Bab 40

736 16 1
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"MAK, abah!"

Harraz menggeleng kepalanya apabila Az berlari mendapatkan Tuan Arif dan Puan Suraya di luar pintu rumah. Tak padan dengan diri tu bawa budak dalam perut, boleh pula dia berlari. Nak kena honey ni!

"Honey jangan lari nanti jatuh!"

Az buat tidak endah dengan kata Harraz. Kesah apa? Janji dia dapat lepaskan rindu kepada keluarga tersayang.

Sikit lagi Az berlari mahu mendapatkan mak dan abahnya, terasa dirinya mahu terpeleot. Muka jangan dikata, pasti hodoh habis. Ya allah kalau aku terjatuh, selamatkanlah kandungan aku!

"Arh! A–abang"

Az memandang wajah Harraz yang tanpa sebarang cacat cela itu dibelakangnya. Tergagap dia apabila Harraz memandangnya tajam sambil tangan Harraz memegang pinggang Az. Mujur saja dia ikut belakang Az, kalau tidak terjatuhlah Az seperti nangka busuk. Tuan Arif dan Puan Suraya menonong laju pergi kehadapan Az dan Harraz.

"Adik, suami kamu dah kata jangan berlari kan? Degil betul dia ni! Piat telinga nak?" Puan Suraya berura-ura mahu memulas telinga Az yang berlapik dengan tudung.

"Tak naklah mak"

Az menepis tangan Puan Suraya. Terjengil mata Puan Suraya. Tuan Arif menggelengkan kepala. Macam-macamlah. Az kembali memandang wajah Harraz. Tangan Harraz yang masih berada dipinggang Az dipandang.

Gulp!

Terlihat rahang Harraz bergerak-gerak. Wajah tanpa senyuman. Mata yang mencerlung tajam. Mampuslah kau Az. Hadaplah suami tercinta kau tu. Siapa suruh lari jugakkan? Ha sekarang tadahlah telinga tu kena bebel.

"A–abang"

Harraz terus melepaskan tangannya yang berada dipinggang Az dan dia bercekak pinggang memandang Az tajam. Lemah lutut Az melihat wajah Harraz. Bukan saja Az yang lemah lutut, Tuan Arif dan Puan Suraya pun! Scary!

"Sabar Harraz sabar"

Tuan Arif menepuk belakang Harraz supaya bertenang. Harraz menarik nafas panjang. Mata masih lagi mencerun tajam pada Az.

"Mak, abah. Tengoklah anak mak abah ni. Harraz dah kata dah jangan lari tapi dia ni degil. Kalau ye pun rindu, tak payah nak berlari. Fikir sikitlah honey kandungan tu! Kalau saya tak ikut belakang awak tadi? Tak ke awak tu terjatuh lepastu gugur? Baru 1 bulan, dah gugur. Alasan sebab jatuh rindukan mak abah. Kecewalah saya dengan awak ni!"

Tersentak mereka apabila Harraz meninggikan suaranya. Panggilan mereka juga Harraz tukar daripada abang-honey jadi saya-awak. Harraz berjalan laju mendapatkan beg-beg baju mereka di bonet kereta. Az mula menapak perlahan kearah Harraz. Baru saja dia mahu menolong Harraz, Harraz menepis tangan Az. Terkedu Az disitu. Az memegang tangannya yang tadinya Harraz tepis.

"No need your help" Setelah mengeluarkan beg, Harraz terus membawa masuk kedalam rumah tanpa memikirkan keadaan Az yang mahu meraung, menangis. Az berjalan perlahan, wajahnya menunduk. Terasa dengan sikap Harraz. Air mata sudah meleleh keluar.

Puan Suraya mendapatkan anak perempuannya lalu memeluk anaknya erat. Puan Suraya menggosok belakang badan Az supaya berhenti menangis.

"Shhh janganlah macam ni. Harraz marah sebab risaukan adik. Tadi mak dengan abah dengar adik mengandung. Betul ke?"

Cit, sempat pulak tu tanya! Az menjatuhkan kepalanya. Tuan Arif dan Puan Suraya senyum lebar. Tak lama lagi, dapat cuculah aku!

"Tahniah! Mak dengan abah tak sabar nak gendong cucu"

Tuan Arif menyiku lengan isterinya. Puan Suraya memandang Tuan Arif yang berada disebelahnya.

"Memang lah tak sabar, tapi orang dekat dalam rumah tu tengah tunggu isteri yang kecil, cantik, molek ni pujuk. Pergi pujuk Harraz tu Az. Pujuk perlahan-lahan"

Az menepuk dahi. Lupa pulak suami tengah marahkan dia.

"Mak, abah Az masuk dululah. Doakan Az dapat pujuk Harraz. Misi memujuk suami yang kacak bermula!"

Az terus melangkah laju masuk kedalam rumah dan terus kebilik mereka berdua. Abang, Az nak pujuk ni, janganlah bermasam muka! Tuan Arif dan Puan Suraya tergelak melihat karenah Az. Dari dulu sampai sekarang, tiada beza.

 Dari dulu sampai sekarang, tiada beza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now