***
"A–ABANG, Az sebenarnya em aaaa"
Teragak-agak Az untuk memberitahu perkara sebenar. Takut suaminya itu marah. Tapi belum cuba belum tahu kan? Aaaaaaaaa takut.
"Sebenarnya apa?"
Harraz yang berada ditalian mengerutkan dahinya. Seperti takut untuk bercakap sedangkan selama ini okay saja. Pelik.
"Abang jangan marah tau. Az sebenarnya—"
Harraz yang seperti tahu maknanya terus memarahi Az.
"Honey tertinggal bas ke?" Az tersentak. Alamak! Harraz dapat tahu pula. Az hanya diam.
"Jawab honey. Honey tertinggal bas ke atau buat-buat lupa?!"
"Az tertinggal bas. Az tertidur tadi. Maafkan Az"
Rasa seperti mata kabur. Az terus memejamkan matanya. Air mata turun menitik.
"Tak payah cakap apa-apa lagi. Alasan semua tu. Now, abang nak honey bersiap, kemas barang dan duduk rumah abang buat sementara waktu! Abang on the way nak pergi rumah honey. No excuse, honey" Kata Harraz dengan suara yang dingin.
Tut!
Talian dimatikan oleh Harraz. Az mengesat air matanya dan mengelap hingusnya yang meleleh keluar. Macam mana nak berhadapan dengan Harraz nanti? Pasti dia akan dimarahi lagi teruk. Az kenapalah kau cepat sangat menangis sekarang ni?
•°•°•
AZ menarik bagasinya turun kebawah sambil itu dia menyangkut beg tangannya dibahu. Rileks Az rileks! Tak payah takut. Kau terangkan semuanya dan pasti dia takkan marah, kan? Ahh tak mungkin. Kau ni menghampakan dia betullah.
Sampai di depan pintu rumah, Az bergegas pergi ke kereta Harraz tapi sebelum tu dia mengunci pintu rumahnya. Nanti ada penyamun masuk, baru tahu! Dah lah Arissa takde dekat rumah. Az tahu Arissa tiada dirumah sebab Arissa mesej Az yang dia berada dirumah ibu bapanya, ketika itu dia membuka mesej Arissa apabila dia berada diruang tamu. Nak suruh Arissa hantar sampai stesen bas, memang taklah! Nak naik kenderaan awam, em jauh betul tempat menunggu bas dan teksi.
Az menuju kearah Harraz yang sedang berpeluk tubuh dan menyandarkan badannya di pintu kereta. Mukanya tampak tegang! Abang, janganlah tegang sangat muka tu nanti kulit muka terputus pula. Harraz hanya memerhati Az yang sedang berjalan kearahnya. Az melihat muka Harraz.
Gulp! Muka macam nak telan aku je.
Sampai sahaja dia didepan Harraz, Harraz terus menyambar bagasi Az dan diletakkan di bonet kereta. Sebelum itu, sempat dia katakan kepada Az;
"Masuk kereta" Suara dingin sahaja. Az hanya akur lalu duduk di tempat penumpang.
Harraz masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin dan kereta bergerak diatas jalan raya. Suasana hanya sunyi, tiada suara orang memekik iaitu radio. Kekok pula rasanya.
Kereta berhenti kerana lampu merah. Harraz memandang tajam kearah Az. Az melarikan pandangannya dan menunduk bermain jari.
"Macam mana boleh tertinggal bas?" Suara yang lembut tetapi dapat rasakan aura dinginnya. Az hanya diam. Takut!
"Abang cakap dengan tunggul ke? Abang tanya, macam mana boleh tertinggal bas?!"
Terasa mata Az membahang. Az segera mengambil nafas panjang. Kau boleh Az kau boleh! Jangan menangis depan dia.
"Sebenarnya, lepas Az masuk je rumah. Az rasa penat jadi Az tidurlah. Ingatkan Az tidur sekejap je tapi dah terlambat. Az tak sengaja. Maafkan Az"
Harraz yang sememangnya bengang terus menghamburkan amarahnya. Meleleh juga air mata Az. Eh lampu merah ni, lama betul!
"Telefon canggih takkan nak set jam pun tak boleh? Baik tak payah pakai telefon kalau tak tahu kegunaan jam. Honey ni sengaja kan nak buat abang marah. Tak sampai sehari abang tinggalkan honey sorang, dah buat perangai! Elok lah tu buat suami dia macam ni?!"
"Honey tahu tak abang penat nak ulang-alik ambil Az sekarang ni yang buat masalah. Menyusahkan betul lah! Abang penat tau tadi. Abang tunggu queue nak beli tiket, abang beli tiket bas tu abang punya duit tau. Abang belanja tapi honey buat apa? Honey sia-siakan je tiket tu. Tiket tu dah lah mahal lepastu tak guna. How dare you?! I'm so angry with you"
Makin deras air maa Az jatuh. Az menekup mukanya. Pasti hodoh mukanya ketika itu. Harraz menenangkan hatinya. Lampu merah sudah bertukar menjadi lampu hijau dan kereta bergerak menuju jalan ke rumah Harraz. Harraz menyambung lagi ayatnya, tak habis lagi!
"Sekarang macam mana honey nak balik Terengganu? Takkan abang nak hantar? Abang banyak kerja dekat hospital tu. Tiket bas pun itu yang terakhir dari KL ke Terengganu. So, honey tak boleh nak buat apa dah. Honey tak boleh balik Terengganu. Muktamad!"
Harraz mengerling sekilas wajah Az. Az yang menekup mukanya menggunakan tangannya.
"Abang marah sikit, dah nangis macam budak kecik. Ni lah perempuan, dia yang salah, bila kita marah dia pulak yang menangis! Lembik! Lemah! Cubalah jadi kuat sikit! Hish!"
Lagilah air mata Az mengalir deras. Sungguh dia terasa dengan ayat Harraz. Sejak kebelakangan ni, dia cepat terasa dan cepat menangis walaupun Harraz memarahinya disebabkan hal kecil saja. Cit, abang jagalah sikit hati Az ni! Abang jahat! Takmau kawan! Shhh! Huwaaaaa!
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...