***
"MAK abah.."
Mahu menangis Az apabila dia perlu meninggalkan mak abahnya. Walaupun dia selalu balik untuk cuti sem, rindu terhadap mak abahnya setinggi gunung kalau dia balik untuk sambung belajar.
"Sayang, jaga diri ye dekat Kelantan. Dengar cakap suami. Jangan derhaka. Ingat, syurga di bawah tapak kaki suami"
Puan Suraya mengusap kepala Az.
"Kau ni drama lah dik, pergi Kelantan je pun" Az menjeling Zafira.
"Eleh nanti kau rindu jugak aku ni. Nanti lepas aku pergi Kelantan, aku terus balik KL"
"La ye ke?!" Terkejut mereka semua apabila Zafriel separuh menjerit. Az menganggukkan kepala.
"So, lama lah kau tak balik sini?"
"Macam tu lah"
Harraz berdehem.
"Dah siap?" Az mengangguk.
"Okay lah, mak abah. Kami pergi dulu"
Harraz menyalam mereka semua diikuti Az.
"Bro, jaga adik saudara kesayangan aku tu. Jangan buat dia terluka. Kalau kau buat dia menangis ke apa, aku yang ambil dia dari kau"
Ray berkata dengan serius. Harraz hanya diam.
"Kami pergi dulu lah. Dah lambat ni"
•°•°•
"WOI kau cakap macam tu apahal"
"Aku saja je nak takutkan dia. Mana tahu dia buat hal ke apa"
Ray berpeluk tubuh memandang kereta Harraz bergerak pergi.
"Ye lah, tapi jaga lah sikit percakapan tu" Zafira menumbuk perlahan bahu Ray.
"Aduh sakitlah! Beza betul perangai kau dengan adik kau"
Ray menggosok bahunya. Walaupun perlahan tapi sangat lah berbisa. Zafira mencebik.
"Yelah siapa je nak dekat aku ni. Aku dahlah gangster, minah rempit, gaduh tak bertempat, cakap pun kas—"
"Siapa kata takde siapa nak dekat kau?" Harraz menjongketkan keningnya. Zafira menunjukkan dirinya bahawa dia yang cakap.
"Aku ni? Boleh je terima kau. Perempuan idaman aku, kau lah. Perangai kasar tapi aurat tu tetap jaga, Allah punya perintah sentiasa ikut. Aku suka perempuan macam kau"
Zafira terpaku. Tuan Arif, Puan Suraya dan Zafriel yang berada disitu sudah senyum kambing. Zafira dan Ray tidak perasan yang mereka masih ada situ.
"Ehem!" Terkejut mereka berdua apabila Zafriel berdehem kuat.
"Amboi, mengorat kakak aku ke tu~" Zafriel tergelak lalu masuk ke dalam rumah.
"Apa tunggu lagi? Masuk lah meminang cepat-cepat. Umur pun makin tua, bukan makin muda. Mak dengan abah tak sabar nak ada cucu. Nak harapkan Harraz dengan Az, mereka masih belajar"
"Zafriel pun sama nak anak saudara!" Jerit Zafriel didalam rumah. Wah dengar sampai dalam rumah ye.
Membahang pipi Zafira apabila mereka semua mengusiknya.
"Ei apa benda lah. Dah-dah Zafira masuk dulu"
Zafira berlari masuk kedalam rumah lalu pergi kearah Zafriel dan terus menarik rambut adiknya. Bergema suara jeritan Zafriel.
"Adalah tu yang Zafira buat dekat Zafriel" Puan Suraya dan Tuan Arif menggeleng. Tuan Arif menepuk bahu Ray.
"Masuk lah meminang. Bukan pakcik tak tahu, dia suka kamu. Dah mari masuk"
Tuan Arif dan isterinya masuk ke dalam rumah. Ray menggosok lehernya. Aish macam mana lah aku tak perasan pakcik dengan makcik ada lagi kat situ!
[Mira tak tahu lah nak buat sweet moment ni. Fail betul bab-bab macam ni. Maafkan mira kalau ayat-ayat ni terlampau masin pfft—]
YOU ARE READING
Kekasih Syurga
Romance[2019 THE WATTY AWARDS WINNER, ROMANTIKA] Bercinta selepas nikah, Manisnya tidak terkata, Tetapi disebalik kemanisan, Ada juga kepahitan yang dirasai. Azalea×Harraz Warning: story ni tersangatlah cliche dan geli untuk dibaca yaaa Start: 16 April 2...