Bab 22

821 25 7
                                    

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

"HONEY tambahkan nasi goreng untuk abang"

Harraz menyuakan pinggannya kepada Az lalu Az menyedok nasi goreng untuk Harraz.

"Nak lagi?"

"Cukup"

Mereka kembali makan. Senyap. Hanya bunyi sudu yang berlanggar di pinggan.

Tok! Tok! Tok!

Tersentak mereka semua yang sedang makan itu. Hampir tercekik Az dibuatnya. Mujur Harraz sempat memberikan air kepada Az.

"Ya Allah siapa pulak yang datang pagi-pagi ni! Ketuk pintu macam gergasi ketuk. Bergegar rumah"

"Tu lah mak. Tercekik kita semua yang tengah makan ni" Kata Zafriel pula.

Tok! Tok! Tok!

"Haih kejap mak tengok siapa gerangan hamba Allah yang kacau kita sarapan ni"

"Eh takpelah mak. Biar adik yang tengokkan siapa yang ketuk pintu"

Az bangun dan mengambil tudung yang terletak di sofa dan terus menuju ke pintu. Buka sahaja pintu, Az disapa oleh seorang lelaki.

"Assalamualaikum"

"Waalaiku-abang Ray!" Teruja Az didepan pintu rumahnya itu. Ray tersengih melihat adik saudaranya itu.

Harraz yang mendengar Az separuh menjerit itu terus bangun dan pergi ke Az.

"Abang Ray bila sam-"

"Kau ni siapa?"

Tidak sempat untuk Az bertanya, Harraz sudah memotong. Harraz memandang tajam kepada Ray.

Terbit rasa ingin kacau Harraz didepannya itu. Ray senyum sinis.

"Aku scandal dia. Kau?"

Bulat mata Az apabila Ray mengatakan itu. Terketar-ketar Az apabila melihat wajah tegang Harraz.

"Aku suami dia. Kau tak tahu ke dia ni dah berkahwin tapi masih ka--"

"Eh Ray bila sampai ni?"

Mujur Tuan Arif datang tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin pergaduhan berlaku.

"Baru je sampai" Ray senyum kepada Tuan Arif.

"La ye ke? Mari sini masuk. Az pun bukan nak ajak masuk abang saudara kesayangan dia ni pun"

Tuan Arif menjeling Az. Az mencebik. Harraz yang mendengar Tuan Arif mengatakan Ray adalah abang saudara Az membuatkan dia terkejut.

"Harraz, kenalkan ini Ray. Abang saudara Az"

Harraz terpaksa menebalkan mukanya. Malu apabila dia tuduh Ray.

"Hai, aku Ray aka scandal Az"

"Ish apa abang ni!"

Ray ketawa. Seronok apabila dia dapat kenakan Harraz.

"Alah bro, Az dah berkahwin dengan kau dah pun. Takkan lah dia nak ada scandal belakang kau. Aku ni hanya abang saudara dia je. Tak lebih dari tu. Tak payah nak buruk sangka dengan aku"

Ray menepuk bahu Harraz perlahan.

"Ha dah-dah. Jom Ray kita sarapan sama-sama. Nasib baik nasi goreng banyak lagi" Kata Puan Suraya didapur.

"Uish abang Ray datang ke?"

Tanya Zafira. Zafriel menganggukkan kepala. Kacau orang nak makan saja!

"Yeay bolehlah kita pokaikan duit abang Ray. Baru pulang dari Jepun la katakan"

"Banyaklah kau Zafira. Habis duit aku"

Ray menjeling Zafira. Zafira menjelirkan lidahnya. Apa? Betullah, Ray kaya pakej muka pun hensem.

"Sekali sekala belanja kitorang. Apa salahnya kan?"

"Ha betul-betul"

"Dah-dah sambung makan. Ray, ambil la nasi tu. Buat macam rumah sendiri"

"Aip aip captain"

"Aip aip captain"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang