***
"ANIS, masuk bilik aku sekarang!"
Anis pantas masuk bilik Tuan Mudanya.
"Ye Tuan Muda Zafriel, ada apa saya boleh bantu?"
"Duduk" Dingin sahaja suara Zafriel ketika itu. Memang dengan pekerja, dia akan tegas.
"A–apa?"
"Duduk. Apa kau ni pekak ke?"
"Hei sampai hati Tuan Muda cakap macam tu. Saya tumbuk kang" Anis menunjuk penumbuknya.
"Tangan kecik macam ni nak tumbuk aku? Ha tumbuk la. Nak aku rogol kau ke?"
Anis memeluk tubuhnya.
"Ei Tuan Muda ni miang la. Ha kenapa panggil saya ni? Saya banyak kerja lagi tau nak kena buat. Tuan Muda lah ni bagi ban—"
"Then, be my wife"
Terkedu Anis dibuatnya. Anis mengambil botol air mineral di meja kerja Zafriel dan meneguknya. Entah kenapa, jantungnya laju apabila dia berada dekat dengan Zafriel.
"Amboi, main ambil je air mineral aku. Aku dah minum tau" Tersembur terus air yang Anis minum. Basah habis baju Zafriel.
"ANIS AFIQAH!!!" Bulat mata Anis apabila baju Zafriel sudah habis basah.
"Ha kenapa pulak dengan Tuan Muda kita tu?" Tanya pekerja disitu.
"Biasalah, Tuan Muda. Ada je benda tak kena dengan Anis. Kau pun tahu kan yang Tuan Muda tu sukakan Anis?"
"Macam mana kau tahu?"
"Aku dah lama kerja dekat sini, jadi aku tahu lah. Selama ni dia mana ada PA, tapi sejak Anis apply nak jadi pekerja dekat sini. Dia terus terima tanpa buat interview"
"Wah untunglah Anis, Tuan Muda dah lah handsome tapi tulah dingin"
"Kan! Tapi aku tahu, Anis boleh ubah Tuan Muda. Tuan Muda pernah cakap dia tak suka perempuan yang duk berkepit dengan dia. Tapi masalahnya, Anis boleh pulak"
"Hahaha betul tu. Tapi aku memang ship Tuan Muda dengan Anis"
"Woi korang tu sibuk membawang ke apa ha? Buat kerja cepat"
Tersentak 2 orang pekerja tadi. Mereka terus menyambung kerja yang tertangguh tadi.
Meanwhile—
"Alamak, ma–maafkan saya Tuan Muda. Siapa suruh buat saya terkejut. Padan muka, saya keluar dululah"
"Eh siapa suruh kau keluar? Duduk sekarang sebelum aku yang angkat kau duduk dekat kerusi ni"
Baju yang basah dia biarkan. Nanti keringlah tu.
"Hish! Apa benda Tuan Muda nak cakap?"
Anis duduk begitu juga Zafriel yang duduk ditempatnya.
"Malam nanti, aku nak ajak kau dinner dekat rumah mak abah aku. So, balik nanti kau tunggu aku. Kita gerak sekali. No excuse"
"Kenapa saya kena dinner dekat rumah Tuan Muda?"
"Ikut jela"
•°•°•
"TUAN Muda ni, masa bila pulak saya cakap saya nak kahwin dengan Tuan Muda?"
Anis berpeluk tubuh. Sebaik sahaja dinner, mereka mengambil keputusan untuk duduk diluar rumah sebentar.
"Kau suka aku?" Diam sahaja Anis. Anis menundukkan wajahnya.
"Aku suka kau" Terus Anis pandang muka Zafriel. Mata bertentang mata membuatkan jantung mereka berdetak laju.
"Kau tak suka aku?" Anis menundukkan wajahnya.
"Kalau macam tu, aku akan cakap dekat mak abah aku suruh batalkan saja perkahwinan kita. Orang tak sudi buat ap—"
"Senang-senang je Tuan Muda nak batalkan perkahwinan tu! Tuan Muda tahu tak yang Tuan Muda dah bagi mereka harapan suruh saya jadi menantu diorang. Apa perasaan diorang kalau mereka tahu kita ni tipu diorang?
Tuan Muda tahu tak saya dah lama sukak–tak! Saya cintakan Tuan Muda! Tuan Muda je yang tak pernah notice saya. Saya penatlah nak jadi orang gila depan Tuan Muda semata-mata nak tengok Tuan Muda Zafriel ni senyum!"
Terkebil-kebil mata Zafriel memandang Anis. Nafas Anis naik turun. Seperti sudah tersedar apa yang dia cakapkan tadi, dia menampar mulutnya berkali-kali.
"Tu–tuan Muda, sa–saya tipu je tu. Jangan ambil serius tau haha" Anis cuba buat-buat gelak. Zafriel pula sudah tersenyum lebar. Bersinar mata Anis melihat senyuman Zafriel. Bukan senang nak tengok bossnya senyum.
"Maknanya aku bukan bertepuk sebelah tangan je lah ni?" Zafriel menjongketkan keningnya.
"Maksud Tuan Muda?"
"Kau tahu, kau orang pertama aku ambil sebagai PA aku. Sejak hari pertama kau masuk, aku selalu tengok kau. Jantung aku selalu buat hal bila kau dengan aku.
Perangai kau macam budak-budak. Mencuit hati aku betul. Macam mana lah aku tak cintakan kau kalau kau selalu buat hati aku ni berbunga"
Membahang pipi Anis. Tak sangka pulak dia ni cinta dalam diam. Zafriel bangun lalu melutut didepan Anis.
"So sweetie, will you marry me?" Anis kaku apabila Zafriel mengeluarkan sekotak cincin berwarna merah.
Mata Anis mula berair. Dia menekup mulutnya. Anis mengangguk. Zafriel pulak sudah melompat-lompat. Gembira punya pasal.
"Yesss! I love you sayang!"
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...