Bab 29

714 16 1
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

"KITA nak pergi mana ni?"

"Pergi makan kejap. Tadi abang tak sempat nak sarapan" Az mengangguk.

"Kaki tu sakit lagi ke?"

Tanya Harraz seraya memandang kaki Az. Az membelek kakinya.

"Sikit je. Tak payah risaulah"

"Macam mana abang tak risau kalau love macam ni. Suka sangat agaknya tengok orang risau"

Az menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan Harraz ni.

"Abang"

"Hm"

"Kenapa abang panggil Az honey la, sayang la, love lah. Pelik lah abang ni"

Harraz ketawa kecil.

"Segala panggilan yang sweet abang bagi untuk cinta"

"Cinta pulak dah.."

"Hahahaha"

•°•°•

"HONEY nak makan apa?"

"Ikut je abang nak makan apa"

"Sure?"

Az mengangguk.

"Kalau macam tu bagi nasi goreng ayam 2, milo ais dan sirap ais itu je" Pelayan itu menulis di buku kecik dan terus berlalu pergi.

Untuk menghilangkan rasa bosan, Az mengeluarkan telefonnya. Tiba ii telefon Harraz berbunyi.

"Honey tunggu kejap dekat sini sampai makanan sampai. Nanti abang datang. Nak jawab call"

Az mengangguk dan Harraz terus berlalu pergi untuk mengangkat panggilan.

Setelah 20 minit berlalu, Harraz tidak muncul juga. Makanan sudah siap dihidang dimeja, tunggu untuk makan saja. Az melihat sekeliling dan tertancap pada satu tubuh yang dia amat kenali.

"Lamanya jawab call"

"Nak pergi panggil ke tak nak eh? Nanti makanan ni sejuk tak sedap pulak"

Az yang baru hendak bangun dari situ terduduk kembali apabila Harraz ada dibelakangnya.

"Astaghfirullahalazim terkejut Az"

Harraz menjongketkan kening lalu duduk ditempatnya semula.

"Nak pergi mana?" Dingin sahaja suara Harraz. Az menelan air liur. Tadi okay sekarang pufffff.

"Nak pa-panggil abang"

"Kan abang dah kata suruh tunggu je, tak faham bahasa? Dah makan makanan tu lepastu kita balik"

•°•°•

SEPANJANG didalam kereta, Az tidak senang duduk. Perutnya yang dari tadi sakit, ditahan.

"Aduh ni mesti makan nasi goreng ayam tadi. Tak sangka pulak pedas" Bisik Az perlahan.

"Macam cacing kepanasan je ni, okay tak ni?"

Terus duduk diam Az. Az mengangguk dan sengih kekok. Az mengambil nafas panjang lalu menghela. Tahan sakit tu Az tahan!

Sampai saja dirumah Harraz, Az terus duduk disofa. Nak naik bilik tapi tak tahu mana bilik dia dan Harraz. Az memegang perutnya. Sungguh dia rasakan didalam perutnya, ia seakan mencucuk-cucuk.

Harraz yang baru masuk kerumah terus pergi kearah Az yang sedang memegang perutnya.

"Hey, are you okay?"

"Ye-yes I'm fine" Az buat-buat senyum.

"Tipu, tu ha terbongkok-bongkok masa jalan tadi. Sakit perut ke? Pergilah membuang"

Az menggeleng.

"Kenapa? Sakit perut kan?"

"Az tak boleh makan makanan pedas, nanti sakit perut. Ni dalam perut tengah mencucuk-cucuk lah ni"

Sebaik mendengar apa yang Az kata, Harraz terus mencempung badan Az lalu naik ke biliknya. Sampai sahaja dibilik, Harraz terus meletakkan Az diatas katil.

"Tunggu kejap. Jangan lari" Harraz terus berlari keluar. Harraz masuk kebiliknya semula dengan membawa botol ubat minyak.

"Eh abang nak buat apa dengan botol tu"

"Nak letak ubat dekat perut honey lah. Nanti hilanglah sakit tu" Harraz terus duduk di katil.

"Baring"

"Takpe, meh sini ubat tu. Az boleh letakkan sendiri"

Baru sahaja Az mahu mengambil ubat minyak ditangan Harraz, Harraz terus menyorokkan dibelakang badannya.

"Baring je honey" Nak tak nak, terpaksa lah dia mengalah.

Harraz menyelak baju Az dan meletakkan ubat minyak di perut Az. Az pula terpaksalah menebalkan mukanya. Malu.

Harraz mengurut perlahan diperut Az. Az pula memejamkan mata. Sakit yang dialaminya perlahan-lahan beransur pulih. Harraz melihat Az yang sudah tertidur itu lalu menghela nafas berat.

Dia menutup ubat minyak tadi lalu terus berbaring disebelah Az dan memeluknya. Baju yang terselak tadi diturunkan kembali. Perlahan-lahan mata Harraz tertutup.

 Perlahan-lahan mata Harraz tertutup

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang