumah itu.
"So, macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Bahagia lepas kahwin ni?"
Az tersenyum. Az menutup mata apabila angin menerpa wajahnya. Ambil angin malam. Ray hanya melihat adik saudaranya itu. Cantik, kata hati Ray.
"Setakat ni, bahagia lah. Tapi tak tahu lepas ni Zahra akan bahagia lagi ke tak. Tak tahu apa rancangan yang Allah akan bagi dekat kami"
Az menggosok tangannya yang kesejukan. Angin pada waktu malam itu sangat sejuk.
"Kenapa cakap macamtu?"
"Sebab Zahra tahu, mungkin Allah akan bagi ujian untuk Zahra dengan Harraz"
"Normal lah tu, Zahra. Allah bagi ujian untuk tahu sama ada kita dapat atasi atau berputus asa contohnya ramai yang bercerai disebabkan orang ketiga. Kita ni sebagai pasangan suami isteri, bertolak ansur, bincang baik-baik. Kita ni mesti percaya apa yang pasangan kita ni cakap, jangan menindakkan suami/isteri. Jangan terlalu mudah percayakan orang luar. Mereka semua itu yang boleh merosakkan rumah tangga yang korang dah bina"
"Cinta lepas nikah ni, banyak manfaatnya, Zahra. Bersyukurlah Zahra dapat tergolong dalam orang-orang macam tu"
Az berdiam diri dan tersenyum kecil. Ye, nasihat abang Ray akan Az ingat! Selepas berborak kosong, Az meminta diri untuk masuk ke rumah. Tidur.
Az memulas pintu bilik. Terlihat Harraz sudah tidur berdengkur. Az berlalu pergi ke tandas untuk mencuci kaki , muka , gosok gigi dan tidak lupa mengambil wudhu sebelum tidur.
•°•°•
"HONEY, bangun" Harraz menggerakkan Az yang sedang tidur mati itu. Az membuka matanya sedikit.
"Kenapa?"
"Lupalah tu. Kan harini kita nak pergi Kelantan"
Az yang ingin menutup mata kembali membuka mata. Bulat matanya apabila dia terlupa yang dia akan pergi Kelantan. Dia terlupa nak kemaskan beg pakaiannya.
"Abang!"
"Apa?"
"Aztak kemas baju lagi"
Harraz mencuit hidung mancung Az.
"Abang dah kemaskan"
"Aik, bila abang kemas?"
"Lepas Subuh tadi. Tulah borak dengan abang Ray sampai lewat malam. Lepas Subuh pun boleh tertidur balik" Harraz menjeling.
"Abang.."
Harraz menjongketkan keningnya.
"Abang..ada kemas ba-baju da—" Harraz menganggukkan kepala dan tersengih miang.
"Ada. Semua abang dah letak. Abang ingat pagi tadi warna me—"
Az menutup mulut Harraz. Membahang mukanya apabila Harraz bercakap tentang barang peribadinya. Harraz sedaya upaya melepaskan tangan Az.
"Warna merah ada, warna hi—"
"Ei diamlah!" Az membuat muka cemberut dan terus berjalan pergi ke bilik air. Harraz ketawa.
"Malulah tu"
"Shhh diam jelah!" Az menjerit kegeraman. Sabar jelah. Harraz terus berlari keluar dari biliknya diiringi sisa gelaknya.
Haih, sehari tak kacau memang tak sah.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.