Bab 7

1K 32 0
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"AZ, tu Harraz dah tunggu dekat bawah. Cepat sikit, kesian dia" Zafira mengetuk bilik adiknya.

"Ye aku dah siap dah ni" Az keluar dari biliknya dan terus mendapatkan Harraz di ruang tamu.

"Saya pinjam anak pakcik dengan makcik ye untuk harini. Saya akan jaga dia harini baik-baik. Sebelum Maghrib kami pulang ye"

"Yelah, jaga dia elok-elok. Ada apa-apa telefon abah terus. Beli barang yang sesuai untuk kamu dan Az ye"

Harraz menganggukkan kepala dan terus bersalam dengan Tuan Arif setelah Harraz dan Az meminta untuk pergi ke pusat membeli- belah.

•°•°•

AZ hanya mengikut langkah Harraz yang berada di hadapannya. Sesekali Harraz memandang belakang untuk memastikan Az ada dibelakangnya. Harraz berhenti berjalan.

"Awak, jalanlah sebelah saya ni. Saya risau lah awak hilang tiba-tiba. Apa yang saya nak jawab dekat mak dan abah nanti?"

Harraz berkata dengan nada yang risau. Az menundukkan wajahnya.

"Bukan saya tak nak jalan sebelah awak tapi apa pula orang cakap nanti. Saya tak pernah keluar dengan lelaki sebelum ni . Apa kata orang lain nanti"

Az berkata sambil menundukkan wajahnya. Takut dengan renungan Harraz. Mahu gugur jantungnya.

"Yelah. Jom ikut saya. Pastikan awak ikut belakang saya"

Az menganggukkan kepalanya. Az mula mengikuti Harraz yang hendak membawanya ke suatu kedai.

Az mengerutkan dahinya sampaikan keningnya hampir saja bercantum. Kedai cincin?

•°•°•

"AWAK pilihlah yang mana sesuai untuk awak"

"Kenapa saya pula? Saya tak nak beli cincin"

Perempuan yang bekerja di kedai cincin itu turut tersenyum melihat mereka berdua.

"Sebab saya yang nak awak pakai cincin ni nanti"

"Tapi kenapa saya? Kenapa bukan orang lain. Awak nak bagi girlfriend awak ke cincin ni? Kenapa nak ikut saiz jari saya pula?"

Banyak soalan yang diajukan oleh Az. Harraz mengeluh dan bertanya pada seorang perempuan yang bekerja di kedai itu.

"Kalau orang datang sini dengan lelaki dan perempuan, mereka buat apa ye dekat sini?"

"Beli cincin" Jawab perempuan itu sambil tersenyum.

"Cincin apa ye cik adik manis?" Tanya Harraz lagi. Az hanya berdiam diri sambil memandang mereka berdua.

"Selalunya orang yang pergi ke sini untuk membeli cincin pada hari ii yang bahagia" Balas perempuan itu lagi.

"Ha awak dah dengar? Saya suruh awak pilih saiz cincin untuk majlis kita nanti"

Tumpuan Harraz kembali kearah Az. Az terkedu. Majlis kita?

"Jadi, pilihlah. Ha cik, saya nak cincin couple ye. Baru lah sweet dengan bakal isteri saya"

Perempuan itu mengeluarkan pelbagai jenis cincin. Ada cincin permata di tengah-tengah, ada yang kosong tetapi ada satu cincin yang menarik minat Harraz.

"Cik, bagi saya cincin rotan tu. Cantik"

Harraz memakai cincinnya diikuti Az. Az membelek cincin yang dipilih Harraz. Cantik, muat pada saiz jarinya sama juga Harraz.

"Macam mana? Muat tak?"

Az menganggukkan kepalanya. Mulutnya bagaikan ditutup rapat. Masih terkejut dengan apa yang Harraz cakap. Ye, majlis kita

"Okay cik, saya ambil cincin ni"

"Okay cik, saya ambil cincin ni"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kekasih Syurga Where stories live. Discover now