Bab 33

716 16 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"ABANG..."

Meleret sahaja Az memanggil Harraz. Harraz disebelah memandang Az.

"Ye honey"

"Abang takde patient ke nak kena check?"

"Hari ni abang cuti la honey. Macam honey jugak, honey takde kelas"

Az menganggukkan kepala.

"Honey nak tengok wayang tak?"

Az menggelengkan kepala.

"Eh tak payah, membazir duit je la. Boleh je tengok dekat rumah. Beli cerita tu dekat astro, takde lah membazir"

Harraz mendengus.

"Ahh takde-ii. Abang belanja honey. Abang tahulah nak susun duit ikut gaji apa yang abang dapat. Now, ikut abang okay!"

Harraz meninggalkan Az. Az pula menggaru kepalanya yang yang berbalut tudung.

"Aik, aku salah cakap ke?"

Az terus mengejar suaminya yang sudah berada di kedai baju.

"Abang"

Harraz hanya buat tak tahu. Biarkan dia, orang belanja tak nak! Suka sangat menolak. Nasiblah masa kahwin dia tak menolak. Kalau tak, naya aku nak pujuk ibu dan ayah.

"Okay-ii Az minta maaf. Jom kita pergi tengok wayang. Abang belanjakan?"

Az menggoyangkan lengan Harraz perlahan. Harraz menyembunyikan senyuman. Comel, dah lah pendek lepastu buat macam tu pulak! Aku ngomol kang.

"Yelah-yelah sebelum tu abang nak cari baju kemeja"

Az hanya mengangguk dan mengkuti langkah suaminya yang telah berjalan mencari baju kemeja di kedai tersebut.

Sedang Harraz memilih baju kemeja, Az yang berada di belakang membelek juga baju-baju yang tergantung. Apabila Az memusingkan badannya, ada seorang perempuan seperti tergesa-gesa melanggar Az menyebabkan barang-barang perempuan itu jatuh.

"Ya Allah! Sorry cik. Saya tak perasan"

Kaki perempuan itu bagai digam, terkejut. Barang-barang yang jatuh tadi hanya dibiarkan dan Az yang tolong mengangkatnya. Harraz yang seperti mendengar dek jeritan Az terus berpaling. Harraz terus pergi ke arah Az. Dia masih tidak nampak perempuan itu.

Kekasih Syurga Where stories live. Discover now