***
"ISTERI you buat hal lagi ke?"
Natalea menyoal Harraz yang sedang berbaring diatas ribanya. Natalea bermain rambut Harraz, Harraz terbuai dengan sentuhan Natalea.
"Yes"
"Huh you ceraikan jelah isteri you tu. Buat masalah je. Tulah, I suruh you kahwin dengan I, you tak nak. You kata nak tunggu I tapi I dapat cerita you kahwin dengan perempuan simpanan you. How dare you?!"
"Stop it, Natalea. I tengah stress ni tau. You tak membantu langsung nak hilangkan stress ni"
Harraz memicit kepalanya apabila terasa otaknya sesak. Tak pernah pula dia rasa otaknya sesakit ini. Ditambah pula Natalea yang asyik membebel.
Natalea mendengus. Apa bagus sangat perempuan tu?!
"Okay, I bagi cadangan you ceraikan dia. You tak payah nak fikir apa dah. You boleh datang dekat I dan kahwin dengan I"
"Huh tunggulah anak kita lahir baru I ceraikan dia. Nanti kita sama-sama jaga anak yang isteri I akan lahirkan dan I ceraikan dia, okay? Sekarang, I hanya fokus dekat bayi yang ada dalam perut perempuan tu"
Natalea yang mendengus tadi mula tersenyum lebar. Tak lama lagi, anak aku akan lahir dan aku akan bahagia dengan Harraz.
"Betul jugak. Memandangkan I tak boleh mengandung, kita ambil anak dia dan jaga sama-sama"
Natalea sememangnya tidak boleh mengandung atau boleh dikatakan mandul pada usia yang muda.
"You, I penat"
Natalea yang bermain dengan rambut Harraz, tangannya mula turun ke dada bidang Harraz lalu satu persatu baju kemeja Harraz dibuka. Harraz hanya membiarkan seperti sudah biasa dengan perkara itu.
"I puaskan you, okay?"
***
AKU bangun dari tidurkan selepas sahaja azan Subuh berkumandang. Aku memandang tempat tidur disebelah aku, kosong. Aku mengeluh. Abang pergi mana? Baru saja aku nak bangun dari tempat tidur, Harraz membuka pintu bilik. Mata aku mula membesar.
"Eh abang"
Harraz membiarkan aku dan terus masuk kedalam bilik air. Aku memandang tubuh itu dengan perasaan yang rindu. Sejujurnya, aku mahukan pelukan dari dia. Aku mengidam pelukan hangatnya.
"Sayang, papa mood tak okay. Lain kali ye?"
Aku mengusap perut aku. Aku duduk di kerusi meja solek sambil menunggu Harraz keluar dari bilik air.
Klek!
Pintu dibuka oleh Harraz. Harraz hanya memakai bathrobe yang berada di dalam bilik air. Aku mula menelan air liur. Apahal nampak hot sangat ni?!
Harraz pergi ke almari baju lalu mencari baju yang sesuai. Tanpa memandang Az, Harraz berkata;
"Honey pergilah ambil wuduk. Tak solat lagi, kan? Jom kita solat sama-sama"
Aku terkelu. Sudah lama agaknya kami tidak solat berjemaah disebabkan Harraz yang selalu on-call di hospital.
Aku menganggukkan kepala dengan laju. Peluang yang ada jangan sia-siakan heee. Aku mula melangkah masuk kedalam bilik air. Aku pergi ke singki untuk membasuh muka aku yang kelihatan sembab. Selesai membasuh muka, aku mengambil berus gigi yang tersusun dirak kecil yang didalam bilik air itu.
Aku mengambil berus gigi lalu ada benda kecil yang terjatuh. Aku ambil pendrive itu lalu melihat dengan perasaan yang ingin tahu apa yang berada didalam itu. Aku mengambil keputusan untuk menyimpan pendrive aku didalam poket. Pagi nanti bolehlah tengok lepas Harraz pergi hospital.
"Honey lama lagi ke?"
Aku tersentak apabila Harraz mengetuk pintu bilik air. Cepat-cepat aku ambil wuduk dan keluar dari bilik air dengan perasaan yang gembira. Sudah lama dia tak imamkan aku, sudah lama aku tak jadi makmumnya.
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...