Bab 49

732 14 5
                                        

***

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

***

"HONEY kenapa ni? Ada benda tak kena?

Harraz menyoal aku apabila aku seolah-olah malas melayannya. Puan Ayu sudah pergi kerumah mak abah aku.

"Abang sayangkan Az?"

Harraz yang sedang makan nasi goreng menoleh kearah aku yang sdang menuang air teh dicawan. Aku kekalkan riak biasa.

"Ehem, berapa kali abang nak cakap? Mestilah abang sa-"

"Abang cintakan Az?"

Sudah aku tahu raut wajahnya. Kelat. Harraz berhenti makan lalu memandang aku juga. Aku meneruskan suapan. Hati aku terlalu sakit apabila Harraz ada perempuan lain dibelakang aku.

Harraz hanya diam dan memandang kearah aku. Aku juga memandang kearah Harraz. Aku berkata lagi apabila Harraz berdiam diri.

"Takpe, Az dah tahu. Abang tak suka Az, abang tak sayang Az dan-"

"Dan abang tak cintakan Az. Az tahu semua tu"

Harraz mula memandang aku tajam. Air mata yang sudah mula bertakung aku biarkan. Hilang selera aku nak makan.

"Honey ni kenapa? Suka hati je nak cakap macam tu. Honey kalau tak tahu apa-apa, diam. Tak payah nak buat andaian sendiri. Dah, abang nak keluar"

Baru saja Harraz mahu bangun dari meja makan, cepat-cepat aku berkata dan itu membuatkan Harraz memberhentikan langkahnya dari terus keluar rumah.

"Abang nak pergi jumpa Natalea ke? Abang nak tinggalkan Az yang tengah mengandung ni? Sanggup abang buat Az macam ni"

Harraz diam. Sungguh dia terkejut apabila isterinya dapat mengetahui hubungannya dan Natalea. Patutlah tanya aku yang aku cintakan dia atau tak. Maaf Az, hati aku hanya untuk perempuan bernama Natalea, bukan Azalea.

"Abang keluar dulu. Jaga rumah"

Harraz terus keluar rumah tanpa mempedulikan aku yang sudah menangis teresak-esak. Sampai hati abang buat Az macam ni. Mana lelaki yang selalu buat Az blushing?

•°•°•

AKU mematikan enjin kereta apabila sudah sampai didepan rumah Natalea. Harini, aku akan luahkan apa yang berlaku sebab tu aku datang kesini dan aku tak bagitahu Natalea yang aku nak datang. Sebenarnya, aku cukup geram dengan Azalea. Aku tengah pening, dia buat hal. Macam mana aku nak cintakan dia bila perangai selalu menyusahkan orang?

Aku keluar dari perut kereta dan menuju di depan pintu Natalea. Mata aku dihalakan kearah kasut yang ada dirak kasut. Aku mengerutkan dahi. Kasut ni macam kasut lelaki, tapi takkanlah Natalea nak pakai kasut besar macam ni? Aku mula tidak sedap hati. Perlahan-lahan aku membuka pintu rumah Natalea. Kedengaran suara Natalea bersama seorang lelaki sedang bergelak tawa. Jantung aku mengepam laju. Tak, tak mungkin Natalea berlaku curang dibelakang aku. Akibat mahu tahu apa yang berlaku, aku terus menerjah mereka dengan membuka pintu secara mengejut.

Alangkah terkejutnya bila buka saja pintu, keadaan Natalea sedang duduk diriba seorang lelaki. Lelaki itu pula mengambil kesempatan untuk meraba Natalea. Mata aku membuntang, lidah kelu, tubuh aku kaku apabila mekihat Natalea bersama lelaki lain. Natalea dan lelaki itu sama-sama terkejut dan terus berdiri. Natalea membetulkan pakaiannya dan lelaki itu hanya berlagak tenang. Aku menggengam penumbuk.

"Siapa lelaki ni Natalea?!"

Amarahku cuba dikawal tetapi aku cukup marah apabila Natalea dengan lelaki lain. Natalea hanya senyap manakala lelaki itu memandang aku atas bawah. Aku memandang lelaki itu dengan pandangan tajam namun dia membalas dengan senyum sinis.

"Siapa lelaki ni Natalea? Kau curang belakang aku?! Kau tahu tak aku rasa ditipu bila aku tengok kau dengan lelaki lain. Aku sorang tak cukup ke?!"

Natalea senyum sinis lalu berpeluk tubuh.

"Kenapa you datang rumah I? You tak ada rumah sendiri ke?"

"The hell what are you saying?"

"I tanya you tak ada rumah ke? Tak ada isteri tolong jagakan you? You asyik datang rumah I sampaikan I naik bosan bila muka you je. You tak tahu ke sebenarnya I dah lama curang belakang you? Huh lelaki bodoh!"

Muka aku pastinya merah. Sejak bila kau melawan cakap aku eh Natalea?!

"Aku datang rumah kau sebab kau tu girlfriend aku. Aku layan kau macam kau princess aku. Aku buat apa yang kau nak tapi yang ni kau balas dekat aku. Perempuan jenis apa kau ni?!"

"Eh pergi matilah. I tak ada boyfriend macam you. You lelaki paling jahanam I pernah jumpa. Pergi mampuslah. You ni lelaki jenis apa hah yang tak hargai perempuan yang selalu ada dengan you? You tak hargai isteri you. I benci lelaki macam you!"

Pang!

Meluap-luap kemarahan aku pada Natalea. Sanggup dia kata aku macam tu?! Perempuan yang dekat rumah tu hanya menyemak dalam hidup aku. Kau penyebabnya Natalea lari dari aku!

"Wow you tampar I? Eh lelaki, you dengar sini eh. You lelaki paling tak guna I pernah jumpa. You sanggup keluar dengan I sebab you benci isteri you, you buat benda tu dengan I sebab you terasa jijik bila you sentuh perempuan tu. You permainkan hati dia. You berlakon depan dia yang you cintakan dia tapi dibelakang you dengan I. Sekarang, I putud dengan you. Jangan pernah datang dalam hidup I. I taknak rumah tangga you rosak sebab I. I harap you jangan permainkan hati dia lagi dan slowly cuba cintakan dia. Sekarang you berambus dari rumah I, berambus!"

Natalea menolak aku sehingga aku keluar dari kawasan rumahnya. Tolakannya membuatkan aku tidak dapat seimbangkan diri lalu terjatuh terjelompok dijalan tar. Tanpa ada rasa kasihan, Natalea terus mengunci pintu gate dan menghempaskan pintu rumahnya. Aku pula seperti orang gila, menjerit tak tentu arah. Siku aku mengeluarkan cecair merah. Perasaan marah aku masih belum reda. Disebabkan perempuan sial tu, Natalea mintak putus dengan aku! Kau tunggu perempuan, kau tunggu. Aku tau apa yang aku nak buat bila aku balik kerumah!

[nak habiskan story ni cepat-cepat dan untuk story diari kakak, mira akan hiatus lama sikit disebabkan sakit buatkan mira malas nak bermain fon]

Kekasih Syurga Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang