***
HARI Az seperti biasa, setiap malam Harraz akan menelefon Az. Dan harini masuklah hari hujung minggu dimana Harraz akan membawa Az balik kerumahnya.
"Honey dah siap?"
"Wait for me and give me 5 minutes to dressing up"
"Okay, don't be late"
Az cepat-cepat memakai tudungnya yang baru lepas digosok.
"Beb kau nak pergi mana ni?" Tanya Arissa apabila melihat Az tergopoh-gapah memakai tudung.
"Aku terlupa nak bagitahu kau yang setiap hujung minggu aku balik rumah Harraz"
"So, kau balik sendiri ke ni? Nak aku tolong hantarkan?"
Az menggeleng.
"Tak payah, Harraz dah tunggu aku dekat luar. Lagipun kalau aku suruh kau hantarkan, manalah aku tahu rumah dia. Yang aku tahu rumah dia dekat dengan kampus. Eh aku dah lambat ni"
Az terus keluar dari biliknya dan pantas menuruni tangga rumahnya.
"Azalea hati-hati turun tangga tu! Nanti ja—"
Puk!
•°•°•
"AKU dah kata turun tangga hati-hati" Arissa menjentik dahi Az. Harraz yang sedang membelek kaki Az menayang riak risau.
"Sakitlah!"
"Honey kita kena pergi klinik ni"
Az menggeleng. Arissa yang geram dengan Az menjentik dahi Az buat kali kedua.
"Kau ni! Pergi jelah. Kaki tu dah bengkak tapi tak nak pergi klinik. Ei nasib ada husband kau dekat sini"
"Betul cakap Arissa tu, kaki honey ni bengkak kalau tak dirawat nanti jadi lebam. Abang tak boleh nak letak ubat, takut jadi makin teruk"
Az melihat Harraz. Muka Harraz kelihatan risau. Az mengeluh. Bukan dia tak nak pergi ke klinik, tapi dia banyak susahkan Harraz.
"Yelah jom pergi klinik. Maaf susahkan abang lagi"
"Takpe, tapi kenapa honey boleh jatuh tangga?"
"Dia jatuh tangga nak cepat sangat tadi sebab buat kau tertunggu-tunggu. Kalau ye pun, janganlah berlari. Ha sekarang ni padan muka"
Arissa menjeling Az. Az menundukkan wajahnya apabila Harraz ketawakan dia.
"Apalah honey ni abang okay jelah tunggu honey. Takkan lah abang nak gerak balik pula"
"Err–kata nak bawak Az pergi klinik. Ha jomlah. Nanti klinik tutup pulak"
Terhambur gelak Harraz dan Arissa sekali lagi.
"Honey, klinik baru je bukak takkan nak tutup pulak"
"Otak kau makin biul ni Az hahaha!"
Malu. Itulah yang dirasakan oleh Az. Az cepat-cepat bangun tetapi terduduk semula apabila kakinya berdenyut sakit. Az mengaduh kesakitan. Buku lalinya seperti terseliuh.
"Aduh"
"Eh eh okay tak ni? Jomlah kita pergi klinik. Arissa, kami pergi dulu. Jaga rumah nanti aku hantar Az balik"
"Tak payah hantar pun takpe. Bawak je balik" Az memandang tajam kearah Arissa yang ketawakan dirinya.
"Aah kan"
"Haish!"
"Okay-ii jom kita pergi klinik"
Az cuba bangun dengan memegang sofa tapi tak lama kemudian dia merasakan kakinya tidak berpijak di lantai. Az terjerit kecil.
"Abang, turunkan Az!"
"Kaki honey sakitkan? Abang angkatlah honey"
"Tapi Az beratlah. Turunkan Az!"
Az meronta-ronta hendak turun. Harraz pula memandang tajam sambil tangannya memegang erat badan Az.
"Shut up or I'll rape you here. You want it?"
Terdiam Az dari meronta. Arissa yang berada di muka pintu tersenyum lebar.
"No.." Perlahan sahaja suara Az. Harraz pula menyembunyikan senyumannya. Saja mahu takutkan isterinya.
"Okay then, duduk diam-diam. Susah abang nak angkat honey. Nanti kita terjatuh, dua-dua ada dekat hospital tau. Duduk diam-diam"
Az mengangguk seraya menundukkan wajahnya. Harraz yang sedang mengangkat Az dengan cara bridal style, berjalan keluar dari rumah.
"Arissa tolong bukakan pintu ni"
Arissa berlari keluar dan membukakan pintu kereta. Harraz meletakkan Az dan terus pergi ke tempat pemandu. Az membuka cermin tingkap kereta.
"Sweet lah korang ni. Nanti aku nak cari suami macam tu jugaklah" Az memukul lengan Arissa.
"Banyaklah kau. Dah, jaga rumah elok-elok. Jangan bawak lelaki datang rumah pulak"
"Ish aku tahu lah. Dosa tau bawak lelaki masuk rumah"
"Tau pun. Dah-dah kami gerak dulu. Bye"
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Roman d'amour[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...